Lazada MY

Sunday, 9 September 2012

Jadi plumber terjun

Pergh!Rumah baru ni memang nak kena decorate and renovate. Masalah pertama adalah tiada pili air untuk mesin basuh baju kami. Takkan nak menghantar ke kedai dobi jer. Tapi orang2 di Putrajaya ni memang suka hantar baju di dobi. Dobi di Seri Manjung, kalau hantar hari ni,esok dah boleh amik. Tapi di Putrajaya ni,hari ni hantar. Lagi 7 hari baru boleh amik. Gila tu. Lama siut.

Tak cukup baju,singlet dan seluar kecik dibuatnya. Nak taknak terpaksa juga hantar sebab mesin basuh tak fix lagi. So, apa lagi.Tugas utama aku adalah pasang mesin basuh dan buat sambungan paip di rumah. Habis basah lencun dibuatnya. Maklumlah jarang buat kerja pertukangan ni. Last sekali waktu disekolah time subjek kemahiran hidup kot. Lepas tu jarang sekali pegang toolkit apa jadah ni.

Hmm..memang rugi rasanya tak ada skil ni. Kalau bagi kat orang suruh buatkan benda yang sebenarnya simple, rugi jugak kan. Kerja2 plumbing di Putrajaya dicaj RM 30 sejam. Kalau depa sengaja lambat2kan proses nak siapkan satu job. Masak jugak nak membayarnya.

Benarlah kata orang tua2 yang 'knowledge is power'. Kalau kita takde ilmu walaupun hal mudah. Kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Rugi juga. So, atas kesedaran tu. Aku gagahkab juga proses nak pasang saluran paip di rumah.Akhirnya berjaya juga setelah 3 hari bertungkus lumus. Hehe.Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Bravo honey!good job!lps ni fikir mane nak letak brg2 yg masih dlm kotak ye :-)

    ReplyDelete
  2. bro..dah officially pindah Putrajaya ke?

    boleh joging ptg2 kat track atas bukit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. InsyaAllah. Nanti bila dah settle down aku roger bro. next week ada urusan di Bali

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...