![]() |
Benarkah Fernando Torres seorang underperformer?? |
Salam semua readers yang masih lagi setia menunggu
artikel terbaru di Untuqsemua.com ini. Terlebih dahulu sengaja hendak beritahu
yang penulis agak kepenatan 2 minggu kebelakangan ini. Biasalah, kerja sebagai
Ketua Jabatan ini amat membebankan lebih-lebih lagi bila sudah hujung tahun.
Laporan prestasi anggota perlu dilengkapkan, mesyuarat sana sini, kerja bertimbun saban hari dan
pengurusan kewangan yang perlu dibereskan. Itulah penyebab kepada ‘kesunyian’
blog ini.
Kali ini penulis ingin menarik perhatian pembaca
semua kepada topic yang penulis rasa agak penting dalam menguruskan staf dan
anggota bawahan. Ianya tidak hanya kepada anggota bukan pegawai, tetapi sesuai
untuk semua peringkat. Dari Superior ke employee.
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh
Ketua/Pengurus/Penyelia sesebuah organisasi adalah pengurusan staf yang
‘underperform’ atau dengan kata lain, staf yang sudah tidak bermotivasi, tahap
kerja yang sudah ‘stagnant’ dan mungkin menurun dari tahun-tahun sebelumnya.
Jika pembaca diluar sana merupakan ketua/pengurus mahupun
penyelia, suka diingatkan bahawa artikel ini mungkin dapat membantu anda dalam
mengurus sumber manusia dibawah jagaan anda. Selamat Membaca!
‘Of all the decisions an executive makes, none are as
important as those revolving around people, because employees determine the
performance capacity of an organization’
- Lindsey B. Poppe, Pharm. D., M.S., BCPS, Clinical
Manager, Department of Pharmacy
University of North Carolina Hospitals
Suka
penulis dahulukan artikel ini dengan quot di atas. Jika anda salami dalam-dalam,
memang ada kebenarannya. Lebih-lebih lagi di sektor swasta. Sektor kerajaan
juga boleh implemen sedikit sebanyak cara yang UNCH guna untuk menguruskan
pekerja-pekerja yang ’underperform’.
![]() |
Yes!! I want to believe i can!! |
Di Amerika Syarikat, didalam
pentadbiran pengurusan farmaseutikal, kos mengurus pekerja adalah kedua
tertinggi selepas kos ubat-ubatan. Sekiranya pekerja-pekerja terbabit
’underperform’, kos ini akan meningkat berganda. Ini disebabkan oleh pekerja-pekerja
yang malas ini tidak menyumbang kepada keuntungan pengurusan atau organisasi
secara lebih optimum. Bayangkan jika anda ada pekerja yang rajin dan tidak
mengira soal kerja, keuntungan syarikat anda pasti akan lebih baik daripada
syarikat yang mempunyai pekerja yang malas dan tidak mahu berusaha lebih dalam
membantu membangunkan syarikat. Yang dikatakan kos mengurus pekerja
’underperform’ lebih tinggi adalah pihak pengurusan terpaksa berbelanja lebih
untuk meningkatkan semula performance pekerja mungkin dengan cara mengadakan
seminar, kaunseling, kem motivasi dan etc.
Apa yang ditakrifkan sebagai pekerja yang
’underperform’?
Pekerja
yang underperform adalah pekerja yang tidak mencapai tahap mutu kualiti kerja
sepertimana yang diharapkan, pekerja yang tidak konsisten dalam memberi servis
terbaik dan tidak menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada sewaktu bekerja.
Kebiasaannya,
pekerja seperti ini memiliki sikap yang tidak baik (undesirable behavioral
characteristic) seperti:
1.
Antagonis
2.
Kelakuan yang tidak produktif
3.
Kurang sikap professional
4.
Sikap negatif yang lain.
Untuk mencapai tahap mutu,servis
kerja yang tinggi, pengurusan terpaksa
berbelanja lebih hanya untuk mengekalkan mutu dan
prestasi sesuatu jabatan, organisasi mahupun unit.
Apa
yang dilakukan oleh pihak UNCH untuk mengelakkan masalah ’underperform’ adalah
melibatkan 4 proses utama. Proses-proses tersebut adalah ketika proses
pemilihan pekerja, proses asimilasi pekerja, proses pembetulan dan proses
pemecatan.
