Penat. Sakit pinggang.
Ini jerla kata-kata yang aku dapat tafsirkan. Alkisahnya sewaktu ziarah mak di kampung tempoh hari, mak minta tolong aku buatkan gazebo tempat semaian pokok bunga Orkidnya. Aku balik tanpa buat persediaan pun. Sekali tengok kerja memacak tiang konkrit dah separuh jalan. Ada separuh lagi belum dicacak dan disimenkan.
Kasi Balance, Jangan Senget |
Tapak Semaian Bunga Orkid |
Dengan Girlfren aku yang eager nak tunggu turn main simen |
Tak dapat balance tiang, sapu menyapu pun jadi la katanya.. |
Aik, gaya dah tiru ayah dah ni..nak ke? |
Harapan berkecai sebab ayah sorang je boleh main simen. hehehehe |
1st time kot belajar bancuh simen. Senang je rupanya. Campurkan simen, pasir (tanah) dan batu dalam nisbah 1:3:3. Campur dengan air dan kacau sehingga sebati. Bahagian nak kacau tu yang paling mencabar. Perlukan kemahiran menggaul dengan hanya menggunakan cangkul dengan teknik 'kawah air' tanpa terjadinya pengaliran air keluar. Huh.. apa aku cakap ni.
Part yang menyebabkan sakit pinggang adalah mengangkat tiang konkrit dan mem'balance'kannya agar setiap ketinggian selari sahaja. Ada 6 tiang kesemuanya. Fuh, kacau simen jam 11 pagi. Angkat semua tiang dan buat 'balancing' hampir jam 1 tgh hari. Peluh jangan dikata la. Best wo mandi peluh.
Akibat aktiviti tidak bermoral aku hujung minggu tu, pinggang aku sudah dapat habuan dia. Dia dah tangkap ke situ. Nasib ada bantuan sahabat baik Yoko Yoko. Ada sikit kurangla. Lenguhnya masih ada saat aku taip entri ini. Tapi memang pengalaman one of a kind la kot kiranya tu. hehehe..
Kawan-kawan. Cubalah!
No comments:
Post a Comment