Baru-baru ini dapat peluang menghadiri seminar anjuran Sirim QAS Sdn. Bhd yang bertajuk Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Perspektif Islam di Hotel Concorde Shah Alam. Sanggup aku redah dari Putrajaya ke Shah Alam untuk mendapatkan pencerahan apa yang dikatakan sistem pengurusan mengikut syariat Islam.
Secara dasarnya ianya adalah satu sistem pengurusan kualiti seperti MS ISO hanya ditambahbaik pelaksanaannya yang ada unsur-unsur keislaman. Seperti adakah organisasi mengamalkan ciri-ciri keislaman dalam pentadbiran, kawalan disiplin anggota, proses perniagaan dan sebagainya. Sebagai contoh, adakah sesebuah syarikat islam ada membuat pelaburan dalam perniagaan yang ada unsur-unsur riba? atau adakah staf-staf perempuan menutup aurat?
Pada pendapat aku, memang baik kaedah yang cuba diterapkan ini. Sememangnya inilah yang perlu ada. Sekiranya kita mengamal ajaran Islam yang sebenar-benarnya, kita selaku staf tidak akan pecah amanah, berintegriti dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk organisasi. Masalahnya, ramai yang ambil kesempatan, tidak amanah dan sebagainya.
Standard pengurusan kualiti direka sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti hasil yang dikeluarkan dengan memastikan staf-staf yang terlibat mengamalkan pekerjaan seharian menurut ajaran Islam yang syumul. Usaha penambahbaikkan ini wajar dipuji dan diperluaskan perlaksanaannya ke setiap organisasi kerajaan mahupun swasta. Walaupun standard ini belum diiktiraf badan antarabangsa, tidak mengapa. Yang penting standard Malaysia ini kita implemen dan mana tahu, negara-negara Islam lain akan menurutinya.
Sesuatu yang baik itu tak perlu dipuji pun takpe, janji ianya ada kebaikan dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Bagi mereka yang nak tahu apa itu MS 1900:2005, buku garispanduan tersebut ada terjual di pejabat Sirim di Seksyen 2 Shah Alam dengan nilai RM 50 jika tidak silap aku la. Bagus juga beli dan baca.
No comments:
Post a Comment