Lazada MY

Sunday 3 March 2013

Panduan Cara Memohon Journey Performed Visa PRA

Minggu lepas sempat juga aku ke kaunter Jabatan Imigresen Putrajaya di Presint 2 untuk menguruskan permohonan JPV ataupun Journey Performed Visa untuk pembantu rumah asing (PRA) yang baru aku perolehi daripada seorang 'ibu' di Malaysia.  Ibu ini adalah orang Indonesia yang telah mendapat status Permanent Resident (PR) di Malaysia.  Itu adalah katanya.  Kebenarannya masih tetap aku ketahui sebab tidak ditunjukkan bukti kad PR atau sebagainya.
Kaunter yang lengang dalam sela masa yang aku katakan tadi.

Untuk anda yang ingin mendapatkan PRA ada 2 cara yang biasanya dilakukan oleh para bakal majikan. Pertama adalah melalui urusan individu ataupun persendirian yakni para majikan dikehendaki mendapatkan calon PRA sama ada anda ke luar negara jiran (Indonesia, Thailand, Filipina atau sebagainya) dan buatlah perjanjian dengan calon PRA yang anda perlukan khidmat mereka sementelah mereka masuk ke Malaysia sebagai pelancong.  Contoh, anda ke Bandung atau Medan bercuti dan sambil bercuti terjumpa orang yang ingin bekerja sebagai PRA dengan anda di Malaysia, oleh itu anda hendaklah menguruskan kedatangan mereka ini ke Malaysia. Pastikan mereka mempunyai passport yang masih valid.
Beratur bila sampai peak hour

Kedua adalah lebih mudah tetapi mahal iaitu gunakan khidmat agensi sama ada yang diiktiraf berlesen ataupun 'ulat' yang kononnya dapat uruskan daftar permit seakan-akan melalui agensi tetapi hanyalah sebagai individu atau persendirian.  Cumanya mereka akan caj perkhidmatan mereka kerana membantu anda menguruskan hal-hal yang mungkin pada anda leceh dan susah.  

Dari pengalaman aku sendiri, PRA pertama aku dahulu aku gunakan khidmat agensi 'ulat'.  Kos bawa masuk, permit dan FOMEMA semua hampir RM 9k - RM 10k. I can't remember the exact amount. Itu semua ketika aku di Lumut yang agak sukar untuk aku bercuti ke Putrajaya semata-mata nak uruskan hal ini.  Berapa lama tunggu sehingga dapat permit? Almost 3 bulan juga.  For the second one,  disebabkan aku dan famili sudah menetap di Putrajaya, maka aku try buat sendiri urusan mohon JPV.  Itupun sebab ibu mertua yang nasihatkan aku agar aku tidak mengalami kerugian lagi.  Waktu ini hanya kos kepada 'ibu' sahaja yang aku bayar iaitu RM 5,500.00 (termasuk 3 bulan gaji, RM 600/sebulan).

Mulanya aku pun memang skeptik yang urusan ini akan mengambil banyak masa aku.  Dan aku yang workaholic ini memang sedaya upaya tak nak cuti panjang menguruskan hal seperti ini.  Nak sahaja aku gunakan khidmat ulat atau agen tak berlesen.  Caj yang ditawarkan kepada aku ialah RM 3,500.00.  Masa menunggu semua siap adalah 3 bulan juga.  So, lebih baik aku uruskan sekiranya masa menunggu masih tetap sama bukan.
Cara nak mengisi kontrak kerja

Apa yang aku lakukan adalah:

1.  Download borang-borang seperti dibawah:
     d.  Borang Personal Bond (Bond ini berharga RM 250 untuk PRA dari Indonesia, jika dia lari    
atau buat masalah, bond ini akan diambil sebagai denda oleh pihak Imigresen)
     e.  Contract of Employment ( Borang ini perlu dimatikan stem sebanyak 2 set original copy, dan lagi 2 set salinan perlu di fotokopi)
     g. Dan Senarai Semak Borang-borang yang perlu ada.

2.  Buat surat iringan permohonan mengapa PRA diperlukan oleh anda. Hanya ada 2 sebab anda boleh mengambil PRA bekerja iaitu menjaga anak yang berusia bawah 15 tahun dan menjaga ibu bapa yang sudah berusia dan uzur.  Dalam surat tu berikan alasan atau merayu kepada Pengarah Imigresen agar permohonan anda diluluskan. Contoh surat rayuan yang aku buat macam  di bawah:

Mejar MHMY (No. Tentera : *******)

Alamat Rumah
Jln Apa
Poskod Berapa

Tel Pej: 03-2********
Tel Bimbit : 013-*********
Faks : 03-********

            Feb 2013

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No. 15, Tingkat 1-7, (Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62250 PUTRAJAYA

YBhg Dato’

PERMOHONAN UNTUK JOURNEY PERFORMED VISA (JP VISA)

1.            Terima kasih kepada YBhg Dato’ kerana sudi meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan saya ini.  Saya seperti nama di atas ingin memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk meluluskan permohonan JP Visa ini untuk permohonan pembantu rumah asing yang telah memasuki Malaysia pada 29 Januari 2013 dengan menggunakan passport pelancong.

