![]() |
Basikal keluaran Syarikat Porsche |
Tentu agak terkejut bila membaca artikel berkenaan pembuat kereta sport (sukan) setaraf Lamborghini dan Ferrari mereka bentuk dan membina sebuah basikal??? Apa kejadahnya korang buat basikal?? Dahla korang dah terkenal dengan kereta mewah dan sporty, basikal nya market pun korang nak masuk jgk. Suka hati la. Apa2 pun US berpendapat trend seperti ini maybe terjadi disebabkan dengan populariti sukan berbasikal didunia seperti Le tour de France (Jelajah Eropah) or Le tour de Langkawi (Jelajah Manjung Malaysia). Di tempat US tinggal memang menjadi trend baru anak muda berbasikal sebagai aktiviti riadah. Mana taknya, daerah Manjung menjadi tumpuan atlet sukan berbasikal sebab menjadi antara route yang akan dilalui mereka. Itu tak cakap lagi sukan Powerman yang tiap2 tahun berlangsung di Manjung.
So, sedikit sebanyak, aktiviti berbasikal ni menjadi kegilaan orang disini. Ok, berbalik kepada basikal keluaran Porsche ni, semua orang tau syarikat ni dari Jerman kan, mereka ni memperkenalkan 2 varian basikal urban iaitu Porsche Bike S dan Porsche Bike RS. Konsep binaan jentera beroda dua ni diilhamkan oleh Jabatan Kereta GT (Mantap seh, for sure makan angin orang kat belakang, sedap lari macam lipas kudung). Mana taknya, Jabatan Kereta GT ni la yang bertanggungjawab hasilkan model sport 500 kuasa kuda iaitu 911 GT3 RS 4.0. Kalau korang minat kereta, for sure korang tau enjin yang dinyatakan.
Malas nak cakap banyak, nak lebih lanjut layari laman web rasmi basikal ni SINI. Spesifikasi model ni yang buatkan korang melopong baca antara lain ialah:
- Dibuat menggunakan material yang ringan. Berat hanya 11 kg je.
- Menggunakan padanan gear Shimano 11 kelajuan (Apa? biar betik? 11 speed?? ada enjin ke ape?)
- Hab gear Alfine dan sistem klac kembar untuk kayuhan berat.
- Rim DT Swiss dan Brek cakera jenama Magura.
- Rangka gentian karbon monocoque.
![]() |
Dato' Seri Najib pun berbasikal pe, ape lagi. Jom berbasikal ramai2x. |
p/s/s: Senaman berbasikal baik untuk kesihatan. Info SINI
![]() |
Basikal US. FOC. Harga sebenar RM 25++ |
11 kg??argh!!! tetap berat.susah nak pindah2 kan.kikikikiki
ReplyDelete