Entri ini ditujukan khas buat adik-adik lepasan SPM mahupun yang masih tercari-cari apakah cita-cita yang ingin dicapai dewasa nanti. Ada yang sekarang ini sedang bertarung dengan kehendak ibu-bapa dan kawan-kawan. Sedangkan diri sendiri masih tidak tahu atau masih tidak jelas apa yang diinginkan pada masa hadapan. Sudah terlalu klise jika ibu-bapa ingin anak-anaknya menjadi seorang doktor, peguam, akauntan dan jurutera.
Diakui dan dipersetujui yang keempat-empat pekerjaan terbabit bolehla dianggap berada ditahap yang paling tinggi dan diingini oleh setiap ibu-bapa. Maka tidak hairanlah jika ada ibu-bapa yang sanggup berhabis-habisan untuk anak-anaknya menjadi atau memiliki pekerjaan di atas.
Diakui dan dipersetujui yang keempat-empat pekerjaan terbabit bolehla dianggap berada ditahap yang paling tinggi dan diingini oleh setiap ibu-bapa. Maka tidak hairanlah jika ada ibu-bapa yang sanggup berhabis-habisan untuk anak-anaknya menjadi atau memiliki pekerjaan di atas.
Kenapa adik-adik perlu menjadi Pegawai Farmasi?? Persoalan ini terlintas difikiran aku sebaik sahaja aku balik daripada Federation of Asian Pharmaceutical Association (FAPA) yang ke 24 di Pulau Bali minggu lepas. Dan sedikit sebanyak aku ingin kongsikan prospek kerja sebagai Pegawai Farmasi. Bidang kefarmasian kini sedang bercambah daripada satu elemen kepada eleman yang seterusnya sejajar dengan perkembangan ilmu perubatan yang dinamik. Pegawai Farmasi bukan lagi dianggap pekerja stor terhormat malah lebih daripada itu yang mana merangkumi perkhidmatan sokongan klinikal di wad mahupun hospital. Bukan itu sahaja, ilmu kefarmasian sangat meluas sehinggakan anda boleh menjadi apa sahaja. Butirannya seperti ini:-
a) Jika anda sukakan undang-undang dan ingin jadi ala-ala peguam. Anda boleh menyertai bahagian pengawalan (enforcement) yang mengawal selia penggunaan, penjualan , pendaftaran ubat serta amalan-amalan praktis di farmasi dengan kuasa perundangan diperuntukkan kepada anda. Pengalaman penulis ketika mengikuti bahagian enforcement adalah raid yang dijalankan terhadap premis-premis yang menjual ubat-ubat tiruan dan palsu, juga bekerjasama dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia di pintu-pintu masuk utama negara untuk mengawal kes-kes penyuludupan dadah terlarang. Sangat-sangatla mencabar dan menyeronokkan.
b) Jika anda seorang yang sukakan kira-kira (matematik). Ini yang budget nak jadi tokeh la ni. Anda boleh membuka kedai farmasi persendirian mahupun menjadi franchisee kepada franchisor yang memang memerlukan anda untuk mengembangkan rangkaian mereka. Banyak skim yang boleh diberikan kepada anda yang bergelar Pegawai Farmasi. Penulis telah menemui beberapa rakan strategik di FAPA tempoh hari dan ada yang menawarkan penulis untuk menyertai mereka. Tapi atas sebab terikat dengan kontrak bersama MinDef, maka penulis hanya dapat menolak jemputan mereka secara baik. Jika anda, seorang Pegawai Farmasi berminat untuk menyertai peluang ini, bolehla hubungi penulis. Hanya yang benar-benar serius sahaja yang akan dipertimbangkan kerana business is business. No hanky panky. Ini contoh jika anda nak jadi taukey la...
