Lazada MY

Monday, 9 July 2012

Hong Leong Assurance Income Builder


Salam, saja nak berkongsi  satu produk yang berupa simpanan untuk masa depan daripada Hong Leong Bank. Bila kita bercakap pasal insuran, mesti kita akan fikir produk dan servis yang ‘biasa’ kita dengar seperti insuran nyawa, kesihatan dan perniagaan. Pernah dengar tak insuran yang bertindak sebagai ‘income builder’. Ini adalah produk terbaru daripada Hong Leong Bank.
Produk ini diperkenalkan oleh seorang kawan baik aku berbangsa Cina yang juga seorang representative syarikat farmaseutikal. Pada mulanya, selepas di promo olehnya, ada rasa ragu-ragu jugak disebabkan banyak lagi komitmen lain yang memerlukan duit. Tapi disebabkan produk ini dari yang lain, aku tertarik lantas mencarum untuk masa depan anak pertama aku.

Aku hanya membayar RM 298.97 sebulan selama 6 tahun sahaja dan kemudiannya, jumlah ini akan bertambah dengan sendirinya sehingga aku membuat keputusan untuk mengeluarkannya. Disebabkan pelan ini adalah untuk anak aku yang masih berumur 2 tahun 8 bulan, aku hanya akan mengeluarkannya sewaktu dia berumur 22 tahun atau ketika dia nak melanjutkan pelajaran ke university. Ini adalah persiapan sekiranya anak aku tidak layak untuk mendapatkan biasiswa daripada kerajaan ataupun badan-badan berkanun lain. Aku cuba untuk tidak meminjam dari PTPTN sebab untuk elakkan beban hutang selepas dia habis belajar. 

Sekiranya dia dapat biasiswa, pelan ini akan terus disimpan sehinggalah dia sudah tua dan benar-benar memerlukan duit untuk beli rumah atau sebagainya. Dengan RM 298.97 sebulan selama 6 tahun, dividen yang akan diberi setiap tahun adalah RM 500 tetap. Jika waktu anak berumur 22 tahun, jumlah terkumpul untuk dikeluarkan adalah RM 41,148.00 setelah ditambah dengan jumlah selama 6 tahun aku mencarum tu. Jika difikirkan, jumlah caruman selama 6 tahun aku tu hanyalah lebih kurang RM 19,000.00. Kira untunglah jugak. Tapi sekiranya apa-apa berlaku pada diri aku, anak dan family tak perlu bimbang sebab jumlah yang boleh dituntut agak banyak. Lebih kurang RM 140k.

Sekiranya Aliya dapat biasiswa, jumlah terkumpul akan menjadi matang dan boleh mencecah RM 300k. Agak menarik jugak pelan ini. Jika anda inginkan faedah yang lebih baik, anda boleh mencarum lebih dari apa yang saya carum. Seperti contoh, agen akan kirakan berapa jumlah caruman anda untuk dapatkan dividen tetap (pilihan anda) setiap tahun. Macam saya, saya pilih untuk dapat dividen RM 500.00 setahun. Sebab ikut kemampuan. Sekiranya anda nak dividen RM 1,000.00 setahun, anda boleh minta agen kirakan jumlah yang patut anda bayar sebulan.

Hanya selama 6 tahun. Untuk ketenangan dan masa depan anak anda yang tercinta. Jangan bebankan anak anda dengan hutang. Jika anda inginkan penjelasan dengan lebih lanjut, boleh tinggalkan komen.

2 comments:

  1. Saya juga adalah agent daripada Hong Leong Assurance di PJ. Jikalau ingin mendapati maklumat yang lebih terperinci untuk Income Builder, jangan rasa segan. Kamu juga boleh menghubungi saya melalui emel ini yenyen_sarah@hotmail.com. Terima Kasih :)

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...