Lazada MY

Saturday, 8 December 2012

Urusan Jual Beli Rumah - Part 3

Bersambung dari Part 2

Habis je selesai urusan di Bali, terus kepala otak aku tumpukan semula pada urusan jual beli rumah.  Ketika ini memang fasa yang kritikal, dah 2 bulan aku tinggal di rumah ni dengan membayar sewa sebagai gantian sebab aku ada masalah untuk proses loan.  Sebagai anggota tentera, memang agak sukar nak dapatkan loan peribadi.  Kenapa aku buat loan peribadi, sebab lagi cepat (jangkaan aku ketika itu) dan owner nak duit tu segera.  Aku tgk payslip aku memang tiada masalah untuk aku bayar installment rumah ni. Aku pun bukannya hidup lavish sgt. Expenses makan minum dalam RM 1 ribu pun cukup pada aku.  Aku boleh jimat sana sini sket.  Buat part time mengajar boleh dapat income tambahan.

Proses yang rumit aku bermula dengan nak tukar gaji aku daripada Maybank ke Bank Islam sebab aku buat loan dengan Bank Islam. Syaratnya peminjam hendaklah ada akaun Bank Islam dan gaji aku kena dikreditkan dalam Bank Islam.  So, bila nak uruskan hal ni memang agak susah, pertama biasalah, payslip aku dah dibuat siap2 2 bulan ke depan, so maknanya aku kena request untuk ditukarkan gaji aku tu ke Bank Islam selepas dua bulan. Kalau bulan 8 appl, bulan 10 baru dapat. Tapi rupanya tak, sebabkan aku sekali lagi kena pergi ke Singapura atas urusan kerja, baru aku tahu the latest yang aku boleh dapat payslip dengan terteranya nama Bank Islam disitu adalah pada bulan 11.

Selepas completekan dokumen sebaik sahaja 'cuti' 3 minggu aku di Singapura, just waiting for the good news je la. Yerla, pegawai bank dah calculate yg aku layak untuk dapatkan pinjaman dari diorang. Hmm..tunggu punya tunggu, janji 2 minggu tak dikotakan. Aku dah resah sebab owner dah asyik tanya duit je. Aku faham situasi dia yang tidak bekerja tetap dah hanya mengharapkan income sewa dan homestay sahaja untuk hidup. Aku explain baik2 kat dia yang aku dah submit semua dokumen, cumanya tak pasti lulus atau tidak.  Kol punya kol Bank Islam, kena tunggu 14 hari bekerja. Kebetulan bulan tu ada banyak cuti pulak, dengan Maal hijrahnya, Awal Muharram dan berbagai lagi perayaan. So, jatuhnya aku kena tunggu sampai penghujung bulan 11 untuk tahu kedudukan loan aku.

Aku bercadang taknak pinjam Koperasi Tentera dahulu sebab interest yg mahal dan jumlah amaun yang tak cecah apa yg aku hajatkan. Banyak jugak planning aku untuk setelkan hutang2 aku. Kalau boleh nak setelkan hutang-hutang jahat ni.  Hutang-hutang baik macam rumah, insuran takpe.  Hutang kredit kadla, hutang bank rakyat la (waktu kawen dulu) dan macam2 lagi hutang kecik2 sana sini. Memang hidup seorang dewasa ini penuh dengan hutang.  Itula dia sebab hidup dalam sistem kapitalis kan. Ni la natijahnya. 

Nak tahu loan aku lulus ke tak? Sebabkan Bank Islam lambat bagi feedback, aku dah cuak sebab pressure dari owner, tapi aku yakin dan pasti aku layak dapat pinjaman bank islam tu sebab memang aku takdela teruk sgt financial management aku. Aku decide nak buat loan koperasi jugak. Sebab at least aku boleh tunjukkan kat owner yg aku serius nak beli rumah tu. Aku takde pilihan lain, sebabkan nak bagi isteri dan anak keselesaan. Aku terpaksa jugak pastikan rumah tu jadi hak aku. Keselesaan disini bermaksud isteri dekat dengan tempat kerja, anak senang ke tadika dan aku?? aku tak kisah jauh sket ke KL, lagipun MEX kan ada. takde masalah.  Yang penting anak isteri dulu. Aku boleh berdikari dan biasa berdikari.

Next weeknya dapat kol dari Bank Islam yg loan aku lulus RM 150k (harga rumah). Tapi Bank Islam cuma bayar RM 125 ribu je kat aku sebab bakinya dia suruh aku setelkan hutang Bank Rakyat which is memang plan aku nak buat dari awal lagi sekiranya aku boleh pinjam RM 200k.  Sebabkan gaji aku tak sampai 5 angka lagi, aku hanya layak RM 150k.  So, alhamdulillah.  Tapi at the same time, loan aku RM 90k dari Koperasi juga lulus. Jeng Jeng Jeng... So, timing aku memang perfect, sekiranya Bank Islam dapat trace dengan Bank Negara, mungkin aku tak dapat pinjam RM 150k. Maybe just less dari tu sebab ada rekod hutang dengan koperasi. Yerla dah korang lambat sgt, aku pun terpaksa buat option kedua.

Samb Part 4- Terakhir

1 comment:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...