c) Jika anda seorang yang sukakan sains dan inovasi. Menjadi Pegawai Farmasi juga menyediakan anda platform untuk mereka (invent) sesuatu formula atau ubat yang dapat memberikan kebaikan kepada seluruh manusia. Bukan hanya di Malaysia tapi seluruh dunia. Kaya beb jika anda seorang yang bertuah menemukan penyembuh untuk sesuatu penyakit. Sesuai dengan hadis nabi yang menyarankan untuk kita terus berusaha mencari penawar untuk setiap sakit yang dihidapi. Dan sesungguhnya hanya tua sahaja tiada penawar. Anda berjaya, royalti anda punya. Anda seorang saintis..
d) Jika anda suka untuk menjadi guru atau pensyarah. Senang-senang je anda boleh jadi pensyarah dengan syarat anda kenalah upgrade degree kepada master atau PhD. Daripada BPharm ---> MPharm--->PharmD. Anda boleh juga bergelar doktor falsafah (farmasi) dan juga seterusnya prof madya or proffesor. Pengalaman penulis la, selalu dapat offer daripada universiti tempat penulis belajar untuk sambung Master dan jadi lecturer di UiTM. Tapi penulis happy dengan kerja penulis sekarang.
e) Jika anda ingin cabaran dalam dunia ketenteraan. Anda seperti penulis la. Dengan memiliki segulung ijazah Sarjana Muda Farmasi, anda boleh sertai Angkatan Tentera Malaysia dengan syarat anda lulus ujian kecergasan, tidak gemok, tidak ketot dan tiada masalah kesihatan. InsyaAllah anda boleh diterima masuk. Anda ada peluang untuk menyertai misi,operasi dan latihan ketenteraan.
f) Jika anda suka mengayat staff nurse di hospital, tak perlu bersusah payah jadi doktor yang perlu kerja lebih masa (jika anda houseman, oncall) . Anda boleh jadi Pegawai Farmasi Klinikal yang akan ikut ward round bersama doktor pakar, doktor pelatih, matron, ketua jururawat, staff nurse dan staff nurse pelatih yang cute miut tu...
g) Jika anda ingin berjasa menyediakan ubat-ubatan kemo untuk penyakit kanser dan juga untuk pesakit yang malnutrition..anda boleh menjadi Pegawai Farmasi Klinikal (TPN&CDR) yang specialized dalam memberi perkhidmatan ini kepada pesakit.
h) Jika anda malas buat semua perkara di atas, anda hanya nak kerja di pejabat melaksanakan dasar-dasar dan polisi-polisi kesihatan. Anda boleh menjebakkan diri dalam bidang pengurusan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Anda boleh menyertai kursus-kursus tertentu di INTAN dalam dan luar negeri untuk menjadi pentadbir yang baik dan relevan.
Di atas adalah sedikit sebanyak prospek yang anda boleh kembangkan jika anda memiliki Sarjana Muda Farmasi. Jangan fikir panjang, tidak perlu risau. Melihatkan corak trend dan keadaan yang berlaku di Asian, perkhidmatan farmasi memang akan berkembang pesat. Jadikan Farmasi pilihan kursus yang anda ingin ambil di universiti.
p/s: Penulis memang bias dalam entri kali ini. Tapi bias untuk kebaikan dan pencerahan adik-adik yang lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Asasi Sains.
xnak promote jadi doktor ke..hehe.doktor ade byk cabang jugak :)
ReplyDeletebetul kata Halif, bidang pharma ni makin diminati ramai dan mempunyai potensi bagus. Senang dapat kerja dan peluang perniagaan.
ReplyDeletebetul ka peluang kerja utk farmasi dh semakin berkurang?
ReplyDeletebest belajar pharmacy. serious best. :)
ReplyDeleteEnjoy studying pharmacy!
Deletesape dh complete bidang ni n tgh cari kerja..blh contact akk.. rinakmsb@gmail.com
ReplyDeletesy sekarang study diploma in pharmacy tp sy nak continue degree in pharmaceutical science .. ap perbezaan antara farmasi n pharmaceutical science
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya graduan diploma farmasi...sy nk tnye kalau sy nak smbong degree ke indonesia contoh nya...atau negara lain...kte perlu ke guna result spm??
ReplyDelete