Salam
untuk semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Waktu kanak-kanak mengajar kita
untuk bergembira, waktu remaja pula mengajar untuk menjadi lebih matang dan
zaman dewasa sentiasa menuntut kita supaya bertanggungjawab terhadap apa yang
kita lakukan. Semua orang perlukan kerja kerana dari kerjalah punya pendapatan dan
rezeki terhadap diri dan orang-orang disekeliling kita.
Ramai
yang memilih kerja dan ada juga yang terpaksa kerja untuk menyara diri sendiri.
Walaupun kita berbeza pendapat dan pandangan, kita tetap adalah manusia yang
hanya hidup di muka bumi ini sementara sahaja. Kita perlulah mencari ‘saat’
dimana kita boleh berasa kita ini manusia.
Tuhan sentiasa beri kita peluang. Peluang yang
bagaimana? Peluang untuk memperbaiki diri. DIA bagi masa. Itulah yang paling
berharga. Bukannya wang ringgit, kekayaan mahupun darjat. Sebab DIA tahu,
hamba-hambanya ini bukanlah maksum. 24 jam masa diperuntukan setiap hari. Sehinggakan
ada manusia bosan disebabkan kerjanya membuat perkara yang sama setiap hari.
’Ah, dah tak guna nak hidup lagi, semuanya rasa
membosankan. Buat benda yang sama berulang-ulang setiap hari’ . Seringkali kita
dengar luahan rasa ini daripada mereka yang sudah putus harapan. Tetapi,
tidakkah kita sedar yang DIA telah beri kita masa untuk perbaiki diri kita. Dan
itulah ’kerja’ utama kita yang sebenarnya. Blogging?Doktor?Peguam?Pemain Bola
Sepak? – semuanya tidak terbanding dengan kerja kita untuk menjadi yang lebih
baik dari semalam.
Aku bukannya baik sangat. Dan kadangkala terkandas
juga atas desakan you-know-who. Tapi aku sentiasa terfikir yang DIA sentiasa
sayangkan hamba-hambanya. Diberi peluang untuk mereka berubah. Diberi peluang
untuk mereka merasai yang mereka ini manusia. Tapi masih ada yang ingin
meninggalkan dunia ini disebabkan sudah rasa bosan dengan kehidupan.
Bosan sebab apa? Bosan sebab gagal dalam perlumbaan
dunia. Apabila tewas, sudah rasa diri tidak bermakna. Bosan sebab pernah
melakukan kesalahan besar? Hey adik, semua orang pun pernah melakukan
kesalahan. Yang kecil dan juga maha besar. Tapi itu bukan alasan yang kuat untuk kita
tinggalkan dunia ini.
Aku sedih bila bertemu dengan orang-orang sebegini.
Aku malu dengan sikap yang sebegitu. Mereka tidak sedar yang dunia ini bukan
semata-mata kutukan dan hinaan manusia. Itu pilihan mereka. Biarlah berlaku
jika kita tak terdaya nak halang. Cuma mereka harus sedar, yang dunia ini
hanyalah untuk kita hargai dan gunakan. Cari ’saat’ itu dimana kita boleh sedar
yang diri kita bukan keseorangan. Jangan mudah mengalah dengan ’desakan’
kehidupan yang tidak menentu ini.
Cari diri anda sendiri. Cari tujuan utama anda
dihidupkan setiap hari. Jom jadi yang lebih baik dari semalam.
No comments:
Post a Comment