2.            Untuk makluman YBhg Dato’, saya merupakan seorang Pegawai Tentera yang sering ditugaskan di luar kawasan (out station) dan juga luar negara.  Dalam setahun, saya dikehendaki menghadiri kursus dan eksesais dalam dan luar negara sebanyak 3 kali yang setiap kali kursus dan eksesais tersebut memakan masa lebih kurang 3 minggu atau lebih.  Saya kini telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata baru yang baru berusia 1 bulan dan urusan membesarkannya kini dilakukan oleh isteri yang juga seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3.            Saya memiliki 2 orang anak yang berumur antara 1 bulan hingga 4 tahun.  Tujuan saya ingin mengambil pembantu rumah asing ini adalah untuk membantu menjaga anak-anak sementara saya dan isteri bekerja nanti.  Bersama-sama ini saya kepilkan salinan Kad Pengenalan Tentera (My Tentera), MyKad Isteri, MyKid anak pertama, salinan sijil kelahiran anak kedua dan juga bukti pendapatan saya dan juga isteri.  Berikut adalah butir-butir peribadi pembantu rumah yang setuju bekerja dengan saya:

    1. Nama : Nama PRA Anda
    2. No. Passport : A *******
    3. Warganegara : Indonesia

4.            Saya amat berharap agar permohonan saya ini dapat diluluskan dengan kadar segera kerana saya akan ditugaskan ke Brunei pada Jun 2013 untuk eksesais bersama anggota tentera negara-negara Asean.  Segala jasa baik Ybhg Dato’ saya ucapkan jutaan terima kasih.

Yang Benar,


___________________________________
Mejar MHMY



3.  Bila dah lengkap isi borang-borang beserta gambar dan salinan bukti My Kad, Surat Sijil Beranak, Pasport PRA. Anda kena pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berkaitan dan matikan setem untuk Personal Bond (RM 10.00) dan Contract of Employment (RM 10.00 setiap satu yang original)

4.  Selesai matikan setem, teruslah ke kaunter Jabatan Imigresen seperti di alamat surat permohonan tadi tu.

5.  Serahkan pada pemberi tiket yang akan menyemak borang-borang anda.  Sertakan My Kad anda dan passport bakal PRA anda.  Mereka akan semak dahulu sebelum no. giliran diberikan.

6.  Dapat nombor tunggu jela sehingga nombor anda dipanggil oleh sistem QMS diorang.  Dan serahkan borang anda tadi tu kepada pegawai yang bertugas.  

7.  Pegawai terbabit akan keluarkan surat akui penerimaan. Dan selesai sudah urusan pertama anda.

Persoalannya?

Seperti aku, kebetulan tarikh tamat visa bakal PRA aku tu tamat pada hari aku submit borang-borang tu. Memang nasib baik sebab pegawai imigresen tu kata tidak perlu lanjutkan tempoh visa.  Dengan hanya surat rujuk dan akui penerimaan tu tadi dan boleh cover kewujudan bakal PRA anda di rumah anda mahupun di Malaysia.  Tidaklah anda rasa macam bersalah diorang ini tiada permit lagi dan sebagainya.  So, aku dah lega kat situ.  Bakal PRA dah jadi macam PRA terus, boleh bekerja jaga baby baru aku.

Kos yang bakal dikenakan kepada anda selepas permohonan diluluskan adalah lebih kurang RM 960 (Kos Levi, Kos PL(KS), dsb) + Fomema RM 190.  Total RM 1150.  Daripada RM 3,500 yang bakal aku terkena jika menggunakan khidmat ulat.  Banyak safe kat situ. 

Tips ketika berurusan di Jabatan Imigresen:

1.  Datang pada masa lebih kurang pukul 11-12 tghari. Tak berapa ramai sangat manusia waktu ini.
2.   Pastikan semua borang anda lengkap.
3.   Pastikan anda bayar denda jika anda ada maid yang lari dari anda atau anda pecat dia. RM 250 nilainya.  Macam yang aku kena.
4.  Dapatkan semua resit dan simpan surat-surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dengan baik.
5.  Tunggu sehingga panggilan permohonan anda diluluskan atau tidak atau anda boleh semak melalui laman sesawang Jabatan Imigrsen di SINI.
Terminate permit maid yang lama

Itu sahaja.  Diharapkan info disini dapat membantu anda yang desperate macam saya yang perlukan pembantu rumah.  Memang nak gajikan orang Malaysia sahaja. Tapi orang Malaysia tak suka kerja pembantu rumah sedangkan gajinya boleh tahan.  Jika ada lagi jimat kos. Dan dapat bantu orang Malaysia kita sendiri. Dah cari orang susah Malaysia dah aritu, tapi masih enggan kerja sebagai pembantu rumah. Emm..fikir-fikirkanlah...










