Lazada MY

Tuesday, 18 September 2012

Pelaburan di Bukit Damar

Memandangkan harga rumah di Putrajaya dan sekitarnya yang mahal dan tidak mampu terjangkau oleh aku dan isteri, maka aku dan isteri akan menetap di flat putra damai buat sementara sebelum menunggu kuarters kerajaan sedikit masa nanti. 'Sedikit masa' disini bermaksud at least 6 bulan hingga setahun menunggu memandangkan terdapat 3 ribu applicants yang belum diperuntukkan rumah kuarters. Memang tak mampu beli dan sewa disini kerana mahal. Flat aku ini aku sewa RM 1 ribu sebulan. Itu sebab aku nak segerakan proses pemilikan rumah ini. Takdela rasa ralat jadi ATM machine poket org lain. Aku tak suka perasaan itu.


Itu sebab aku lebih rela buat pinjaman peribadi yang lebih mudah dan segera walaupun faedahnya agak tinggi. Aku juga ada strategi tambahan iaitu menggunakan lebihan pinjaman tersebut untuk membayar hutang-hutang jahat yang menjadi liabiliti aku. Hutang kereta dan kredit kad!.

Alhamdulillah, petang tadi telah dapat call dari isteri untuk ambil geran tanah di Bukit Damar daripada peguam. Luasnya lebih kurang 593 meter persegi. Sesuai untuk buat banglow dengan kawasan tanah untuk bercucuk tanam waktu sudah tua nanti. Ini semua adalah pelaburan jangka panjang. Waktu beli harga sekaki persegi adalah RM 25 tahun 2011.
Kini sudah naik RM 30 sekaki persegi. Tanahnya yang berangin dan tinggi memang sesuai untuk jadikan tempat aku setel down. Memandangkan aku dan isteri kini menetap dan berkerja di Putrajaya dan KL, maka amat sesuai segala tumpuan dan kekuatan kewangan di laburkan untuk rumah keluarga ini. Rata-rata harga teres di Putrajaya sudah lebih RM 600 ribu. Maka ada baiknya dengan nilai yang sama sebuah banglow dibina di tanah milikan sendiri. Tanah ini memang tidak sesuai untuk dijual kerana tanah rezab bumiputera. Jika nak jual pun hanya pada bumiputera juga.

So, segala kerumitan ketika berpindah ke KL seperti a blessing in disguise. Aku boleh memantau properties aku di Bukit Jalil, tanah di Melaka, dan Putrajaya. Cuma yang akan tertinggal jauh adalah rumah double storey di Seri Manjung, Perak. Maybe boleh dijadikan homestay dan rumah untuk kami berehat di hujung minggu di Lumut or Pangkor.

Semuanya masih belum diputuskan lagi. Banyak yang perlu dirancangkan betul-betul. Terutama ketika isteri mengandungkan anak kedua. Diharapkan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Tak sabar juga untuk bersara awal, tapi bolehkah? Sebab aku sayangkan kerja aku dan berpencen pada 2041. Semoga apa yang dirancang dapat terlaksana. InsyaAllah


8 comments:

  1. tahniah bro dah beli tapak rumah. mudahan bro dapat buat keputusan yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. Langkah yang tepat dan kena pada masanya. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. macam kenal je :) kene la kumpul simpanan dari skrg untuk bina rumah keluarga dekat lot ni..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Bila lah nk buat rumah kat situ.dh setaun beli tanah

    ReplyDelete
  5. Bilala bleh buat rumah kat situ.dh dkt 2taun dh bli tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sket. nak kene sepakat ngan pembeli lain.

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...