Lazada MY

Thursday, 30 August 2012

Seorang Lagi Ke Luar Negara

4 September 2012 akan menjadi tarikh yang semestinya adik perempuan aku ingat sampai bila-bila kut. Aku pun tak pasti. Cuma pada tarikh tersebut dah 2 orang adik beradikku di luar negara. Seorang di Jepun dan adik akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan disana. Tinggallah aku dengan adik bongsuku yang masih bersekolah di Convent Taiping.
Cer teka ada di mana?

Terasa bangga sebab mereka berdua dapat peluang belajar dan menuntut ilmu di negara orang. Sesungguhnya pengalaman yang sebegitu akan cepat mematangkan diri mereka dan sepatutnya mereka lebih bersyukur akan nikmat yang Allah telah rancangkan dalam hidup mereka. Macam yang aku pernah nyatakan, hatta kita marah pun kita patut bersyukur kerana dapat merasai nikmat perasaan marah. Apa akan jadi jika kita langsung tak ada rasa marah. Adakah kita manusia atau malaikat?

Berbalik kepada adik aku tadi, memanglah impian ibu dan ayah aku ingin lihat salah seorang daripada anak-anaknya menjadi doktor, mungkin bukan supaya senang merawat mereka, tapi mungkin lebih kepada keterjaminan masa depan adik beradik aku tu sendiri. Yerla, menjadi seorang doktor amat mulia kerana membantu merawat nyawa manusia. Harapnya adik aku mempunyai niat yang sebegitu. Baru akan rasa nikmat menjadi sebenar-benar doktor. Bukan hanya just for the sake of job availability.

Sebagai abang, sudah tentu aku rasa bangga dan ingin bagi sokongan yang terbaik kepada mereka. Jacket sejuk dengan inner telah aku hadiahkan. Itu hanya untuk menjadi pembakar semangat dia di sana. Dan sebagai satu charm dalam erti kata yang bukan khurafat dalam menzahirkan perasaan kehadiran ahli keluarganya disana. Aku suka tgk adik beradik aku gembira. Itu saja. Kadang-kadang ada wang yang banyak pun tidak mendatangkan keseronokan jika tidak dikongsi bersama. Bukanlah nak kata yang aku ni berduit banyak, cumanya mampu jugalah menolong adik beradik mana yang patut. Lagipun aku seorang anak lelaki dalam famili. Memang sah-sah aku kena bertanggungjawab walaupun sedikit.

Aku harapkan agar adik aku berjaya dalam mengejar cita-citanya, berjaya menghafaz al-Quran dan mengamalkannya seperti yang dituntut universiti tersebut dan menghargai serta bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.

p/s : Mak dan ayah nak anaknya jadi doktor, aku lagi bijak; bawak balik menantu doktor. Setel. :P 

2 comments:

  1. seronoknya pergi uni Al Azhar. huhuhu. semoga berjaya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya yang pergi. adik perempuan saya

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...