Salam untuk semua. Thanks pada anda yang masih sudi lagi
membaca blog ini. Seperti biasa, jika bukan blogger surirumah seperti abg ben
kita, memang agak sukar nak update blog secara berkala. Sibuk dengan
komitmen kerja dan tugasan yang memerlukan masa yang banyak untuk diselesaikan.
Tambahan lagi aku telah di postingkan ke KL untuk semua maksud tugas, kerja,
tanggungjawab dan pangkat. Yup, jika tiada aral melintang, aku akan dinaikkan
pangkat daripada Kapten kepada Mejar disini. So, portfolio sudah berubah,
mentaliti juga perlu berubah. Banyak yang perlu dilakukan disini. Nantila
aku cerita perihal tugas baru aku nanti.
![]() |
Wacana pembuka minda |
Cuma sekarang ni aku nak kongsi
sedikit ilmu yang aku perolehi daripada seminar yang telah dianjurkan oleh
sebuah syarikat farmaseutikal tempatan iaitu CCM Sdn. Bhd dengan kerjasama
Institut Kefahaman Islam Malaysia iaitu IKIM pada 14 Jun 12 yang lalu. Seminar
yang dihadiri tempoh hari adalah berkisarkan kesedaran tentang halal dalam
perubatan dan hal-hal biasa seharian kita. Daripada isu ’beer halal’ kepada
ubat-ubat yang berunsurkan barang yang ditegas dalam hukum syarak Islam.
Seminar ini dihadiri oleh
golongan cerdik pandai dalam bidang mereka tersendiri iaitu perundangan, industri farmaseutikal,
JAKIM, Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) , profesor dari
universiti-universiti dan pegawai farmasi yang terlibat. Pernahkah anda
terfikir bahawa ubat yang anda beli,terima atau disuruh makan oleh doktor anda
tidak halal? Atau tidakkah anda sedar kebanyakkan kicap yang digunakan untuk
membuat Char Keuw Tiow kegemaran anda mempunyai peratusan alkohol yang tidak
dibenarkan atau berstatus arak?. Kadang-kadang waktu kita menikmati makanan
yang sedap-sedap di restoran kita tidak sedar yang kebanyakkan kelas-kelas
kulinari mengajar pelatih-pelatih chef dengan memasukkan sedikit wine, arak
untuk menaikkan rasa sesuatu hidangan.
![]() |
Perlu dapatkan buku ini untuk koleksi peribadi dan ilmu anda |
Ini didedahkan sendiri oleh
salah seorang panel yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang halal di
negara ini. Katanya, pada suatu ketika sekumpulan pelajar jurusan kulinari dari
salah sebuah universiti tanah air tidak dibenarkan untuk menyertai bahagian
dalam pertandingan masakan hanya tidak setuju untuk menggunakan wine dan arak
dalam hidangan mereka. Kerana menggunakan wine dan arak adalah syarat untuk
sertai pertandingan tersebut. Ini tidaklah aku hirau sangat sebab memang sedia
maklum yang chef-chef di hotel-hotel ada menggunakan bahan yang mempunyai
peratusan alkohol yang lebih daripada 2%. Mengikut undang-undang akta kawalan
perihal dagangan, arak ditakrifkan dengan sesuatu bahan yang mengandungi nilai
peratus@kepekatan alcohol lebih 2%. Fatwa berkenaan alkohol ini disampaikan
oleh En. Dzulkifly Mat Hashim yang merupakan Ketua, Halal Product Research
Institute, Universiti Putra Malaysia.
Terkejut juga aku dengan
penjelasan isu minuman malt yang memang mengelirukan umat islam. Yerla, dulu
kata haram, sekejap halal dan sekejap haram. Tapi dari penjelasan mereka,
ternyata syarikat yang mengeluarkannya sengaja menjenamakan minuman mereka
dengan botol dan label yang seakan-akan arak. Ada taktik untuk mengelirukan
umat islam terutamanya muda mudi. Hmm.. amat meragukan.
Yang paling aku teruja ialah
pendedahan Ketua Pegawai Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya yang banyak
memberikan input tentang pengalaman mereka menjaga kebajikan pesakit muslim
dengan memperkenalkan panduan dan guideline yang boleh menjaga pegangan pesakit
muslim. Panduan tersebut adalah modus operandi yang digunakan dalam memberitahu
dan meyakinkan pesakit muslim tentang ubat-ubat yang bakal mereka gunakan
samaada dari unsur haram ataupun tidak. Disini fatwa mengatakan bahawa
menggunakan ubat yang dari unsur babi adalah harus sekiranya keadaan pesakit
amat-amat memerlukannya dan tiada alternatif lain.
Untuk maklumat anda semua, anda
boleh layari portal yang dibangunkan oleh Jabatan Farmasi PPUM ini untuk
mengetahui status halal dan haram ubat anda. Univerisiti Sains Malaysia juga
telah mengeluarkan monograph untuk maklumat umum tentang ubat-ubat yang
bersumberkan babi dan bahagian yang diambil dari binatang tersebut. Buku yang
berjudul The Halal Index ini boleh dibeli dan dijual untuk makluman umum. Buku
ini dikarang dengan diketuai oleh Prof Dr Zhari Ismail seorang professor of
Pharmacognosy/pharmaceutical chemistry yang memang mempunyai pengalaman yang
luas dalam hal-hal halal haram ubat kita.
Dan jika anda inginkan maklumat
tambahan berkenaan halal haram ubat anda, anda boleh memiliki buku Halalkah
Ubat Anda di www.halalscience.com.
Next, aku akan ceritakan apakah
perbezaan ubat berdaftar dan ubat halal?. Yang ini adalah taklimat daripada Dr.
Tajuddin Akasah yang merupakan Head of Centre for Quality Control, National
Pharmaceutical Control Bureau (NPCB).
terima kasih for sharing here.. ^.^
ReplyDeleteno prob :)
Deletebagus ada seminar macam ni.
ReplyDeleteYup, benar2 pembuka minda
Deleteterima kasih berkongsi, sebagai umat islam kita wajib mencari ubatan yg halal.
ReplyDeleteItu sudah semestinya
Delete