Lazada MY

Monday, 23 July 2012

Pendispensan Ubat: Farmasis atau Doktor?

Entri ini hanya inginkan pendapat pembaca budiman. Anda boleh komen dibawah jika ada, jangan bimbang, komen anda yang negatif dan positif akan saya publish. Sudah dengar belum konsep kesihatan 1Care yang kerajaan ingin laksanakan?. Ianya masih diperingkat perbincangan dan masih belum dimuktamadkan.

Konsep perlaksanaan mungkin hampir siap dan salah satu isu besar yang dibangkitkan adalah hak untuk mendispens ubat-ubatan. Jika di luar negara especially di negara maju, aktiviti pendispensan ubat dilakukan di Farmasi. Klinik akan berikan preskripsi dan pesakit perlu mengambilnya di Farmasi. Jika di hospital mungkin ianya mudah sebab itulah sistem digunakan, tetapi bagaimana pula di sektor swasta yang hanya bertaraf klinik ataupun poliklinik?

Bayangkan anda ke klinik dan perlu ke Farmasi untuk mendapatkan ubat anda? Anda setuju atau tidak? Banyak isu yang dibincangkan berkenaan hal ini. Daripada isu integriti klinik dan farmasi hinggalah ke isu keuntungan perniagaan. Sekarang ini, jika anda ke klinik, anda akan dapat ubat anda daripada pembantu klinik bukan? Tidakkah anda pasti dan percaya kelayakkan mereka ini? Tidaklah untuk menidakkan hak mereka untuk bekerja, tetapi jika ini adalah soal kesihatan, anda tentunya inginkan mereka yang berkelayakkan dan benar-benar pasti dengan apa yang mereka lakukan.

Kita berbincang mengenai sikap klinik yang sambil lewa dulu, berapa banyak kali anda pergi ke klinik dan dapat ubat tetapi tiada label yang lengkap ada ditulis dan dinyatakan pada envelop ubat anda? Atau berapa kali anda terjumpa yang satu envelop ubat anda mengandungi berbagai-bagai campuran ubat yang diletakkan bersama? Adakah anda tahu yang tiada label dan ubat bercampur dalam satu envelop ini salah? Atau adakah anda rasa puas hati hanya diberitahu makan berapa biji sehari untuk setiap ubat anda yang telah diberikan? Mendebarkan bukan. Disinilah klinik-klinik banyak melakukan kesilapan. Mengambil pekerja yang tidak berkelayakkan dari segi akedemik dan praktis yang hanya menguntungkan klinik. Ini sesuatu yang amat berat dan salah sama sekali. Anda sepatutnya mendapat penerangan yang lebih terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda. Daripada cara makan-kesan sampingan-langkah yang perlu anda ambil sekiranya berlaku kesan yang tidak menyenangkan anda. Ini adalah kisah situasi kebanyakkan klinik kesihatan di Malaysia.

Kita beralih semula kepada kisah Farmasi di Malaysia. Oleh kerana tugas dan peranan yang semakin berkurangan ekoran tugas dispens masih lagi di berikan kepada klinik dan doktor, Farmasis digambarkan hanya sebagai store keeper yang hanya menjual toileteris, make up dan barang-barang runcit sedangkan tugas dan peranan Farmasis adalah untuk memberikan khidmat yang menjurus kepada penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan. Banyak Farmasi yang menjual ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi dan tidak direkodkan. Banyak juga Farmasi yang tiada farmasis didalamnya untuk memberikan khidmat nasihat dan servis kepada pelanggan iaitu pesakit. Dilema ini yang selalu membelenggu Farmasi. Oleh sebab desakan untuk terus hidup dalam dunia perniagaan, Farmasis lebih prone untuk menjadi bussiness minded person yang hanya memikirkan keuntungan daripada kesihatan pesakit. Disinilah punca ketiadaan farmasis di farmasi dan aktiviti menjual ubat-ubat terlarang tanpa preskripsi doktor.

Banyak yang perlu diperbaiki dalam sistem pengurusan kesihatan di Malaysia tapi ianya tiada semudah yang disangka. Apa yang aku nampak hanya kerjasama diantara Farmasis dan doktor perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Farmasis dan doktor saling memerlukan. Tiada Farmasis Tiadalah Doktor dan begitulah sebaliknya. Doktor akan tiada jika syarikat farmaseutikal tidak cipta dan keluarkan ubat. Siapa yang akan untung? Bomoh, pawang dan segala macam amalan karut marut yang akan bercambah. Ini hanya akan buatkan mentaliti manusia backward kebelakang sebab tidak bersandarkan kepada sains dan teknolgi. Tiada penerangan yang jelas mengapa dan kenapa.

Sekiranya ada kerjasama antara Farmasis dan Doktor, maka sektor penjagaan kesihatan rakyat Malaysia dapat ditambah baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Bidang Kefarmasian tidak boleh lagi dianggap sebagai second best selepas doktor. Kerana mereka perlu sedar yang kedua-dua bidang ini amat penting dan tiada satu khidmat yang boleh berterusan tanpa khidmat yang satu lagi. Bagaimana Farmasis dan doktor boleh bekerjasama adalah perkara yang perlu dibincangkan oleh pihak atasan untuk kebaikan semua pihak sebelum konsep 1Care atau sebagainya dibincangkan?

Dan aku yakin perkara ini dapat dibuat sebab mereka diatas sana adalah cerdik pandai yang mampu berfikir secara baik,professional dan tidak mementingkan diri sendiri.

Apa pula pendapat anda?

4 comments:

  1. ouwh ..mcm comlicated je bunyi nye ?pegi klinik slalunye dpt terus ubat ..tp ,,ni kena pegi frmasi plak utk amek ubat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg berlaku di negara maju, tapi Malaysia? byk yg perlu diperbaiki lagi sebenarnya

      Delete
  2. boleh share experienced belaja and qualification utk pharmacist? kalau ade experienced futher study abroad in pharmacist pun mohon share skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pernah dishare sebelum ini. cuma nak kena cari artikel tu dalam blog ni. bersepah. hehe

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...