Salam untuk semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Waktu
kanak-kanak mengajar kita untuk bergembira, waktu remaja pula mengajar untuk
menjadi lebih matang dan zaman dewasa sentiasa menuntut kita supaya
bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. Semua orang perlukan kerja
kerana dari kerjalah punya pendapatan dan rezeki terhadap diri dan orang-orang
disekeliling kita.
Ramai yang memilih kerja dan ada juga yang terpaksa kerja
untuk menyara diri sendiri. Walaupun kita berbeza pendapat dan pandangan, kita
tetap adalah manusia yang hanya hidup di muka bumi ini sementara sahaja. Kita
perlulah mencari ‘saat’ dimana kita boleh berasa kita ini manusia.
Tuhan sentiasa beri kita
peluang. Peluang yang bagaimana? Peluang untuk memperbaiki diri. DIA bagi masa.
Itulah yang paling berharga. Bukannya wang ringgit, kekayaan mahupun darjat.
Sebab DIA tahu, hamba-hambanya ini bukanlah maksum. 24 jam masa diperuntukan
setiap hari. Sehinggakan ada manusia bosan disebabkan kerjanya membuat perkara
yang sama setiap hari.
’Ah, dah tak guna nak hidup
lagi, semuanya rasa membosankan. Buat benda yang sama berulang-ulang setiap
hari’ . Seringkali kita dengar luahan rasa ini daripada mereka yang sudah putus
harapan. Tetapi, tidakkah kita sedar yang DIA telah beri kita masa untuk
perbaiki diri kita. Dan itulah ’kerja’ utama kita yang sebenarnya.
Blogging?Doktor?Peguam?Pemain Bola Sepak? – semuanya tidak terbanding dengan
kerja kita untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.
Aku bukannya baik sangat. Dan
kadangkala terkandas juga atas desakan you-know-who. Tapi aku sentiasa terfikir
yang DIA sentiasa sayangkan hamba-hambanya. Diberi peluang untuk mereka
berubah. Diberi peluang untuk mereka merasai yang mereka ini manusia. Tapi
masih ada yang ingin meninggalkan dunia ini disebabkan sudah rasa bosan dengan
kehidupan.
Bosan sebab apa? Bosan sebab
gagal dalam perlumbaan dunia. Apabila tewas, sudah rasa diri tidak bermakna.
Bosan sebab pernah melakukan kesalahan besar? Hey adik, semua orang pun pernah
melakukan kesalahan. Yang kecil dan juga maha besar. Tapi itu bukan
alasan yang kuat untuk kita tinggalkan dunia ini.
Aku sedih bila bertemu dengan
orang-orang sebegini. Aku malu dengan sikap yang sebegitu. Mereka tidak sedar
yang dunia ini bukan semata-mata kutukan dan hinaan manusia. Itu pilihan
mereka. Biarlah berlaku jika kita tak terdaya nak halang. Cuma mereka harus
sedar, yang dunia ini hanyalah untuk kita hargai dan gunakan. Cari ’saat’ itu
dimana kita boleh sedar yang diri kita bukan keseorangan. Jangan mudah mengalah
dengan ’desakan’ kehidupan yang tidak menentu ini.
Cari diri anda sendiri. Cari
tujuan utama anda dihidupkan setiap hari. Jom jadi yang lebih baik dari
semalam.
No comments:
Post a Comment