Lazada MY

Wednesday, 5 September 2012

AE's blog vs Flipping for dummies?

Baru-baru ni telah diperkenalkan dengan satu blog pelaburan hartanah yang begitu mengujakan aku. Blog yang aku maksudkan itu adalah blog Flipping for Dummies. Sebuah blog yang menceritakan pengalaman penulis tentang cara dan bagaimana menguruskan aktiviti flipping. Aku baru faham dan terus terlekat dengan blog kelolaan saudara dzirfan. Aku tak kenal beliau sebab tiada gambar beliau pun di entri blog tersebut.


Tapi apa yang pasti ilmu yang perturunkan sangat esklusif, akademik dan mantap. Sesiapa yang mula nak menceburi pelaburan hartanah bolehlah mempertimbangkan untuk membaca blog beliau. Banyak ilmu yang dicurahkan tidak seperti blog pelaburan yang lain. Dan ianya percuma dan feedback yang diberi juga pantas. Respek gila.

Masalahnya sekarang, kenapa ada kaitan dengan blog Abang Ensem ni? Pada yang mengikut blog abang yang perasan ensem dengan skil mengayat awek yang bolehla tahan, pasti korang akan terkesan dengan perbezaan yang ketara antara blog pelaburan hartanah ini. Blog AE sangat santai dengan ayat-ayat manis tak boleh blah yang melucukan sehinggakan Neelofa terpikat. Cumanya, ilmu di blog AE sangat esklusif pada pembeli e-book yang AE jual dan promote. Peserta seminar hartanah anjuran AE juga dapat ilmu yang selanjutnya dengan lebih dalam dan mungkin menyeluruh. 

Dan untuk itu, ilmu yang dikongsikan secara percuma tidaklah begitu banyak dan tidak menyeluruh. Mungkin AE sudah menjangkakan yang jika dikongsi ilmu yang sangat teknikal, blog beliau akan menjadi bosan dan tidak begitu digemari oleh peminat setia beliau. Tapi bagi saudara dzirfan, walaupun ilmu yang dikongsikan sangat teknikal tapi cara penyampaiannya dapat difahami dengan mudah. Really a maestro stuff inside there!

Apa-apa pun, aku dah tahu dah blog pelaburan yang terletak dalam toplist blog aku, AE dan Flipping for dummies!! 

2 comments:

  1. Bro kawe masih bertatih dan merangkak manalah layak dibandingkan dgn AE...hehehe anyway TQVM I takeit as a compliment!

    AE kan blogger tersohor and I respect him as to what his has achieved now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, you deserve it bro. Ilmu dalam blog bro memang tidak ternilai

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...