Keempat-empat
proses ini amat dititikberatkan oleh top manager UNCH supaya dapat membendung
masalah ini seterusnya mengurangkan kos operasi dan pengurusan staf. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan keuntungan syarikat/hospital/pengurusan.
Mari
kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka?
Sewaktu diproses pemilihan anggota/pekerja baru,
pihak UNCH amat memilih agar candidate yang ditemuduga terdiri daripada mereka
yang benar-benar komited terhadap tugas dan tanggungjawab. Pihak UNCH
menggunakan satu alat (tool) untuk mengenalpasti underperformers. Alat tersebut dinamakan Behavioral-based
interviewing. Pihak UNCH memperkenalkan moto ‘Hiring for excellence’. Proses
temuduga tersebut amat penting kerana daripada alat tersebut, mereka dapat
mengenalpasti keupayaan seseorang pekerja baru. Daripada jawapan yang
diberikan, mereka dapat menilai kelakuan lepas (past actions) seseorang pekerja
dan bagaimana kelakuan lepas mereka dapat mempengaruhi tindakan masa depan
mereka.
Selepas
melakukan temuduga secara sistematik ini, mereka dapat mengurangkan bilangan
pekerja yang telah diterima bekerja tetapi berhenti disebabkan beberapa factor
tertentu. Oleh
hal yang demikian, proses memilih dan temuduga dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan kos pentadbiran.
Seterusnya mari kita lihat proses asimilasi atau
probationary period yang lebih dikenali sebagai ’welcome period’ kepada semua
staf yang diterima untuk bekerja di UNCH. Apa yang mereka lakukan untuk
mengelakkan underperformers?
Untuk
mereka yang berjaya diterima bekerja, proses asimilasi dianggap penting kerana
ianya menentukan tahap mutu pekerja di masa depan. Mereka melaksanakan
orientasi di setiap jabatan dan unit. Ini untuk memperkenalkan staf baru kepada
visi, misi dan objektif sesebuah unit mahupun jabatan. Ianya juga sebagai
peluang staf baru ini bertemu dengan pentadbir, big boss dan juga penyelia.
Dengan itu, pekerja diharapkan faham tentang arah tuju organisasi terbabit dan
bersedia untuk menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan nanti. Proses dianggap
penting kerana sekiranya pekerja tidak merasakan faktor ’self belonging’ di tempat kerja, besar
kemungkinan staf baru tersebut akan tidak produktif dan seterusnya
underperform. Mereka menerangkan segala aspek yang perlu seseorang staf baru
patut tahu sehinggakan perihal parking pun mereka cakap.
Proses
seterusnya adalah ketika proses pembetulan (correcting process). Ketika ini
pentadbir/penyelia/pengurus telah mengenalpasti underperformers. Ini mungkin
disebabkan sudah terlalu lama bekerja mahupun motivasi telah menurun. Untuk
ini, pentadbir akan mengkaji punca perkara ini berlaku. Komunikasi secara
berkesan merupakan jalan untuk mengutarakan masalah ini seterusnya
menyelesaikannya.
Satu approach yang boleh kita pelajari adalah
Studer DESK approach:
1.
Describe to the employee what has been observed.
2.
Evaluate and explain how the managers feels about the
observation.
3.
Show the employee what needs to be done, and
4.
Let him or her know
the consequences of continued underperformance.
![]() |
Pi cari kerja lain la jawabnya. |
Proses
terakhir (proses pemecatan) hanya akan berlaku sekiranya telah diberi 2 atau 3 surat amaran kepada
underperformers tetapi tiada tindakbalas positif. Seperti Donald Trump cakap: YOU ARE FIRED!!!
Penutupnya
adalah underperformers menyebabkan pengurusan kerugian masa, tenaga dan
menyebabkan organisasi tidak mencapai matlamat sebenarnya yang ingin dituju.
Mengutarakan masalah underperformance secara berhemah dan teliti dapat membantu
organisasi kembali ke landasan seperti sediakala. Jika tidak boleh, keluarkan
sahaja pekerja yang bermasalah itu dan tukarkannya dengan pekerja yang
mempunyai semangat, motivasi dan dorongan positif yang tinggi. Harap dapat
membantu anda semua. Sekiranya ingin membaca artikel berkenaan, emelkan
pertanyaan anda kepada saya ya. Happy managing!!
No comments:
Post a Comment