Lazada MY

Saturday, 28 July 2012

Buruk Betul Perangai Rakyat Malaysia

Semalam waktu on the way ke tempat kerja dengar radio Hot.fm. Perkara yang dibincangkan pagi semalam adalah satu kajian daripada majalah Reader's Digest yang mengatakan penduduk Malaysia menduduki tempat ke 34 daripada 36 buah negara yang dikaji untuk menentukan tahap kesopanan penduduk. Aku agak tidak terkejut dengan kajian terbabit, memang benar alasan yang diberikan.


Memang benar apa yang dinyatakan seperti gambar di atas, inilah yang berlaku di Malaysia setiap hari dan setiap masa. Nak kata apa lagi kan? Kena akui dan perbaiki diri masing-masing supaya Malaysia mempunyai rakyat yang mempunyai akhlak terpuji dan maju selari dengan kemajuan negara.

Adakah ini hukum karma dari tuhan? Bila sesuatu negara bertungkus lumus memajukan statusnya, rakyat akan hilang sifat-sifat kemanusiaan dan nilai terpuji. Contoh banyak berlaku seperti di negara China tempoh hari dimana mangsa langgar tidak ditolong oleh pejalan kaki.

Perkara yang sama juga berlaku di Penang dan disiarkan di Buletin Utama beberapa hari lepas. Adakah rakyat Malaysia sudah menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri?Oh, i just wish negara ini aman, harmoni, bersatu dan maju. Diharap perkara sebegini takkan terjadi lagi. Ayuh! Kita ubah sikap negatif yang ada pada diri kita.

7 comments:

  1. mudah-mudahan kita tidak mementingkan diri seperti yang dikatakan seperti entry ni. InsyaALLAH =)

    saya follow blog kamu oke.

    Salam.

    kongsi : http://www.sofinahlamudin.com/2012/07/perbezaan-antara-kenapa-dan-bagaimana.html

    selamat datang ke blog saya =)

    ReplyDelete
  2. Memang betul pun. Especially kat jalan raya...
    Pergh!
    Nak ubah kena individually berubah...
    tue yang susah... hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. ahaks. part jalan raya tu memang tak boleh nak ubah

      Delete
  3. Sungguh kreatif teguran bergambar ini.

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...