Siapa Zahariz Khuzaimah ini?
Kepada anda yang belum mengenali beliau sudah tentu tertanya-tanya bukan. Beliau adalah rakyat Malaysia yang telah mengembara ke beberapa benua dengan hanya berbasikal. Yup, hanya bersendirian dan berbasikal. Takjub bukan. Pertama kali aku tonton siri 'Dengan Basikal Aku Menjelajah' yang disiarkan di TV Al-Hijrah terus terasa kerdil dan bersyukur dapat menyaksikan alam ciptaan Allah SWT yang dikongsikan bersama oleh Zahariz. Permandangan bukit bukau, rumput yang menghijau, salji yang putih bersih serta segalanya yang indah berjaya dirakam dan direkodkan untuk memberi inspirasi kepada kita akan kebesaran Allah SWT yang maha pencipta dan besar.
Pada aku, Zahariz adalah contoh kepada mereka-mereka yang punya impian. Cuma bezanya adalah beliau go for it untuk menikmati impiannya dari kecil. Pengorbanan yang beliau buat amatlah besar. Meninggalkan keluarga, pekerjaan dan rasa selesa di bumi Malaysia bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat. Apatah lagi jika kita tidak mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang jitu.
Browse punya browse pasal Zahariz ini, terbaca di siaran Kosmo yang mengatakan beliau akan embark satu lagi adventure untuk tinggal bersama-sama orang nomad di Mongolia dan kawasan sekitar. Ini adalah sesuatu perkara yang jarang dibuat terutamanya rakyat Malaysia. Untuk menjadi ethnographer memang bukan in thing rakyat kita. Tapi ianya adalah perkara biasa oleh rakyat negara maju.
Ethnography adalah salah satu cabang penyelidikan dan kajian dalam kerangka Qualititative Study. Tidak seperti Quantitative study yang lebih bermain dengan statistik dan angka, Qualitative study lebih bermain dengan pengalaman, experience, perasaan, catatan dan manifestasi sesuatu perkara. Ekspedisi sebegini amat baik untuk dijadikan ikutan. Sebab ianya memberikan kita perspektif dan perasaan benar-benar faham akan sesuatu fenomena. Kebiasaannya, memang seorang ethonographer akan mengadaptasikan diri mereka dalam kerangka subjek yang mereka ingin kaji.
Jika Zahariz ingin memahami kehidupan manusia nomad di Mongolia memang benarlah caranya untuk tinggal dan bersama-sama 'hidup' dengan golongan tersebut. Catatan dan pemerhatian daripada Zahariz itu bukan sahaja adalah 'findings' yang berguna malah mungkin akan menjawab pelbagai persoalan yang beliau inginkan jawapannya.
So, ada tak diantara kita yang ingin jadi seperti saudara Zahafiz? Persoalan yang ramai akan jawap ya tapi disusuli dengan 'tapi sekarang dah kahwin dan ada anak-anak, so susah sikitla'..
Semoga perkongsian saudara Zahariz ini setidak-tidaknya merealisasikan impian kita sewaktu kecil yang juga seperti beliau. :)
Kadang-kadang alasan membuatkan kita tidak berusaha untuk mengejar impian
ReplyDeleteSetuju dengan anda :(
DeleteSubhanallah,indah sungguh ciptaan Allah
ReplyDeleteSubhanallah,indah sungguh ciptaan Allah
ReplyDelete