Malaysia ni memang terkenal dengan kecantikan lebuhraya yang lebar dengan kualiti yang agak baik. Dahulu waktu ada kawan daripada Sri Lanka dan Kemboja datang, mereka cukup kagum dengan kualiti jalanraya yang ada di Malaysia. Ketika itu, kami ingin ke Melaka daripada Kluang. Melalui lebuhraya utara selatan PLUS memang mengagumkan mereka sehinggakan...... jumpa TOL?!!
Mereka tanya, kenapa ada TOL? Perlu dibayar ker guna jalan disini? Aku pun selamba la jawab, memang la. N diorang dengan selambanya reply, 'patutpun cantik dan kualiti, kena bayar rupanya'.... LOL..
Memang kita tak dapat lari dengan tol di Malaysia. Jika duduk di KL akan selalu kena tol. Kadang-kadang terfikir, jarak yang ingin dituju takdela jauh mana, tapi tetap kena tol. Bila dah kena tol pun tetap sesak dalam jem, tiada privillege pun guna tol macam tu. Yang lagi best, diskaun hanya diberikan pada hari-hari tertentu sahaja. Umpamanya hari raya agama-agama utama di Malaysia.
Bila diorang laksanakan diskaun pada hari-hari tertentu tersebut, dah tentu kesesakkan menjadi-jadi sebab ramai yang balik pada waktu sama untuk dapatkan rebate tol tu. So, endingnya, ramai yang frust sebab terpaksa beraya di lebuhraya. Pada aku la kan, lebih baik dikurangkan harga tol tu sepanjang masa or jangan ada tol. Sebabnya kemudahan jalanraya ni adalah perkara asas untuk kualiti hidup rakyat Malaysia. Perkara asas lain yang aku rasa pemerintah perlu utamakan ialah air bersih, jalan raya, keperluan makanan harian dan petrol.
Jangan hanya di negeri-negeri tertentu sahaja air , jalan raya dapat dijamin kualiti dan kebersihannya. Di negeri seperti Kelantan dan Terengganu pun hendaklah dibantu. Jalan raya hendaklah dibina. Aku tak faham mengapa sebabkan fahaman politik yang berbeza, kualiti hidup rakyat diperjudikan. Misalnya, kenapa di Kelantan tiada lebuhraya seperti PLUS? Kenapa kalau ada pun terbengkalai. Terpaksalah orang-orang Pantai Timur gunakan lebuhraya Karak yang hanya sekerat sampai ke Kuantan dan mulalah perjudikan nyawa di jalan 'kampung' di sana? Kerajaan pusat dan negeri haruslah bekerjasama untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyat. Perlu diingat, jalan raya tu bukan hanya digunakan oleh pihak pembangkang, malah penyokong kerajaan juga menggunakan jalan yang sama.
Bila kita ada semangat 1 Malaysia, kita seharusnya memikirkan soal ini. Jangan dipisah-pisahkan. Sebab tak sokong BN, maka jalan raya ditangguhkan disana. Jika sokong PAS, alamat tak merasa pembangunan. Betul ke fahaman kita macam tu? Pada aku salah, baik BN mahupun pembangkang perlu kenalpasti isu utama. Bagi aku biarlah seluruh negeri di Malaysia mempunyai jalan dan frasarana yang baik untuk keselesaan rakyat Malaysia. Soal undi kepada siapa tu, biarlah rakyat yang tentukan dengan menilai kebijaksanaan pemimpin yang ingin menjadi YB tersebut. Tapi isu air, jalan raya dan keperluan asas tu perlu diambil berat dan tidak dipergunakan untuk menjadi kelebihan kepada sesuatu pihak.
Kata sama-sama nak majukan Malaysia, tapi masih berfikiran di takuk lama yang pada aku merugikan diri masing-masing. Aku nak pergi ke Kelantan pun fikir 2 3 kali. Jalan di Grik tu dahla bersimpang siur. Alangkah indahnya Malaysia ini jika pemimpin memikirkan hal yang memberi kebaikan untuk semua pihak. Jangan bazirkan duit dok korek jalan yang dah elok pastu tar balik berkali-kali. Itu satu yang aku tak faham tentang JKR di Malaysia. Duit tu kalau beri pada hospital or perbaiki jalan di negeri 'mundur' seperti Kelantan kan lebih baik.
Aku bukannya penyokong PAS, aku pun tidaklah 100% BN, ini cuma pendapat untuk kebaikan semua pihak. Aku pun taknak perjudikan nasib negara pada PKR, yang aku nak BN boleh tambah baik dalam proses membuat keputusan penting seperti ini. Jangan jadi lagi seperti isu SBPA. Kelakarlah. Kejap nak implemen kejap tarik balik, last-last PM pulak kena cover. Tolongla.
SELAMAT HARI RAYA (!)
ReplyDeleteLaa .. Bukan Susah Pun Nak Solat ♥
Need Ur Komen :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/laabukan-susah-pun-nak-solat.html
Bila la agaknya kat Malaysia ni dihapuskan tol sepenuhnya ya?
ReplyDeleteEntahla.tak sure.konsesi berpuluh2 tahun.bila nak cukup ntahla kantung duit diorang
Deletehai.. tol oh tol
ReplyDelete