Masih ingatkah anda semua tentang kejadian seorang bayi yang ditemui berlumuran darah di dalam bekas bayi di salah sebuah hospital kerajaan di Kelantan? Ya, bayi itu didapati berlumuran darah yang dipercayai branula atau catheter yang disambungkan ke anggota bayi terbabit tercabut.
Siapa salah? Bayi tu ker? Jururawat?
Seorang kakitangan kerajaan (juga) yang lihat kejadian telah mengambil gambar dan menyebarkannya ke facebook. Soalan aku, perlu ker? Apa motif ko sebenarnya? Tidak perlulah bertindak sedemikian walaupun mengikut apa yang dikata, jururawat menjawab cadangan kakitangan tersebut untuk membantu bayi tadi dengan cara yang agak kurang ajar dan tidak berhemah. Salah jururawat tu kah?
Pada aku, kedua-duanya bersalah. Jururawat dan kakitangan kerajaan tersebut. Tak perlulah mengambil peluang mensensasikan kejadian ini seolah-olah jururawat di Malaysia ini tidak berhati perut. Bukan aku nak menangkan semua jururawat, tapi aku sedikit terkilan isu ini tidak di salurkan atau diutarakan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti contoh di bawah:
1. Kakitangan tersebut boleh memohon/mencadangkan kepada jururawat tadi dengan cara yang lebih baik dan berhemah. Ini sah-sah ko pun nak hentam jururawat tu.
2. Selepas itu, jika tidak makan saman, adulah pada doktor, sister atau matron yang bertugas. Suruhlah mereka ini menegur sikap jururawat tadi jika memang dia kurang hajar.
3. Hospital tersebut adalah hospital yang ada ISO. Aku sendiri pernah melawatnya dan pernah menjuarai anugerah kualiti dalam pengurusan dan sebagainya. Pernah di nobat pemenang anugerah Perdana Menteri lagi tu. So, diorang mesti ada prosedur dan cara nak atasinya dengan lebih professional tanpa perlu mengaibkan pihak terlibat.
4. Nak refer kes tersebut terus ke hospital swasta bukanlah jalan penyelesaiannya. Bukan semua ada kata 'swasta' adalah terbaik. Sama sahaja sebenarnya. Kenapa aku berani cakap mcm ni sebab aku sendiri pernah alaminya. Tu di swasta yang aku bayar tu. Dalam kes bayi ni, mungkin kita kena kaji punca sebenarnya. Adakah jururawat tadi terlalu penat sehinggakan tidak boleh terima teguran daripada pelawat? Adakah teguran pelawat tadi tidak kena tempatnya? Atau penjaga bayi tadi yang tidak menemai bayi tersebut? Kemana perginya ibu bapa bayi tu?
N the blaming games go on and on... Ada faedah ke? Takde pun.
Ini mungkin kes 1 dalam 10,000 pesakit atau 100,000 pesakit. Terpencil gitu. Nanti ada orang hentam aku, takkan kita nak duduk diam? Benar pendapat anda. Tapi ada cara yang lebih berhemah. Kebaikan yang jururawat pernah curahkan jarang dihargai, dianggap seperti itulah yang sepatutnya tanpa rakyat sedar sebagai manusia tak banyak sedikit pun jururawat akan lebih bersemangat jika diberi ucapan penghargaan dan terima kasih. Mereka ini berkerja syif sehari semalam, at least naikkan lah moral mereka dengan senyuman anda. Senyum.
Janganlah asyik salahkan orang sahaja kita ni. Sedangkan kelemahan diri kita tidak pula diperbaiki. Hopefully kisah-kisah sebegini tidak lagi menjadi retorik dalam menjatuhkan sesama kita.
Ingat tu! Tak perlulah nak terlebih sentimen.
Itu belum lagi cerita jururawat kena sexual harrasment ngan pesakit. Kalau yang ini nak salahkan siapa? Salahkan rakyat ker?
Sh*t, it's just don't make any sense!!
p/s: Masyarakat kita perlu ada ilmu supaya tidak takut pada bayang-bayang sendiri.
No comments:
Post a Comment