139 comments:

  1. tq so much for the info.esok nak gi imigresen putrajaya ni. ingat dah lengkap dah borang. ada juga yg takde iaitu lampiran C. ambil borang di imigresen Shah Alam, tapi nak buat di Putrajaya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yg sgt berguna. Mula2 nak menggunakan khidmat ejen aje, tp bila baca post ni rasanya baik buat sendiri. Tq once again.

    ReplyDelete
  3. info yg sangat berguna terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. salam, terima kasih atas pencerahan di saat saya clueless dan desperate untuk cari maklumat tukar pas pelancong kepada permit pembantu rumah. Moga Allah mudahkan urusan Tuan untuk masa2 akan datang :)

    ReplyDelete
  5. salam, terima kasih atas pencerahan di saat saya clueless dan desperate untuk cari maklumat tukar pas pelancong kepada permit pembantu rumah. Moga Allah mudahkan urusan Tuan untuk masa2 akan datang :)

    ReplyDelete
  6. Semoga dapat manfaat. share kan pada rakan-rakan dan ahli keluarga yang perlukan khidmat PRA ni agar dapat berjimat

    ReplyDelete
  7. TQ Major for sharing your experience. May God Bless You.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat manfaat dari info ini. kongsikan pada rakan2..

      Delete
  8. Major tq so much for the info, very kind of you. Cuma saya nak tanya masa hantar borang di immigresen tu pembantu rumah perlu hadir atau tidak? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu, sekiranya pihak imigresen perlukan pembantu rumah hadir dia akan bagi tahu pada majikan.

      Delete
  9. Major tqvm for the info, masa nak buat submission borang tu pembantu rumah perlu hadir sekali atau tidak? Tqvm

    ReplyDelete
  10. tak payah pn shal. janji visa pembantu tu belum tamat lagi. jika hari yg kita submit tu adalah hari visa mati pun masih boleh lg. tp jgnla amik risiko. buat awal2

    ReplyDelete
  11. Tq atas guidance ni.. Br amik maid khamis lps n tgh blurr mcmne nk buat permit..tp yg part medical checkup tu mcmn? Klu boleh sharekn info..

    ReplyDelete
  12. Tq atas guidance ni.. Br amik maid khamis lps n tgh blurr mcmne nk buat permit..tp yg part medical checkup tu mcmn? Klu boleh sharekn info..

    ReplyDelete
  13. Medical check up akan dibuat selepas dapat kelulusan. kena buat fomema dan baru dikeluarkan sticker permit. medical check up dr indonesia tak perlu sebab kita akan buat fomema nnt.

    ReplyDelete
  14. nak tanya, medical report dari indon kena attached jgk ke

    ReplyDelete
  15. baru nak tanya... medical report dari indon perlu ke tak. sbb maid dtg tk bwh, ejen indon yg simpan

    ReplyDelete
  16. Setakat yg sy dah buat. tak perlu

    ReplyDelete
  17. Majikan perlu hadir? Atau boleh diwakilkan kepada org lain? (Bukan runner atau ejen, maybe ayah atau abang)

    ReplyDelete
  18. Majikan. kalau agen pastikan ianya berdaftar. runner pula. takpasti. rasanya xboleh

    ReplyDelete
  19. Salam tuan, nak tanya Borang Permohonan Pas Lawatan IM. 12 Pin 1/27 tu nak isi apa bg bahagian jenis pas dan jenis permohonan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pilihan yg ada ye? sy pun dah lupa

      Delete
  20. Tuan major bagi explanation yg paling ringkas, padat dan sbnrnya yg paling helpful is your photographs... Manusia nie bile dah tgk, ada contoh suma, barulah lebih dapat memahami prosedur... Saya akan Putrajaya (14 June 2013) utk urusan penghantaran borang Rayuan JPV nie... All made possible with your clear and step-by-step instructions...Tqvm tuan major! :)

    ReplyDelete
  21. Semoga dipermudahkan puan Amerlia. :) Share ngan kawan-kawan jika bermanfaat

    ReplyDelete
  22. Salam Encik, PRA saya berumur 43 tahun, datang dengan agent yang tak berdaftar. Dia ada pasport yg masih valid dan masuk sebagai pelancong tapi visa pelancong tu dah expired. So persoalan saya sekarang:

    1) Masa apply JPV ni dia ada tengok x kita ambik PRA tu dengan agen berdaftar atau tidak? Dan bagaimana dengan faktor umur pulak. Umur 43 masih boleh apply tak?

