Pernah tak korang nampak iklan di sesuatu blog? Mesti pernah
bukan. Aku tak kisah jika iklan anda itu dari pengiklan blog seperti nuffnang
dan innity. Yang merungsingkan aku adalah iklan penjual produk-produk seperti
produk kesihatan, barang-barang ataupun persendirian.
Trend sekarang adalah iklan-iklan produk kesihatan
berunsurkan batin dan pemberi tenaga yang pada aku dah over the top. Daripada
tagline yang mempunyai maksud tersirat berbaur lucah dan juga claim syarikat
tentang keberkesanan sesuatu produk itu. Ada
yang kata produk mereka dapat menyembuhkan penyakit itu ini. Malah ada yang katakana
produk mereka boleh mengembalikan kegagahan seperti malam pertama. WTH man??
Anda tahukah yang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
tidak pernah memberi pengesahan tentang keberkesanan tentang sesuatu produk
dalam kategori supplemen ini. Jika organisasi yang mengawal mutu dan kualiti
sesuatu produk itupun tidak memberi pengesahan tentang effikasi produk
tersebut, masa kan
kita boleh claim yang produk ini baik dan terbukti ini dan itu.
Untuk ubat-ubatan rasmi dan bukan supplemen, BPFK membuat 3
peringkat pemeriksaan iaitu kualiti, keselamatan (safety) dan keberkesanan
(efficacy). Itu untuk ubat ye, jika untuk produk kesihatan, mereka hanya
memeriksa kualiti dan keselamatan pengguna yang menggunakannya. Tentang
keberkesanan adalah tanggungjawab individu yang percaya pada cara pengiklanan
dan penjelasan pihak syarikat.
Disinilah kelemahan yang selalu timbul apabila syarikat mula
membuat claim yang over the top. Dan keberkesanan sesuatu produk mereka adalah
tidak berlandaskan kajian terperinci secara klinikal pada haiwan mahupun
manusia. Yang mereka ada hanyalah testimonial. Testimonial ini adalah berat
sebelah. Daripada 100 orang pengguna, adakah semuanya sihat dan kembali pulih. Tidak
mungkin. Mungkin hanya seorang dua sahaja, tetapi publikasi yang meluas tentang
testimonial inilah yang membuatkan kita seolah-olah terus percaya pada sesuatu
produk.
Aku tak nak salahkan blogger yang letak iklan sebegini diblog
mereka. Mungkin blogger tersebut tidak mempunyai maklumat jelas. Yerla, jika
blog merupakan periuk nasi mereka, maka kadangkala terpaksa tutup sebelah mata
tentang aspek perundangan dan claim yang tidak munasabah sesuatu produk. Jika
tidak, periksalah akta Racun 1952.
Tidak perlulah kita bersubahat
menjaja produk yang mungkin memudaratkan orang lain. Jika ingin meletak iklan
pun, biarlah yang tidak menjejaskan kesihatan orang lain. Sekadar meluahkan
perasaan sebab jelek dengan iklan-iklan penguat tenaga batin yang kebiasaannya
ada campuran bahan terlarang. Itu aku pasti sebab aku pernah kerja di bahagian
pengawalan farmasi dulu.
No comments:
Post a Comment