Seperti di entri sebelum ini aku ada ceritakan yang aku
sekeluarga terpaksa berkorban agar aku dapat menjalani ujian ADFELPS di
Kementerian Pertahanan, KL. Pada hari ujian tersebut, sepatutnya aku bercuti ke
Bukit Merah Laketown Resort seperti yang telah aku rancangkan dan booking.
Mercu Tanda Bukit Merah |
Walaupun percutian ke Bukit Merah terpaksa di tangguhkan,
aku tetap juga pergi ke sana
pada sebelah petang selepas aku habis ujian ADFELPS tersebut. Percutian ini
adalah idea isteri aku yang insist
untuk pergi setelah mendapat kupon ke Waterpark secara percuma daripada Majalah
Santai yang aku langgan setiap tahun. Oleh kerana dateline kupon terbabit jatuh
pada hari sebelum 31 Mei 2012, maka aku kena gunakannya segera dan jika tidak
maka tiada peluang untuk aku masuk bermain air secara percuma dengan anak
kecil, Aliya Nuha.
Sebagai kenangan |
Pakej penginapan juga percuma di Laketown Hotel. Yang ini
aku dapat daripada Holiday voucher yang ayahku terima sewaktu
menang peraduan basikal antik di Bukit Merah. So, dipendekkan cerita, aku tamat
ujian pada jam 4 petang dan terus kami meluru laju ke Bukit Merah yang hanya
mengambil masa 2 jam daripada KL. Hehe. Tapi disebabkan penat dan dan unpack
barang, tiada aktiviti yang dapat dibuat petang itu. Hanyalah berehat untuk
keesokkan harinya.
Antara pelancong Australia dan Jepun yang sempat kami bual |
Banyak aktiviti yang menarik yang dapat dibuat disini yang
antaranya adalah melawat ke Pulau Orang Utan, EcoPark, bermain air di taman
temanya dan lain-lain lagi. Memang menyeronokkan lebih-lebih lagi informasi
yang boleh di perolehi di Pulau Orang Utan. Sangat inspiring dan amat bagus
untuk dilawati. Disamping dapat menderma untuk kelangsungan Orang Utan, dapat
juga ilmu penjagaan Orang Utan supaya tidak pupus kelak.
Suasana bilik yang luas dan selesa |
Percutian aku ke Bukit Merah ini memang menyeronokkan,
lebih-lebih lagi ilmu yang aku dapat dan terpesona dengan cara Tan Sri Mustafa
Kamal (Pengerusi Kumpulan EmKay) berjaya dan menjadi business tycoon terkemuka
di Malaysia .
Daripada risalah artikel yang dibekalkan di bilik hotel, anak Tan Sri MK iaitu
Tuan Haji Khaliff telah dilantik menjadi Managing Director kumpulan EmKay yang
baru. Semoga anak beliau dapat meneruskan kecemerlangan legasi Tan Sri Mustafa
Kamal.
Akhirnya, Aliya Nuha gembira |
p/s: Teringat dulu yang aku pernah tinggal di Bandar Baru
Sg. Buloh yang merupakan antara projek hartanah terawal yang dibangunkan oleh
Kumpulan EmKay.
No comments:
Post a Comment