    2) Utk kes PRA saya ni, sebab visa pelancong dah tamat, saya boleh pergi apply JPV macam steps yang encik terangkan kat atas ke? or ada langkah-langkah lain yang diperlukan?

    3) Lepas ada JPV dah, permit kerja macam mana? Still kena apply ataupun tunggu JPV expired?

    4) Harap encik boleh kongsikan estimate cost nak buat JPV and permit kerja utk PRA.

    Mohon pencerahan dari pihak tuan. Saya blur sekarang apa steps yang patut diambil.. thank you in advanced

    ReplyDelete
  23. Salam puan Mai,

    1) Masa apply JPV tu dia tak tgk asalkan kita yang datang berurusan sendiri dengan mereka. Katakan yang bakal maid setuju nak kerja dgn kita. Had umur tu masih boleh lagi.

    2) Pn Mai kena hantar balik maid n suruh dia dtg semula memandangkan visa dia sudah tamat tempoh. Kalau puan mai sempat buat sebelum visa tu tamat tak mengapa.

    3) Lepas dah apply, Imigresen akan keluarkan surat pengesahan. Dengan surat tu dah boleh benarkan maid tu tinggal dan kerja dgn kita. Urusan permit ambil masa 2 bulan dan boleh disemak melalui website Imigresen. Saya pun baru je lulus minggu lepas.

    4) Estimate kos banyak bergantung kepada upah atau fee yang kita bayar pada agen atau ibu tadi. Kalau kita amik sendiri dari A-Z rasanya lebih murah. Kalau tolak upah agen tu, hanya permit dan FOMEMA rasanya dlm RM 1,200 sahaja.

    Harap dapat dikongsikan jika bermanfaat :)

    ReplyDelete
  24. saya ada seorang pra. pernah kerja di malaysia. tp permit tamat 2011. dia masuk semula bulan ini guna pasport baru. blh saya mohon permit guna pasport baru? tuan lama blm cancel permit. kalau pasport baru akan ada rekod permit lama?

    ReplyDelete
  25. Rasanya sebab dah tamat tak mengapa. Kalau belum tamat permit yg sebelum ini tu yg kena batalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..so kalau permit dah tamat tak perlu cancel? kalau mohon guna pasport baru ada masalah?
      kalau majikan lama tak cancel permit yg expire tu ada masalah pd majikan lama tak?

      Delete
  26. oo rupanya kamu dah pindah ke putrajaya. bagus info kamu ni pasal pra ni..tentu ramai yang nak buat sendiri nanti

    ReplyDelete
  27. InsyaAllah. asalkan dpt tlg bg pencerahan pada mereka dah cukup puas

    ReplyDelete
  28. salam. borang lampiran a dan b perlu diisi? sbb dlm blog ni hanya beri lampiran c.

    ReplyDelete
  29. salam. borang lampiran a dan c perl diisi tak? dlm checklist ada tapi dlm blog ni tiada.

    ReplyDelete
  30. Rasanya tak. Sebab dah tamatkan?..boleh tanya pegawai imigresen bertugas kut

    ReplyDelete
  31. Major sorry one more thing, kn bg slip gaji / slip KWSP / LHDN tak? I saw it on others blog. Bt dlm senarai semak tak ada. Do let me know tqvm major

    ReplyDelete
  32. Major one more thing, dlm senarai semak tak sebut kena lampirkan penyata gaji majikan but ada sm ppl said kena lampirkan, kena lampirkan ke slip gaji/EPF/LHDN? Need your advise tq

    ReplyDelete
  33. Perlu slip gaji 3 bulan yg disahkan dan ic majikan

    ReplyDelete
  34. personal bond sape yg sign n witness tu sape

    ReplyDelete
  35. Majikan or rakan sekerja (pegawai)

    ReplyDelete
  36. Dah dapat approval from imigresen & now waiting for fomema result. Income proof - bagi slip gaji 3 bulan each husband & wife dah ok. Kalau tak confiden cukup, bagi EPF statement sekali. LHDN not necessary if you already have the other 2.

    ReplyDelete
  37. kalau visa mati mmg terpkasa maid kena balik indon dulu ke..sedara saya ada ambil maid..tapi visa pelancong dh mati hampir setahun..xbleh mohon permit ke jika dh mati visa...

