Apa lagi yang perlu dikongsikan pada entri ini selain aktiviti-aktiviti membelanjakan wang bonus untuk persiapan menjelang hari raya nanti. Kalau korang tanya aku, memang aku malas gi shopping ni. Lebih-lebih lagi bila bulan puasa. Aku lebih suka habiskan masa dirumah melakukan kerja-kerja yang aku suka, watching tv and spend time with my daughter. Tapi sebabkan isteri seorang penggemar aktiviti shopping, aku ikutkan juga. Selalunya macam tu la, isteri dan aku compensate each other.
Tapi yang pastinya, aku tak boleh jalan lama-lama dekat shopping mall. Nanti mulala kaki aku meragam, penatla, lenguhla sedangkan aku dah biasa berkawad berdiri lagi lama dari shopping ni. hehehe. Memang bukan diri aku keluar pg shopping lama-lama. Kalau aku keluar shopping sendiri, paling lambat pun sejam je kut, itupun termasuk beratur menunggu nak bayar. Dah tahu dah nak beli apa, just grab it and pay without ada second thought dengan benda lain.
Aliya dah mula buat perangai sebab penat menunggu agaknya....ke nak g main? |
Pendekkan cerita, lokasi membeli belah kami kali ni di Aeon Station 18, Ipoh. Sebuah Jusco yang baru dan agak besar, cuma agak sukar nak cari tempat parking. Mungkin sebab aku baru pertama kali pergi sana. Suasana dalamnya sama seperti Jusco yang telah sedia ada. Banyak diskaun dan sale. Lagila isteri sukakan. Harusla.
' Abg dengan Aliya tunggu mak dekat tempat permainan kanak-kanak ini la. Mak pergi beli barang. Nanti ada gangguan kena cepat dan beredar. hehehe'
Biasalah, itula dialog aku kalau nak excuse dari berjam-jam membelek-belek, memikir-mikir dan seangkatan dengannya. Yang pasti, akhirnya. Baju raya kami anak beranak dibeli ditempat lain setelah berjam-jam di Jusco. Oh, kan senang kalau just straight to the point kan. Ahaks. Tapi aku faham perangai perempuan, memang kena jugak shopping. Ikut kan jela.
Akhirnya, dapat jugak jadi Policewoman. |
Macam mana persiapan korang Aidilfitri nanti?
No comments:
Post a Comment