You're HOT. Score banyak lagi..kasi orang lain lagi HOT. |
Walaupun sekarang ni aku sedang menikmati keindahan dan keunikan di Pulau Bali. Tapi perasaan puas itu masih juga tidak dapat aku perolehi. Sejujurnya aku boleh katakan yang aku ini bukan jenis yang suka melancong, aku sudah berasa cukup selesa dan gembira untuk hanya duduk dirumah, bermalas-malasan dan recharge tenaga untuk mengharungi 5 hari kerja minggu hadapannya. Sewaktu menghabiskan masa dirumah, sudah tentu aktiviti yang paling aku gemari adalah menonton bola sepak. Dan pasukan kegemaran aku... sudah tentu yang memiliki pemain terhangat Robin Van Persie.
Bukan hendak menunjukkan bahawa aku tidak perlukan break dari kerja harian, melancong melihat dunia luar. Tapi itulah diri aku. Sama ada aku sudah berasa selesa di Malaysia ataupun aku tidak punya keinginan seperti orang lain. Peluang dan rezeki untuk aku melancong dengan percuma sering datang tanpa diminta. Tapi aku masih merasakan yang duduk dirumah paling memuaskan aku. Walaupun rumah aku hanya sebesar rumah flat. Aku tak kisah pun, yang pastinya TV aku flat juga tetapi Flat Screen 43 inci. Sudah cukup untuk memuaskan aku menonton kelibat pasukan kegemaran beraksi. Yerla, jika peluang melancong atau menginap di hotel-hotel mewah datang, itupun hanya untuk aku. Kadangkala sahaja boleh membawa keluarga (isteri dan anak).
Aku cuma berharap, tahun ini tahun bertuah untuk Robin Van Persie yang sudah kemarau piala liga Barclays sejak beberapa tahun yang sudah. Arsenal tidak dapat memberikan cukup peluang untuk Robin Van Persie mendapat piala, dan mungkin dengan menjadi The Red Devil bakal menghadiahkan sebuah piala untuknya. Go Man Utd!!
No comments:
Post a Comment