    ReplyDelete
  38. Visa mati boleh minta extend lagi seminggu. Tapi kalau dah lama saya takde pengalaman pula. Kalau mati hari ini, dan maid buat hal, terpaksa anta balik. Katakan feri dia lagi seminggu, kena extend visa tapi kena bayar denda. Semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  39. Salam.. boleh dapatkan contact number n nama ibu yg tlg dptkn pembantu rumah ni? Saya sedang mencari pembantu rumah. Tq

    ReplyDelete
  40. Boleh. Puan email saya nanti saya bagitahu.

    ReplyDelete
  41. permit PRA saya dah lulus. berapa banyak bank draf perlu saya sediakan? dan jumlah bayaran?terima kasih.

    ReplyDelete
  42. oh..boleh bayar cash? ingatkan mesti buat bank draf? brp bayarannya?

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum,

    Terima kasih untuk info yang sangat berguna.

    Saya telah memperoleh seseorang dari Indonesia yang ingin menjadi PRA saya. Dia masuk ke Malaysia dengan pasport sahaja, tiada visa pelancong pun. Adakah langkah-langkah yang Encik nyatakan masih boleh saya ikuti untuk mohon?

    Terima kasih sekali lagi.

    - Yan, Putrajaya

    ReplyDelete
  44. Waalaikumusalam,

    Soalan:

    1. Dia masuk menggunakan paspot sahaja? Untuk tujuan apa? Adakah dia masuk secara haram dan membawa paspot? Biasanya orang asing akan masuk atas sebab. Sebab paling mudah adalah sebab melancong.

    2. Jika dia datang atas sebab melancong dan ada cop sah rasmi jabatan imigresen, maka prosedur yang saya kongsi ini masih boleh dibuat.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih memberi respon.. pantas pula tu ;)

      Dia masuk secara sah. Saya telah meminta bantuan sepupunya (yang sedang bekerja di sini) untuk mendapatkan dia. Ada cop imigresen malaysia pada paspot. Cuma tiada visa pelancong..

      Yan.

      Delete
  45. Sama-sama. Semoga info ini bermanfaat. Sharekan pada kawan-kawan juga yer. :)

    ReplyDelete
  46. Wow,very useful info.... I stil confuse ikit...I ade seorg pra ni,dia dtg dgn passport n visa pelancong...dia stuju nk keje dgn saya...saya di Pulau pinang...blh ambik n oso n hantar borang Kat jabatan imgesen seberang jays aje ke...or I kena pi putrajaya?... N LG satu,lps dh submit form tu,akan dpt Surat penerimaan tu pd hari yg sama kan...den dh boleh pra bekerja dgn saya ke?... Den akan dpt kelulusan afta 2-3mnths ke?.. den br pi fomema ke?...or how?..thanx for ur reply...

    ReplyDelete
  47. Pn Anon 29 August, tiada masalah rasanya. Janji itu jabatan imigresen yg 'besar' disitu. Tp jika di putrajaya mmg confirm boleh. Yup, lepas dapat surat penerimaan tu dah terus boleh kerja. Baca tips yang lain berkenaan ini di blog ini juga. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  48. Assalammualaykum,

    Alhamdulillah, permohonan PRA saya telah diterima, berkat panduan yang encik berikan melalui tulisan blog ini. Terima kasih banyak kerana membantu. Moga Allah dapat membalasnya.

    Yan, Putrajaya

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  50. Saya nak tanya sekiranya seorang PRA telah berhenti dengan majikan lama nya..dan dipulangkan ke indonesia semula...berapa lama tempoh yang dibenarkan untuk dia masuk ke malaysia semula dengan majikan yang baru...

    ReplyDelete
  51. Saya rasa takde jangkamasa waktu sekiranya dia dihantar pulang tanpa ada urusan tertangguh dgn pihak Imigresen. Jika tiada masalah dgn pihak imigresen. dia boleh masuk as pelancong sekali lagi. Mcm kita, takkan nak ke Singapura kene tunggu 2 3 minggu lepas baru je balik semalam tetapi mampu untuk datang kali kedua? :)

    ReplyDelete
  52. Salam Major ....

    Thank you for sharing.... surat Major tu saya copy paste ... semuanya jelas except for personal bond.. kena buat bank draf ke?? ...

    Thanks again !

    ReplyDelete
  53. Nnt byr kat kaunter kalau seingat saya.

    ReplyDelete
  54. Salam..nk tanya ada satu form tu kita kena type ke?tak boleh tulis tangan?tempoh contract tu atas kita ke nk buat berapa tahun?

    ReplyDelete
  55. Salam.. Thanks for the info.. Sy ada soalan skit nk ty:

    1- semua urusan hantar borang ni boleh selesai dalam satu hari ke? Sebab saya dari kemaman and plan nak buat kat putrajaya..

    2-berapa minimum kelayakan gaji untuk menggaji seorang pembantu rumah?

