![]() |
Bunyinya memang kedengaran baik. Tetapi ada natijahnya.
Memang aku merancang untuk menyambung pengajian Postgraduate selepas 5 tahun bekerja dan menimba ilmu menguruskan
Jabatan, orang perseorangan dan sebagainya. Tetapi bidang yang aku ingin
sambung itu adalah Master of Clinical
Pharmacy since aku memegang
Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Mengikuti pengajian berkaitan Farmasi adalah lebih
relevan sekiranya mengambil kira ijazah yang aku ada. Itu adalah dari segi
perspektif bidang dan tugas.
Selama 5 tahun aku bekerja di bawah naungan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Sedikit sebanyak aku perlu akur yang bidang lojistik amatlah
diperlukan demi mentadbir dan mengatur urus keperluan mereka di bahagian depan
dan belakang. Maksud depan adalah golongan infantry dan belakang adalah
golongan support party seperti
perubatan, bekalan dan selenggaraan. Aku tidak tahu adakah ia benar, ada yang
mengatakan bahawa Panglima Angkatan Tentera US adalah mereka yang pakar dalam
bidang lojistik. Ini adalah kerana, untuk mengatur gerak sekumpulan askar di
bahagian hadapan memerlukan keperluan lojistik yang mencukupi. Baik dari segi
bahan makanan, senjata, perubatan dan lain-lain perkara yang mungkin remeh
tetapi sangat penting yang mungkin boleh menjamin kemenangan sekiranya berlaku
peperangan ataupun konflik.
![]() |
Adakah aku akan jadi pelajar universiti ini? |
Minat aku lebih menjurus kepada pentadbiran sebenarnya
seperti golongan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik). Cuma aku bertuah kerana dapat
peluang menguruskan Jabatan Farmasi di hospital aku bertugas. Pelbagai masalah
dan ragam yang membuatkan aku matang walaupun belum sampai waktunya. Aku
terpaksa memikirkan perihal anggota dan staf bawahan aku melebihi kepentingan
diri aku. Itu adalah realitinya. Sebabnya, tiada keputusan yang lebih penting
daripada keputusan yang membabitkan anggota dan staf anda seperti yang aku
pernah tulis di entri INI.
Aku tidak pasti samaada aku
terpilih ataupun tidak untuk mengikuti program tersebut. Cuma aku berharap
pihak atasan aku iaitu Tentera Darat
memberi aku peluang tersebut. Sebab bukan senang untuk kita belajar
logistic lebih-lebih lagi daripada lojistik ketenteraan negara asing. Sudah
semestinya itu menjadi pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan. Program ini
adalah dibawah program Malaysian
Australian Joint Defence (MAJD). Harapan aku tidaklah begitu tinggi
disebabkan mungkin persaingan untuk mengikuti program ini adalah sangat tinggi.
Aku mungkin terpaksa bersaing dengan Pegawai-pegawai Tentera daripada Kor
Ordnan DiRaja. Kor Ordnan adalah kor yang menjaga aspek lojistik dalam sesebuah
ketumbukan ketenteraan.
Disebabkan aku adalah dari Kor
Kesihatan DiRaja, mempelajari ilmu lojistik ini boleh diaplikasikan dalam
mengurus aspek lojistik kesihatan seperti dinegara-negara Afganistan dan
negara-negara bergolak dimana askar Malaysia ditempatkan untuk membantu mereka
membangunkan sistem. Dan program ini sangat berguna sekiranya aku ingin menjadi
salah seorang pengurus dalam industri farmaseutikal Malaysia suatu hari nanti. Jalan
halatuju aku menampakkan cahayanya disitu.
Walauapa-apapun yang terjadi,
aku perlu bersyukur yang bahawasanya, pengarah aku telah mencalonkan aku. Itupun
sudah cukup baik dan aku bersyukur. Ia menunjukkan bahawa keperihatinan dan
tanggungjawab pengarah demi membentuk pegawai-pegawai bawahannya dan seterusnya
anggota-anggota yang terlibat. Aku ucapkan terima kasih kepada Pengarah Farmasi
ATM untuk peluang sebegini. Sekiranya tiada rezeki aku, aku tetap akan teruskan
pengajianku dalam Master of Clinical
Pharmacy pada tahun hadapan. Terima kasih.
tahniah, peluang yg baik tu, jangan sia2kan.
ReplyDeleteTerima kasih Sifu. InsyaAllah jika ada rezeki adala. :)
Delete