Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan solat sunat tarawih td di Masjid Besar Seri Manjung. Kata orang, sampai2kanla perkara kebaikan walaupun hanya sepotong ayat. Apa yang aku nak kongsikan disini bukanlah asing bagi pembaca semua (kut) , tapi mmg asing bagi aku yang dah lama tak dgr tazkirah kat masjid. Teringat time aku matrik dulu selalu dgr tazkirah setiap kali selesai solat fardhu. Apa yang aku nak share ni adalah tazkirah dari imam masjid tersebut.
Selepas sahaja solat Isyak berjemaah, imam besar memberikan tazkirahnya untuk muslimin dan muslimah yang hadir. Berikut adalah nasihat imam berkenaan perkara-perkara berikut:
1. Sejarah Solat Tarawih.

Moral of the story : Imam ada mengatakan bahawa kebelakangan ini ada di antara kita yang memerli orang yang laksanakan 8 rakaat dan 20 rakaat. Orang yang buat 8 rakaat kata yang buat 20 rakaat hanya nak menunjuk2, yang buat 20 rakaat kata yang buat 8 rakaat tak kuat iman. So, sepatutnya tidak timbul isu rakaat yang dilakukan. Jika kita mampu buat 20 rakaat, laksanakan. Jika 8 rakaat, tidak bermakna kita lemah iman. Allah S.W.T jua yang menilai diri kita.
2. Perihal Solat Sunat Tarawih di Masjid

Moral of the story: Niat hendaklah betul. Niat kedua2nya dibolehkan. Jgn ada niat selain beribadah dan bukannya nak cari jodoh atau tunjuk alim.
3. Perihal Darjat Lelaki dan Wanita.

o Darjat seseorang kaum Adam (lelaki) itu adalah tinggi sekali di saf yang pertama dan yang rendah sekali adalah yang duduk di saf terakhir.
o Manakala darjat wanita yang paling tinggi sekali adalah mereka yang duduk di saf terakhir dan yang yang terendah adalah mereka yang duduk di saf pertama wanita.
Moral of the story: Aku terkejut dengar hadis pasal ini lebih2 lagi hal wanita, yg pasal lelaki tu adala pernah dengar dulu. Menurut imam, Kaum ibu dan wanita tidak dituntut untuk berjemaah di masjid sepertimana kaum lelaki. Ini adalah kerana jika kaum wanita hendak juga ke Masjid, mereka hendaklah menjaga aurat dengan sebenar-benarnya. Jika hujan atau lecak, jgn diselinsing kain sehingga nampak tumit. Jika ada anak rambut terkeluar dari tudung hendaklah dielakkan kerana hukumnya haram. Dikhuatiri daripada sepatutnya dapat pahala, dapat dosa pula pada lelaki dan perempuan. Itu sebab darjat wanita menurut Hadis Muslim tu mengatakan yang paling tinggi di belakang sekali sebab yang didepan adalah paling rapat dengan lelaki yang disaf belakang. Walaupun ada tirai, takut2 ada yang menjeling juga. So, kaum ibu dan wanita, aurat anda hanya untuk suami dan muhrim anda sahaja. Jika tidak dapat elakkan dari perasaan ada orang tgk anak rambut atau tumit kita, bersolat sahaja dirumah. Menurut penjelasan imam lagi, Solat Sunat Tarawih itu yang dituntut dan bukannya solat jemaah. Solat Jemaah adalah sunnah nabi sahaja. So, untuk aku yang isteri kadangkala on-call di hospital, tak perlula aku risau tak dpt berjemaah di masjid. Di rumah pun boleh.
4. Perihal Solat Witir bersama Imam yang bertarawih

Moral Of the story: Ilmu baru yang aku terima, ingatkan terus kene asingkan. Rupanya dibolehkan ikut imam kerana khasiat solat itu adalah sama.
5. Selepas Witir Bole Tahajjud Tak?

Moral of the story : It’s very clear kan..so jgn ragu2 lagi jika kita beranggapan yang witir tadi penutup solat sunat yang lain, tidak ke kita terpikir yang org arab di Mekah mahupun Madinah tak buat solat tahajjud atau solat sunat lain selepas witir tadi di malam hari?. Ini disebabkan org arab kebiasaannya selepas tarawih akan buat witir.
So, apa yang disampaikan ini adalah dari tazkirah di masjid tadi. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.
p/s : Buat 8 je td. :)
Good info...tq..boleh dipanjang2kan benda yg baik ini.
ReplyDelete