    3-khabar angin mengatakan suami juga perlu hadir ketika proses permohonan.. Betul ke?

    ReplyDelete
  56. Salam.. Terima kasih mejar atas info yang sangat berguna.. Sy ada bbrp soalan skit nak ty;

    1. Semua urusan hantar2 borang ni boleh siap dlam masa satu hari je ke? Katelan kalau semua supporting dokumen lengkap lah.. Sbb sy de kemaman dan nak buat kat putrajaya..

    2.berapa minimum gaji majikan utk dikira layak menggaji pembantu rumah? Perlu bg sekali ke statement epf?

    3. Khabar angin mengatakan suami juga perlu hadir ketika proses permohonan.. Betul ke?

    4. Semua benda diatas hanya akan valid sebelum 1 oktober 2013 sbb JVP akan dimansuhkan.. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sy br wat last 2 weeks..utk permohonan pra baru dr indonesia..kene buat kt pej imi berdekatan alamat rumah di negeri masing2..tu yg sy perasan..rules baru..

      Delete
  57. very useful information. Thank you dan boleh saya tahu berapa total cost yang saudara bayar untuk keseluruhan process.Dari permohonan sehingga membawak masuk PRA.

    ReplyDelete
  58. Salam..sy ami PRA pstu byr la kat org rm180 upah utk preparekan docs sume..tp last2 sy refer kt page u ni..prepare sndiri cos yg org tu prepare xbrape lngkap.kirenye sedekah je lah rm180 tu kt dia..alhmdulillah..ikut guide u ni..permit pra sy lulus..cume skang nk wat payment and fomema.blh tau x..brpe lame tmpoh utk setelkan payment?lum smpt ke pej imi lg ni..huhu...

    ReplyDelete
  59. Nk tny smbdy yg ad exprnce..sy pny pembantu ni visa pelancong akn tamat 9hb oktober ni..nk apply tok JP VISA xblh da pasal dah dimansuhkan berkuatkuasa 1oktober 2013 br2 ni..cmne ye?

    ReplyDelete
  60. Very useful info.. terima kasih

    ReplyDelete
  61. Saya boleh uruskan kelulusan jp visa,,2 minggu lulus,,dah lulus baru bayar,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kenal org dlm ker? bape caj?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ade pertanyaan jp visa call saya 011-18631977

      Delete
    4. Harga 5k termasuk dgn maid ke or maid cari sendiri

      Delete
  62. 5k itu untuk luluskan sahaja jp visa sahaja,,,maid n urusan lain anda sendiri uruskan,,,

    ReplyDelete
  63. Jp visa sekarang tak bokeh buat lagi,,melalui saya je boleh buat,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa rasionalnya pihak imegresen tak benarkan majikan apply permit sendiri? boleh encik share? saya dah dapat maid harga semua urusan dalam 7k.. kalau nak tambah 5k utk dapat permit semata2.. masyaAllah

      Delete
    2. JP VISA SUDAH DIMANSUHKAN.....JP VISA BOLEH MOHON MELALUI SAYA ....CALL SAYA 01118631977

      Delete
    3. Apa apa call saya 01118631977

      Delete
  64. Itula. mmg dah xboleh buat. xsangka masih ada lubang. awak keje ngan imigresen ke?

    ReplyDelete
  65. Kalau pra yang dulu ingin bekerja dengan saya semula ? Apa yang perlu saya lakukan jika tidak mahu guna agen nak uruskan sendiri masih boleh tak? Pra tu sekarang ada di Indonesia?

    ReplyDelete
  66. Sy juga boleh uruskan jp visa..4k sahaja perlu bayar..berminat??sila tinggalkan no anda di sini..sy akan kol..tq

    ReplyDelete
  67. Sy juga boleh uruskan jp visa..cost xsampai 4k..berminat??sila tinggalkan no tpon anda di sini..sy akak call anda..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U still uruskan jp visa?

      Delete
    2. ya..sila tinggalkan nama n no pon u..

      Delete
    3. Kak, sy nak kak 0169222005

      Delete
    4. saya dh ade orang Indonesia acheh bulan 1 nak dtg sini utk jadi pembantu rumah saya, bole call sy 0162982125 jika ada yg bole buatkn urusan permit kerja. TQ

      Delete
  68. cl sy sapa yg blh wtkan jp visa n apa procedure plus kos...0132555106

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maid da ade kt sini ke di negara asal?

      Delete
    2. Maid yg dtg guna pas pelancung....di negara asal pun boleh....faizul 011-18631977......jpvisa gerenti lulus....

