Lazada MY

Sunday, 30 September 2012

Alhamdulillah..Rezeki lagi

Credit Pic To Here


Rasanya ramai yang sudah tahu details tentang Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh PM semalam. Rata-rata ramai yang bersetuju dan ada juga sesetengah yang tidak bersetuju dengan mengandaikan ini adalah bajet pilihanraya yang 13 nanti. Mungkin ianya benar atau mungkin ianya hanya seperti tema bajet kali ini iaitu 'Memakmur negara, Mensejahterakan rakyat: Sebuah Janji ditepati'. 

Ada faedah yang akan dimiliki oleh beberapa golongan terutamanya belia, tentera, kakitangan awam, sekolah, warga emas, pasukan keselamatan dan pelbagai lagi. Bila ditanya soalan ' Apa pendapat korang pasal bajet 2013?' ini pada kawan-kawan yang bekerja swasta, memang rata-rata mereka merungut disebabkan tidak banyak insentif secara terus kepada mereka. Jika ada pun, mungkin terhad dan perlu idea kreatif untuk gapai peluang yang disediakan.


Yang paling menarik adalah kesanggupan kerajaan memberikan rebat RM 200 kepada belia yang berpendapatan RM 3000 kebawah untuk memiliki telefon pintar. Langkah yang pada aku agak baik. Yerla, sekarang ni kalau takde gajet canggih seperti ini macam jauh ketinggalan pulak rasa. Tapi itula had umur belia itu hanya dari 21 tahun hingga 30 tahun. Nasib baik masih dalam range umur tu. Boleh la beli kot. He he he.

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga atas kesudian kerajaan yang sudi berikan tambahan insentif khas untuk warga tentera. Memang banyak membantu anggota tentera lebih-lebih lagi lain-lain pangkat yang tempoh perkhidmatan mereka singkat. Peluang kenaikan pangkat secara time based juga adalah langkah yang wajar sebab anggota tentera negara lain sudahpun mengimplementasikan perihal ini.

Memang ada yang tidak puas hati, ada yang amat puas hati. Kerajaan tidak mungkin dapat jadi sempurna bak kata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi biarlah hampir sempurna daripada hanya menabur janji tapi tidak langsung ditepati. Duit yang diberikan kepada mereka yang dapat tidak akan kemana sangat pun, pusing-pusing balik semua akan dapat rasainya juga. 

Yang penting, Alhamdulillah perlu diungkapkan tanda syukur rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. 

1 comment:

  1. bukan senang nak puaskan hati semua orang, agak mustahil. bersyukur apa yg kerajaan berikan dan manfaatkan sebaiknya bagi yg bakal menerimanya

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...