![]() |
Harganya cuma 10 Saudi Riyal = RM 9 |
Umum sudah maklum tentang keberkatan dan fadhilat yang dapat kita kecapi dengan berpuasa sunat pada bulan Muharram. Umat Islam di seluruh dunia dianjurkan untuk berpuasa pada hari-hari seperti hari Tasua & Ashura (9th & 10th Muharram). Fadhilatnya adalah seperti entri di blog saudara Denaihati yang telah jelas menerangkan kebaikan dan fadhilat jika kita mengamalkan puasa sunat ini.
![]() |
Rujukan |
Banyak peristiwa besar yang dialami dalam sejarah Islam. Hebat. Sangat hebat sehinggakan boleh menyebabkan kita rasa terpanggil untuk meraikannya dengan cara berpuasa. Itulah, semuanya bermula dengan ilmu pengetahuan. Jika tiada ilmu, maka tiada pengetahuan. Makanya tidaklah dilakukan amalan berpuasa tersebut walaupun ianya hanya sunat muakkad. Walaupun 'hanya' namun amatlah rugi jika tidak dilaksanakan. Itulah yang membezakan kita yang kurang iman dan taqwa dengan mereka yang sangat tinggi taqwa dan imannya, tolak jauh jika hendak bandingkan dengan Ulama Salafi terdahulu mahupun Para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Jauh ketinggalan rupanya kita ini.
![]() |
Seloka |
Carilah ilmu pengetahuan tersebut dengan bergaul dengan para alim dan ulama. Sedikit sebanyak, wangi dari 'minyak wangi' yang mereka pakai terpalit kepada kita. InsyaAllah.
Antara cara lain untuk mencari ilmu adalah melalui pembacaan. Jujur, ketika aku di Tanah Suci, bukan kurma, kismis dan biji-bijian yang menjadi keutamaan pada aku untuk dibuat cenderahati. Malah bukan pula jubah, abaya mahupun ketayap yang jadi pilihan. Apa yang aku rebutkan adalah buku-buku ilmiah yang banyak dijual di kedai buku di sana. Sengaja aku jalan-jalan melawat Perpustakaan Masjid Madinah dan Masjidil Haram, luangkan masa membaca disana. Dan tanyakan kepada librarian di sana buku yang baik untuk dibuat rujukan.
Hasilnya, memang ada beberapa buah buku yang aku beli untuk kuatkan lagi ilmu pengetahuan dan keyakinan aku terhadap amal ibadah yang perlu kita laksanakan hari-hari. Semuanya adalah dengan satu sebab. Untuk merasa nikmat beribadah seperti yang diarah dan diajar oleh Al-Quran dan Sunnah. Aku harap dengan bantuan buku-buku ilmiah ini, maka lebih jelas dan terang akan fadhilat yang dapat kita ambil daripada amal ibadah kita. InsyaAllah akan aku kongsikan dengan para pembaca di sini.
So, apabila kita mempunyai dalil dan rujukan tentang amalan yang kita lakukan. Tidaklah kita rasa keberatan untuk melaksanakannya. Malah, kita boleh rasa seronok untuk lakukannya. Oleh itu, jangan berhenti untuk mencari ilmu. Tapi pastikan ilmu itu ada sumbernya. Jika bukan dari Al-Quran, semaklah pula dari senarai Hadis Qudsi, Hadis Sahih dan para ulama.
May Allah grant us His Mercy dan Forgive our Sin. Ameen
Terbaik bro. Amalan mencari ilmu ni memang kita kena berterusan. Non-stop selagi hayat kita dikandung badan.
ReplyDeleteItula. sama2 kita usaha hingga ke liang lahad
DeleteAmal tanpa ilmu macam orang berjalan dalam gelap...pasti akan melanggar halangan2 yang ada disekitarnya
ReplyDeletebenar. analogi yg tepat.
Deletesetuju dengan artikel ini. suka baca seloka tu.hehehehe
ReplyDeleteItula..tapi puak Syiah merayakan 10 Muharram dengan aktiviti menyakiti diri sendiri. Nauzubillah.
Deletebro buku yang baca di tanah suci ada jualkat sini tak?
ReplyDeleteRasanya mungkin agak sukar nak cari. Byk dah translate or mmg tiada
Delete:-d
ReplyDeleteSedap baca seloka tu bro..hehe
ReplyDelete