      Delete
  69. Still boleh buat permit ke? Sebab maid Abang saya baru masuk ke Kedah. Dan ada sorang lagi nak masuk utk adik saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kena lalui agen. tak boleh dah buat sendiri

      Delete
    2. kalau maid yg masuk as pelancong tu, kalau buat permit melalui agent, permit apa yang di apply tu..? JP visa juga ke namanya..? betul ke kena ada surat kelulusan dari KDN juga..?

      Delete
    3. Tak pasti namanya apa. Calling visa kot. Agen saya mmg buatkan surat apply kelulusan kdn

      Delete
    4. salam MH MY..boleh bagi no agen sbb sy nak apply JP visa ni..tk

      Delete
  70. Salam, tuan saya nak bertanya. kes saya ini hampir sama, cumanya ibu saya mengalami masalah kemurungan yang mana ibu saya perlu penjagaan rapi dan kena kerap bersamanya. Di sebabkan saya memiliki komitmen bekerja agak sukar saya untuk menjaga ibu 24 jam khususnya pemberian ubat-ubatan.Jadi dengan bantuan sepupu saya dr indo dengan menggunakan pasport melancong telah menjaga ibu saya, jadi kami telah berbincg adik beradik untuk mengambil dia sebagai pembantu dan dia cukup rapat dengan ibu saya. Persoalan saya bagaimana nak memohon dan prosudr serta kosnya bagaimana?harap sangat dapat membantu

    ReplyDelete
  71. Salam, tuan saya nak bertanya. kes saya ini hampir sama, cumanya ibu saya mengalami masalah kemurungan yang mana ibu saya perlu penjagaan rapi dan kena kerap bersamanya. Di sebabkan saya memiliki komitmen bekerja agak sukar saya untuk menjaga ibu 24 jam khususnya pemberian ubat-ubatan.Jadi dengan bantuan sepupu saya dr indo dengan menggunakan pasport melancong telah menjaga ibu saya, jadi kami telah berbincg adik beradik untuk mengambil dia sebagai pembantu dan dia cukup rapat dengan ibu saya. Persoalan saya bagaimana nak memohon dan prosudr serta kosnya bagaimana?harap sangat dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. leave ur phone no here..nt sy akan kol ..

      Delete
  72. Salam, tuan saya nak bertanya. kes saya ini hampir sama, cumanya ibu saya mengalami masalah kemurungan yang mana ibu saya perlu penjagaan rapi dan kena kerap bersamanya. Di sebabkan saya memiliki komitmen bekerja agak sukar saya untuk menjaga ibu 24 jam khususnya pemberian ubat-ubatan.Jadi dengan bantuan sepupu saya dr indo dengan menggunakan pasport melancong telah menjaga ibu saya, jadi kami telah berbincg adik beradik untuk mengambil dia sebagai pembantu dan dia cukup rapat dengan ibu saya. Persoalan saya bagaimana nak memohon dan prosudr serta kosnya bagaimana?harap sangat dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      Buat masa sekarang, memang perlu melalui agen. Seperti saya juga, maid yg lama telah saya hantar pulang setelah beliau tamat tempoh permit semalam (15/3/2015). Maid baru saya ini pula sedang dalam proses permohonan permit yang mana agen uruskan.

      Melalui persoalan saya di kaunter Imigresen sendiri, memang pegawai Imigresen telah tidak membenarkan pihak majikan memohon permit sendiri. Perlu melalui agen.

      Nasihat saya, tuan boleh layari website Imigresen dan dapatkan senarai agen2 yang boleh berurusan dengan pihak Imigresen.

      Tentang kos, kalau maid tuan sudah ada, dalam anggaran RM 5200 (kos yg saya kena), kalau amik maid baru dari agen dalam lingkungan RM 12500.

      Wallahualam.

      Harap dapat membantu.

      Delete
    2. SAYA BOLEH URUSKAN JP VISA...SILA CALL SAYA 011-18631977....

      Delete
    3. Saya boleh uruskan sesiapa yg ingin pulang ke negara asal....sudah lama di malaysia..permit tiada..visa sudah ramat tempoh...call saya 01118631977

      Delete
  73. salam,

    boleh dapatkan no agen yang tuan guna? terima kasih

    ReplyDelete
  74. Kos permit sampai siap...baru2 ni kawan saya buat mencecah rm5700....kos tahun 2015 tu...

    ReplyDelete
  75. Kos permit sampai siap...baru2 ni kawan saya buat mencecah rm5700....kos tahun 2015 tu...

    ReplyDelete
  76. Sesiapa yg ade masalah hendak balik ke negara asal...tiada permit...yg serius sahaja...call saya atau whattapp saya 01118631977....yg nak buat jp visa untuk pembantu rumah..pun boleh...disilakan.....Amin......

