Salam untuk semua yang masih lagi membaca blog ini. Anda
blogger baru yang masih mentah dan tidak tahu tentang selok belok blogging? Jika
ya, anda seperti saya. Jangan risau dan bimbang, entri ini bukan ditujukan
untuk anda tetapi kepada blogger famous yang ada diluar sana .
Dalam kita menghabiskan masa berblogging ini, sudah tentu
ada diantara blogger famous yang kita jadikan role model dan panduan untuk berjaya seperti mereka. Kita sanggup
menjengah blog mereka, meninggalkan komen dan tegar menunggu entri-entri
terbaru mereka.
Dalam kita sibukkan diri berusaha mendekatkan diri dengan
mereka, kita sedar yang mereka tiada masa untuk jengah blog kita yang mungkin
sangat ‘rookie’ dan mereka sedikit
pun tidak berminat untuk melawatnya. Aku mempunyai pengalaman yang sedemikian
dan aku rasa apa yang blogger baru rasa. Mungkin inilah dugaan mereka yang
masih lagi baru dan mentah dalam arena blog di dunia maya ini.
Aku nak bawa anda semua fikir bahawa blogger famous jarang
dan sukar untuk melawat blog ‘peminat-peminat’ mereka yang baru apatah lagi
asing bagi mereka. Jika peminat mereka komen pun, mereka cuma akan beri
maklumbalas pada komen tersebut di ruangan komen diblog mereka sahaja. Ini
adalah pendedahan ikhlas yang perlu aku kongsikan kepada blogger baru. Inilah dilemma antara blogger famous dengan
blogger baru.
Kadang-kadang sikap ini yang membuatkan blogger famous
seperti kacang lupakan kulit atau cakap tidak serupa bikin. Dalam memberikan
tips blog yang effektif seperti backlinks dan sebagainya, amat jarang perkara
ini dilakukan oleh blogger famous terhadap blogger baru dan mentah. Ianya amat
mengecewakan lebih-lebih lagi sokongan yang telah diberikan kepada blogger
famous sangatlah tinggi untuk mereka berjaya seterusnya mempunyai pendapatan
sampingan.
Perlu diingat bahawa ada blogger baru yang menganggur dan
menjadikan blogging sebagai pekerjaan sambilan sepenuh masa sebelum diberi
peluang pekerjaan. Dan untuk itu, mereka mendekatkan diri dengan blogger famous
supaya arus blog yang pesat tidak meninggalkan mereka jauh ke belakang. Mereka
juga inginkan pendapatan sampingan sementara untuk kelangsungan hidup mereka.
Entri ini bukanlah bertujuan untuk condemn semua blogger famous, cuma dalam merancakkan industri
blogging yang makin berkempang pesat ini, perlu ada kerjasama ikhlas dan bersungguh
daripada blogger famous dan baru. Untuk majukan blogger baru, perlu ada
sokongan, motivasi dan mungkin sedikit promosi daripada blogger famous. Sebagai
balasan, blogger baru ini akan terus menyokong blog blogger famous dan mungkin
memberi promosi mulut ke mulut kepada rakan blogger baru yang ingin
berkecimpung dengan menjadikan blog blogger famous sebagai contoh dan teladan.
Jurang diantara blogger baru dan famous tidak harus
dijadikan lebih dalam dan luas hanya takutkan rezeki yang bakal diterima
mungkin berkurangan. Ingatlah jika kita tolong sesama manusia, maka rezeki yang
diterima lagi diberkati dan dirahmati. Ini tidak, blogger famous hanya
didalam ruang lingkup mereka. Backlink
hanya diberikan sesama mereka. Jarang diberikan kepada blogger baru. Jika
mahupun, blogger baru perlu membayar dengan membeli ruang-ruang iklan di laman
blog blogger famous.
Apa kesudahannya jika kita masih
ada rasa insecure dan tidak yakin
mampu bersaing sesama kita. Kita lebih memikirkan untuk nasib kita sedangkan
kita mampu untuk buat lebih daripada itu dengan menolong sesama kita. Mungkin
ada yang beranggapan bahawa entri ini adalah entri untuk meraih publisti
murahan dan mungkin sokongan daripada blogger baru. Aku tidak peduli apa yang
akan orang lain katakan lebih-lebih lagi blogger famous.
Kuasa penentu arah rezeki bukan
pada tangan mereka. Mereka bukanlah penentu peluang advertorial atau pengiklan
kepada blogger-blogger secara total. Kita yang memikirkan sebegitu sedangkan
kita mampu fikirkan sebaliknya yang lebih memihak kepada kita. Semuanya
terletak kepada fikiran kita jika kita menginginkannya. Jika kita masih
memikirkan bahawa blog blogger famous sukar untuk disaingi, selamanya kita akan
dibawah mereka. Dan selamanya kita akan rasa kerdil jika berdiri disisi
mereka. Mereka juga mencari rezeki seperti kita cumanya mereka lebih bernasib
baik.
Apa yang perlu kita lakukan
adalah mengkagumi mereka dengan tidak melebih-lebih dan mencontohi usaha dan
masa yang dicurahkan seperti mereka untuk menjayakan blog mereka. Pembelajaran
secara pemerhatian dan penghayatan daripada blog mereka adalah kunci utama
untuk memecahkan monopoli mereka.
Fikiran kita perlu kuat.
Motivasi perlu jitu. Kesungguhan perlu terus menyala. Niat perlu betul. Diharap
kita dapat saling tolong menolong sesama kita dan bukannya hanya mempergunakan
insan lain untuk kebaikan kita sahaja. Dalam kita mencari rezeki, mungkin kita
boleh selitkan pahala sedikit. Paling penting, jangan lokek ilmu. Kongsila ilmu
tersebut walaupun sedikit. Jika anda ingin buat duit dengan ilmu yang tuhan
beri, itu terpulang kepada anda. Tapi alangkah baiknya ilmu tuhan itu di
kongsi-kongsikan secara menyeluruh dan ikhlas.
Semoga arena blogging menjadi
lebih sihat dan kompetetif. Selamat maju jaya untuk semua.
p/s : Hidup ini seumpama
pusingan roda, jika blogger baru menjadi famous, adakah anda bersikap seperti
mereka? Inilah dilema sebenarnya. Dan semuanya adalah dugaan daripada tuhan
untuk uji hambanya. Subhanallah, maha suci Allah.
No comments:
Post a Comment