Lazada MY

Monday, 26 November 2012

Blogger famous tidak akan beritahu anda rahsia ini!

Blogger famous tidak akan beritahu anda rahsia ini!:
Sebenarnya dah lama aku ada perasaan yang blog boleh membantu anak-anak, cucu-cucu ataupun insan tersayang di masa depan. Ianya macam polisi insuran. Ianya 'simpanan' untuk masa depan. Tetapi yang lebih baiknya, sumber yang terjana daripada tabiat blogging boleh berterusan seperti fixed deposit yang tidak putus-putus memberikan pulangan saban tahun ataupun setiap bulan.

Jika anda dan saya tidak begitu popular ketika ini dan blog tidak mendapat sambutan seperti blog-blog lain, itu tidak mengapa. Cuba fikirkan masa depan. Jika anda memiliki anak yang masih kecil, teruskan blogging sehingga anak itu dewasa. Setelah dewasa, ajarkan anak untuk turut berblog seperti anda. Hanya sebagai penyambung entri-entri anda. Katakan isi kandungan anda berkisarkan peribadi. Dari sekecil-kecil cerita mengenai anda seperti jatuh cinta, bercinta, kahwin, dapat anak , anak dah besar dan sebagainya anda boleh teruskan. Selepas itu, serahkan kepada anak anda untuk dia pula teruskan kisah hidupnya pula. Ianya semacam cerita realiti, but hey, siapa yang tidak suka realiti show sekarang ni kan? So, jangan segan silu bercerita kisah anda dalam blog. Tahap peribadi dalam entri itu terpulanglah.

Next what?, katakan blog anda tak meriah sekarang, tak mengapa, along the way, anda mungkin dah lebih arif dan mahir ilmu blogging, tak mustahil blog anda akan diperbaiki dari masa ke semasa. Anda tiada masa untuk berblog? atau untuk tulis entri? tidak mengapa juga. Ikutla kemampuan anda. Jika sehari satu entri pun sudah baik. Aku sendiri percaya yang kekuatan sesuatu blog tu bergantung kepada jumlah entri. Anda perlu perbanyakkan entri anda. Let it be useless entry or what, buat masa sekarang tidak mengapa. Fikirkan masa depan seperti yang aku katakan.

Selepas entri anda telah banyak, anda hanya perlu menunggu 'killer' entri sahaja. Maksud disini ialah dalam banyak-banyak entri yang telah anda buat, sudah tentu akan ada entri yang menjadi bualan dan kesukaan pembaca blog anda. Sekiranya ada, insyaAllah, pembaca anda mungkin tertarik dengan entri-entri anda yang lain. Or mungkin, pembaca anda nak mengenali anda dan tercari-cari entri yang mungkin ada gambar anda. Ketika itu, anda sudah membina 'unique visitors'. Sekiranya mereka tertarik dengan blog anda, sudah tentu akan di 'like' dan menjadi pembaca tegar. Yup, mungkin bukan sekarang, tapi masa depan. Selalu fikirkan masa depan kerana ianya boleh mengekalkan tahap motivasi anda untuk berblog.

Anda sudah ada pembaca tegar, entri sudah banyak, gaya penulisan bertambah baik dan apa yang perlu lagi? Ketika ini tidak banyak yang diperlukan lagi. Anda hanya perlu mencipta 'jenama'. Ya. Jenama. Katakan blog anda dinamakan Blog Main-Main. Anda hanya perlu lebih promote dan terus promote jenama blog anda. Lambat laun pembaca blog anda akan di 'brainwash' dengan jenama anda. Bila sebut main-main, terus ingat blog anda. Ataupun apa-apa sahaja yang cliche dengan blog anda. 

Selepas itu apa? Hanya teruskan berblog. Jika anda mengambil masa selama 10 tahun untuk famouskan blog anda, let it be. Tak mengapa. Ketika itu, insyaAllah income anda pun boleh tahan untuk membantu anda dan anak anda. Hanya perlu serahkan blog tersebut kepada anak anda untuk teruskan legasi blog anda itu. So, income yang terjana setiap bulan itu bolehlah membantu kehidupan anak anda. Inilah yang dinamakan blog untuk diwarisi.

Kesimpulannya, perlu ada minat sahaja sudah cukup. Anda minat, anda taip. Anak anda minat,    dia pun taip. Kena gayanya, anda boleh buatkan income pasif untuk masa depan anak anda. Tidakkah itu lebih bermakna daripada anda tidak berbuat apa-apa walaupun sudah tahu kekuatan dan kepentingan blog?. Teruskan berblog dan teruskan menuntut ilmu. Aku tahu, orang-orang macam aku sukar nak konsisten berblog sebabkan tuntutan kerjaya hakiki yang menuntut fokus dan masa yang banyak. Tapi tak mengapa, jangan jeles dengan blog yang famous sekarang, jangan terikut-ikut rentak mereka sedangkan anda tidak mampu, jangan abaikan kerjaya hakiki anda dengan tidak memberikan fokus yang sepenuhnya disebabkan fokus anda terarah kepada blog. Jangan bersikap tidak amanah. 

Biarlah perlahan dan konsisten. InsyaAllah, jika rezeki anda dengan blog, anda mungkin rasainya awal, jika tidakpun, anda dah buat 'foundation' rezeki untuk anak-anak anda. Inilah baru dinamakan ibu-bapa prihatin dizaman moden. :) So, keep it up guys! Jika setuju, sebarkanlah rahsia ini kepada rakan-rakan blog anda. Dapat pahala tau.  Ahaks!


No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...