Lazada MY

Monday, 26 November 2012

Anugerah Kepujian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera

Anugerah Kepujian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera:
Salam untuk semua. Semoga semuanya sihat walafiat. Jika pada 10 Mei 2012 merupakan hari yang aku takkan lupa disebabkan entri INI telah membuatkan seorang blogger famous hampir menitiskan air mata. Dan entri INI menggambarkan betapa peliknya hari 10 Mei tersebut. Aku gembira apabila entri itu berjaya 'memancing' blogger lain untuk singgah ke sini.
Sijil yang dianugerahkan

Dan sesungguhnya hari yang aku akan kenang sampai bila-bila adalah 11 Mei 2012 kerana tarikh tersebut adalah tarikh keramat Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan DiRaja(HUT KKD) .11 Mei 2012 adalah HUT ke 45 KKD. Terkejut apabila aku dianugerahkan dengan Sijil Kepujian daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Seperti biasa, HUT diserikan dengan perbarisan sebelum ucapan dan jamuan.
Aku amat berbesar hati kerana dianugerahkan sijil ini. Ianya merupakan pembakar semangat untuk aku teruskan kerja yang aku cintai ini. Jika anda ingin tahu, gambar dibawah adalah sumber motivasi aku. Ianya gambar ibu aku mengambil Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Tun Mahathir Mohamad. Ibu aku ketika itu hanya seorang kerani di Jabatan Perdana Menteri. Disebabkan ibu selalu mencabar aku sewaktu kecil, aku terus menanam azam untuk jadi sepertinya.
Ibu semasa penyampaian sijil
Dan Tun Mahathir Mohamad adalah individu yang aku kagumi. Biarlah apa yang orang nak katakan berkenaan beliau. Bagi aku, Tun merupakan seorang yang dinamik, berfikiran jauh, logikal dan berdasarkan fakta. Kemahiran beliau memimpin dan menerajui kerajaan sewaktu ketika dulu amat aku hormat dan kagum. Insan kedua yang memberikan aku sumber inspirasi untuk lebih minat dalam pengurusan adalah tidak lain dan bukan Sir Alex Ferguson.
Bukannya pemain Manchester United sebab aku minat kelab tersebut, tetapi SAF. Ini yang buatkan minat aku kepada MU tidak pernah luntur. Kejayaan beliau membimbing kelab daripada zaman kemunduran kepada zaman kejayaan memang menyuntik semangat aku untuk mencontohi SAF. Itulah sebab mengapa aku minat bidang pentadbiran. To get involve and messing around problems related to job, personnel and etc membuatkan aku rasa excited dan teruja.
Dan 3011555 adalah nombor keramat aku. 30-11 adalah tarikh lahir anak perempuanku, 11-5 adalah tarikh ulang tahun KKD, dan 3011555 adalah nombor tentera aku. God bless! 

p/s : Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh staf Jabatan Farmasi 96 HAT, Cawangan Farmasi, BPK dan mereka-mereka yang banyak membantu aku didalam kerjaya yang penuh dugaan dan cabaran ini. Thanks again.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...