Pada pertengahan
bulan Mei yang lepas, aku dan seluruh staf Jabatan Farmasi dibawah seliaan aku
berkesempatan meraikan majlis perpisahan 3 orang staf yang bakal bersara dan
juga pelajar jurusan Diploma Farmasi/Kelas 1 yang bakal menamatkan latihan
sambil kerja di hospital tempataku bertugas.
Majlis perpisahan ini
diadakan di Hotel Best Western dengan kerjasama daripada Syarikat Farmaseutikal
Jannsen and Cilag yang cukup sporting menaja majlis tersebut. Majlis tersebut
bukan hanya majlis perpisahan tetapi juga majlis menimba ilmu pengetahuan yang
berguna dimana syarikat terbabit menerangkan fungsi dan peranan ubat-ubatan
mereka. Disamping itu juga, staf-staf aku dapat di berikan pendedahan tentang
menerangkan bagaimana cara ingin memberitahu pesakit sekiranya mereka mempunyai
alahan atau masalah dengan ubat-ubatan tersebut.
Pengucapan umum amat penting bagi seorang ketua |
Pada aku, selaku pharmacist;
sudah tentu aku tahu punca,peranan dan kesan sampingan ubat terbabit, tapi aku
memikirkan staf aku yang mungkin jarang-jarang mempunyai peluang untuk menghadiri
majlis ilmu seperti ini. Jika pegawai selalunya ada peluang terbabit seperti
yang aku hadiri di Holiday Villa, Subang Jaya tempoh hari.
Peluang bertemu dan
makan bersama ini juga bolehlah dianggap sebagai majlis mengukuhkan ikatan
persahabatan di antara staf dan juga merapatkan silaturrahim. Pada aku, itu
yang paling utama. Dalam kita menyelia satu jabatan yang dibawahnya ada lebih
kurang 20 orang kakitangan, sememangnya amat sukar dan payah untuk kita bertemu
dan bersua muka ditambah lagi kita disibukkan dengan tugas hakiki. Tetapi
sebagai Ketua Jabatan, kita perlu mencari masa dan peluang bagaimana kita boleh
meluangkan masa bersama kakitangan.
Penyerahan saguhati tanda kenangan kepada salah seorang bekas staf yang amat berdedikasi |
Sememangnya,
berjayanya seseorang ketua itu adalah lahir daripada usaha yang berterusan dan
keyakinan yang ada dalam diri seseorang kakitangan. Jika mereka dihargai dan
mempunyai ikatan hubungan yang baik, maka mereka akan berikan prestasi yang
baik dalam kerja mereka. Aku dah lihat itu daripada kaca mata aku sendiri.
Seorang staf yang dianggap tidak baik telah dihantar kepada aku, dan dengan
hanya aku meluangkan sedikit masa bertanya keadaannya dan masalahnya, dia
berubah menjadi sebaliknya which is better than before.
Bergambar bersama sebahagian staf dan pelajar yang hadir di majlis tersebut |
Itulah kepuasan yang
sebenarnya pada diri aku. Melihat semua staf bekerjasama, membantu sesama
sendiri dan menyelesaikan konflik dengan baik memang mengujakan dan membuatkan
aku puas menjadi Ketua Jabatan. Dan sememangnya aku bersyukur kerana bekerja di
dalam ATM yang ‘memaksa’ aku untuk cepat matang dan berfikiran seperti ‘ayah
kepada anak’ daripada usia yang selayaknya.
No comments:
Post a Comment