10 Mei 2012 akan menjadi satu
tarikh keramat bagi aku kerana sesuatu yang pelik telah berlaku dalam blog
Untuk Semua. Rasa teruja, dihargai dan bersemangat mula mengalir dalam
salur-salur darah tubuh badan ini.
Seperti biasa, apabila masuk ke
pejabat, aku akan buka email untuk melihat hal-hal terkini yang mungkin perlu
aku ambil tindakan. Tapi apa yang aku dapati adalah emel-emel maklumbalas
daripada blogger-blogger yang hanya aku kenali di ruangan komen blogger famous.
Perasaan pelik menyelubungi diri
aku, ‘Apa kejadahnya diorang ni komen bagai kat aku punya blog ni?, tak
pernah-pernah diorang mencemar duli jejakkan kaki ke sini?’ ‘Hmm, there must be
something wrong, I guest’. Komen yang aku rasa teruja adalah daripada Bro
Eyriqazz ini, sehinggakan aku rasa cuak walau hanya nak klik emel tersebut
untuk lihat apa yang dikomennya. Aku risau sekiranya aku ada buat salah
terhadap dia.
Yerla, aku bukannya arif sangat
pasal akta-akta dalam blogging ni. Ntah-ntah bro Eyriqazz nak caj aku sebab
plagiat ke or what eva yang aku rasa negatif. Sedangkan seingat aku,
‘kesalahan’ aku hanyalah entri yang aku publish INI. Itupun dah dapat kebenaran dari tuan punya blog. So, apa
salah aku?
Lepas
termenung seketika memikirkan apa yang perlu aku buat seterusnya, aku ambil
keputusan untuk terjah blog Eyriqazz yang selalunya dan sentiasa mendapat
terjahan ganas dari aku. Rupa-rupanya, bro Eyriqazz hampir menitik air mata di
atas ’kesalahan’ aku. Aku ingatkan bro Eyriqazz yang nama samarannya seperti Mat
Tiger or Mat Tiang ni mempunyai hati yang kental. Rupanya haram lembut jugak.
Macam kerak nasi la ni kalau nak diibaratkan. Titis-titis atau percik-percik
air ke atas, lembut juga akhirnya.
Rupa-rupanya
sumber traffik pagi itu adalah daripada link yang diletakkan dalam blog beliau.
Anyway, thanks for that Bro Eyriqazz. And whateva you read in that POST
is totally and honestly from the bottom of my heart. (Ayat lelaki jambu, nak
muntah, uwekkk!!)
bukan eiriqaz aje..aku pun tolong panaskan lagi..hehehe..
ReplyDeleteAhaks, okla tu. panaskan lagi.
Delete