Ditukarkan lampin seperti bayi |
Percutian aku dan keluarga ke
Bukit Merah sememangnya meninggalkan 1001 kenangan. Pada aku, lawatan ke Pulau
Orang Utan benar-benar menginsafkan. Bukan hanya setakat faham dan menghayati
erti kepentingan usaha konservasi spesis ini, aku juga belajar erti kemanusiaan
yang perlu ada pada diri setiap insan.
Dijaga seperti kanak-kanak |
Jika keluar berita anak-anak
malang seperti bayi ditinggalkan di tepi tong sampah atau sebagainya memang aku
tak sanggup tengok. Aku pasti akan salahkan mereka yang melakukan kerja
terkutuk itu. Sedangkan binatang juga pandai sayangkan anaknya, inikan pula
manusia yang mempunyai fikiran.
Tidakkah masyarakat kita tidak
sedar yang statistik menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkahwin tetapi
tidak memiliki anak adalah lebih ramai dari mereka yang mempunyai anak. Betapa
payahnya pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tiba-tiba ada je
manusia yang sanggup buang bayi dan bunuh sebagainya.
Lihat gambar dibawah, jika
binatang kita boleh layan sebegini. Janganlah kita layan manusia dari keturunan
ciptaan tuhan yang terbaik dan sempurna
kita perlakukan seperti yang kita baca dalam surat khabar. Insaflah!
Dijaga seperti anak |
No comments:
Post a Comment