Bandar lama |
Selalunya kita akan ada tempat-tempat yang boleh dikatakan nostalgic dalam hidup kita. Baik disebabkan kenangan disitu ataupun cerita yang kita tidak boleh lupa yang menyebabkan kita selalu merasakan sesuatu tempat itu istimewa di hati kita. Aku bukan ingin bias terhadap tempat yang satu ini yang aku anggap istimewa.
Tapi ianya memang istimewa dek kerana beberapa perkara yang pada aku jarang pernah ada di tempat lain:Mee bandung Muar |
1. Keramahan penduduk di sini. Jika anda pergi ke Muar, dan mula berkenalan dengan penduduk tempatan, anda akan rasa anda dialu-alukan datang kesini. Aku pernah ditolong daripada zero hingga apa yang aku hendaki tercapai. Maksud aku, waktu mula-mula nak bekerja di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, aku tiada tempat untuk tinggal (sewa) , maka dengan selamba je aku bertanyakan pak cik yang menjual asam pedas di salah sebuah gerai di sini. Lantas dia terus carikan rumah untuk aku sewa bersama kawan aku. Aku tak sangka yang masyarakat di sini boleh menolong orang asing yang langsung dia tidak kenal hati budi.
2. Makanannya yang sedap-sedap. Orang kata kalau nak pikat hati suami mesti melalui perutnya. Tapi aku rasa peribahasa ini boleh digunapakai untuk sesiapa sahaja. Siapa yang tidak suka tinggal di tempat yang senang untuk dapatkan makanan sedap-sedap dengan harga yang murah. Memang aku ada darah orang selatan, sebab itu aku sukakan yang pedas-pedas dan lemak-lemak. Oh Muar! memang terbaik.
Thumps up dari Aliya for Muar |
3. Kawasan yang tenteram dan damai. Jika dibandar lain la, mungkin hal ini tidak berlaku sebab aktiviti perniagaan yang pesat membangun. Tapi di kawasan sekitarnya, rata-rata memang aman dan tenteram. Kawasan kampungnya juga berlainan dengan kampung-kampung lain yang pernah aku lawat.
Keceriaan 'penduduk' Jepun di Muar |
4. Masyarakat 1 Malaysia. Pernah tak ada tempat yang ada bangsa Cina berkongsi kedai dengan bangsa Melayu. Di Muar kalau korang pernah jejak Restoran Mee Bandung yang satu ini memang akan tertarik dengan kerjasama antara kedua-dua bangsa ini. Yang Cina menjual air, yang Melayu menjual Mee,Satay dan Soto. Aku suka pemandangan yang sebegini. Tidaklah antara kita ada rasa ketidakbersamaan. Bukan nak kata bangsa Cina perlu sama dengan Melayu, tapi yang penting hormat menghormati dan bekerjasama. Itu yang paling mustahak dan aku sukakan itu.
Aku tak pasti apa pendapat korang, bagi aku. Muar is the best place for me. Aku sukakan segala-galanya pasal Muar. Daripada makanannya, makcik-makciknya, pakcik-pakciknya dan persekitarannya. I love Muar!
Apakah bandar/tempat kegemaran anda?
hi..selamat berkenalan :)
ReplyDeletesaya blogwalking dan singgah ke blog kamu. thanks singgah blog saya melalui segmen adik Rien.
jom join segmen saya pula : http://www.sofinahlamudin.com/2012/09/segmen-wwwsofinahlamudincom-bila-aku.html
saya share ini juga : http://www.mohdnasyit.com/
selamat berblogging ^_^