    ReplyDelete
  77. NAK BUAT PEMBANTU RUMAH LELAKI PUN BOLEH....CALL SAYA 0111863197

    ReplyDelete
  78. Ingin membuat jpvisa / p.ermit untuj pembantu rumah lelaki...call saya 01118631977.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah xboleh. must melalui agen rasmi

      Delete
    2. Saya boleh buat jpvisa...tiada masalah..pm saya 01118631977

      Delete
  79. Sudah berjaya dapat permit melalui JP visa tuan? Boleh saya dapatkan no tel agent yang menguruskan

    ReplyDelete
  80. BEKAS PEMBANTU RUMAH SAYA DATNG SEMULA UNTUK BEKERJA SAMA KAMI. ADAKAN KITA BOLEH DAFTAR TERUS DGN IMEGRESEN?
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  81. BEKAS PEMBANTU RUMAH SAYA DATANG SEMUALA UNTUK BEKERJA DGN KAMI?
    ADAKAH KAMI BOLEH TERUS MENDAFTAR DI IMIGRESEN? ADA SESIAPA BOLEH BERI MAK LUMAT. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika permit dia sudah expired. Mmg kene melalui agen. Kalau hidup lg ok je

      Delete
  82. Sekarang ni Urusan JP visa majikan masih boleh buat sendiri atau mmg kene melalui agen atau orang orang persendirian?

    ReplyDelete
  83. SEKARANG MAJIKAN BOLEH KE BUAT SENDIRI YE? OR KENA MELALUI AGEN?

    ReplyDelete
  84. SKRG JP VISA DH XDE LAGI...
    KENA BUAT SURAT RAYUAN KEPADA KEM. DALAM NEGERI.. DH LULUS BARU BOLEH DAFTAR VISA PEMBANTU RUMAH PERKERJA ASING...

    ReplyDelete
  85. Assalam,

    Terima kasih atas info yang sangat berguna.

    Cuma saya nak tnya, kalau ikut senarai semak untuk permohonan JP tu, ada satu perkara iaitu 'Laporan Perubatan Bakal Pembantu Rumah oleh Panel Klinik yang dilantik oleh KKM'.. yang ini perlu dibawa sekali semasa buat permohonan di Immigresen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Klinik yg berdaftar dgn fomema akan link dgn imigresen secara online. Imigresen akan semak guna sistem shj

      Delete
    2. jg carik agen tepi jalan..duit melayang,,pasport kemana...kululusan x kunjung tiba..ada 1 agen kat Kl senang berurusan 2 hinga 3 minggu siap keleulusan, syukur sy dikenal kan agent tu

      Delete
  86. sy ingin mendapat maklumat proses mendapatkan permit pembantu rumah.sy mempunyai calonnya disini dn ingin mendpatkan permit yg sah.boleh hubungi sy whatsapp/call : 016 2590252.kalo hatga berpatutan sy akan bersetuju.tq

    ReplyDelete
  87. Salam sy ada masalah tentang pengurusan maid.pada mulanya sy ambik maid melalui agency pada mac 2016 tanpa permit..slps tempoh 3 bln sy nak buat permit sekiranya maid sy ok..suddenly maid x ok..sy buat penukaran maid baru dgn agency sama pada july..dan maid pun ok dan sekarang sy ingin membuat permit sendiri. Tp bila sy tgk visa pasport dia tarikh luput bln august 2016 sbg pelancong sudah tamat. Bagaimana sy ingin membuat permit memandangkn tempoh sbg pelancong sudah tamat..sy tak mahu buat dgn agency..maid sy masih bekerja dgn sy. bagaimana caranyer..mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  88. Salam.. saya ada pembantu rumah ambil melalui agency pada april 2016.tanpa permit.dan pada july 2016 sy buat penukaran maid ats sbb yg tertentu. Alhamdulilah maid kami ok. Sy ingin membuat permit sendiri. Masalahnya..bila tgk pasport visa pelancong sudah expired bln Aug 2016. Maid sy masih bekerja dgn sy.Bagaimana caranya utk sy buat permit ? Mohon pencerahan. Insan yg jahil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kita xboleh buat sendiri. Urusan permit haruah melalui agensi. Agensi yang sah dan berdaftar dgn imigresen je dibenarkan utk buat permit

      Delete
    2. salam puan. saya pun mengalami masalah yang sama dgn puan. pass lawatan dah expired. kalau puan ada jalan nak memperbaharui visa pelancong yg dah tamat blh share juga kat sy di azyzaffendi@gmail.com

      Delete
  89. Urusan maid...pati...permit...dan lain..lain..insyallah saya boleh..uruskan..01118631977

    ReplyDelete
  90. as salam..nak Tanya sekarang majikan boleh uruskan sendiri tak permit PRA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut budget belanjawan 2018 baru ni, majikan dah boleh uruskan permit sendiri tanpa melalui agen

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...