Lazada MY

Monday 8 August 2011

Uhukk..uhukk...uhukk...Arghhh!!! Anda Batuk??!!



Arghhh...sakit tekak!!!!

Salam kepada semua pembaca. Topik apa nak discus ye kali ni. Hmm.. Oh ok, teringat baru-baru ni negara kita diserang jerebu atau asap yang amat membimbangkan. Kesan daripada suasana ini maka berlakulah batuk-batuk yang tak henti-henti, sakit tekak dan pedih mata. Ahaks.. Tapi kali ni nak cite pasal batuk dulula.

Ramai kat luar sana kalo tanya apa itu Batuk? Cuba describe batuk dengan betul..Ramai yang akan jawab, batuk tu batuk la..atau batuk tu, ala yang uhuk uhuk uhuk tu... atau juga, malas la nak jawab soalan ko..soalan budak sekolah rendah je aku dengar..ntah pape je.. (erkk)

Kadang-kadang kita nak jugak kene tau basic penyakit yang common ni. At least cara pencegahan dan kefahaman tu kita ada la. Kita akan lebih take care tubuh badan kita. Tak gitu?? Jom kita start!!

Batuk ditakrifkan sebagai tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan benda asing(Cth: habuk, debu dan sebagainya) dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Kebiasaanya, tindakbalas ini akan menghasilkan lendir ataupun kahak.

Antara Sebab Terjadinya Batuk:

1. Habuk, Debu, Asap (termasuk asap rokok) dan yang sewaktu dengannya.
2. Jangkitan virus/bakteria di saluran pernafasan dan paru-paru.
3. Asma atau alahan.
4. Kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil seperti ubat darah tinggi dalam kumpulan ACE Inhibitor (Cth: Captopril , Enalapril, Perindopril)
Sumber : MIMS.com

Ok, bila dah tau sebab musabab nya.. Jom kene tgk cara nak counternyer pulak, Layanzz...

1. Elakkan diri daripada tempat berdebu, berhabuk dan berasap (termasuk dengan mereka2 yang merokok).
2. Cuba minum air panas (suam) bercampur madu atau lemon atau the lemon jika anda mengalami batuk yang kering dan kerap.
3. Berhenti je la merokok!!!
4. Minum ubat batuk jerla senang… OK, ada 2 jenis ubat batuk yang common. Yang pertama adalah dari jenis expectorant iaitu yang mengeluarkan kahak. Kedua, daripada jenis cough suppressant.
a. Cth : Expectorant ( Mucinex® dan Duro-tuss ® )






b. Cth: Cough Suppressant (Tussidex®)


Fakta mengenai batuk.

1. Batuk kebiasaanya tidak merbahaya kerana ianya kebiasaanya adalah jangkitan kuman.
2. Terdapat kombinasi ubat batuk yang ada suppressant dan expectorant efek seperti Tussidex ®
3. Tidak perlu makan antibiotic jika batuk anda bukan disebabkan oleh bacteria.
4. Ada ubat batuk yang menyebabkan anda mengantuk. Jangan berlebih-lebihan dalam pengambilan ubat batuk.
5. Perlu jumpa doctor jika batuk anda :
a. Batuk berdarah.
b. Batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
c. Demam yang berpanjangan
d. Mengandung (sebab ada ubat batuk yang tidak sesuai untuk ibu mengandung)
e. Sakit2 sendi dan bengkak.

p/s : Hindari hidup anda dari batuk..sebab batuk menyebabkan hidup anda kurang berkualiti. 

2 comments:

  1. kalau tengah puasa, pastu terkena batuk ni.pergh!!!! payah

    ReplyDelete
  2. Ahaks..tu pentingnya mencegah daripada mengubati

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...