![]() |
Niat ikhlas dari Kerajaan |
Salam to all US readers, topik kita kali ni agak berat. Biasalah bila kita bincangkan perkara ilmiah, mesti agak sukar untuk kita digest. Sebab ada yang tidak faham, kurang faham atau malas amik port langsung. Walau apa-apa pun, US tetap juga nak share akan prinsip GTP yang kerajaan berikrar untuk laksanakan. Kita sebagai rakyat Malaysia, suka atau tidak, sedikit sebanyak perlu ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Perkongsian ini mungkin juga bermanfaat utk anda expect dalam servis kerajaan yang mungkin anda patut dapat. Ok, inilah 16 Prinsip Penyampaian Goverment Tranformation Programme (GTP)
Selaras dengan 16 Prinsip Penyampaian di bawah dimensi Pencapaian Diutamakan sebagaimana yang telah digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan
Kami akan mendahulukan rakyat:
1. Bertumpu kepada beberapa keberhasilan utama yang dikehendaki oleh rakyat kini, dan keperluan bagi jangka panjang, dan menghenti atau mengurangkan usaha lain.
2. Membuat dan mengekalkan keputusan dasar berwibawa yang jelas - walaupun jika kami perlu mengatasi halangan politik baginya.
3. Menggalakkan penyertaan rakyat dengan mendapatkan input mereka sebelum membuat keputusan, melibatkan rakyat dalam penyampaian dan sering mengukur persepsi.
4. Menangani harapan serta memaklumkan niat berwibawa dan memaklumkan hanya keberhasilan yang terlaksana.
Kami bertekad untuk menggunakan sumber secara berhemat:
5. Meningkatkan produktiviti sebanyak mungkin daripada sumber sedia ada, sebelum membuat permintaan sumber tambahan, dengan mengurangi ketirisan, mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif.
6. Memfokuskan sumber terpenting, namun yang paling kekurangan - kepimpinan, bakat dan pembiayaan - pada isu-isu keutamaan.
7. Melabur dahulu dalam bakat kepimpinan dan barisan hadapan, baru kemudian melabur dalam infrastruktur dan perkakasan lain.
8. Bersikap fleksibel, mempersoalkan prosedur dan dasar yang lama, sementara mematuhi tadbir urus yang baik.
Kami akan bekerjasama dengan yang terbaik di dalam dan di luar kerajaan:
9. Mempertingkatkan kepimpinan dan kerjasama di antara para Menteri dan KSU untuk memimpin penyampaian secara bersama.
10. Menembusi halangan dan melaksana sebagai satu kerajaan Malaysia dengan memperkenalkan struktur baru bagi penyampaian dan memudahkan struktur sedia ada.
11. Membina keupayaan campuran (hibrid) bagi penyampaian dengan menarik organisasi dan bakat utama Malaysia dari sektor sosial, awam dan korporat.
12. Berhubung dengan Perkhidmatan Awam seerat bersama rakyat, dengan memaklumkan hala tuju yang jelas dan bermakna serta mendapatkan input secara teratur.
Kami berjanji untuk menguruskan keberhasilan pada taraf tertinggi:
13. Menetapkan aspirasi tinggi dan teguh, bersesuaian dengan taraf antarabangsa.
14. Merancang penyampaian secara teliti dan membuat keputusan berasaskan fakta-fakta daripada sumber bebas dan berwibawa.
15. Membentuk kebertanggungjawaban jelas dan nyata, disokong oleh penggunaan ganjaran dan konsekuensi berbeza dan bermakna.
16. Memantau dan menguruskan penyampaian keberhasilan yang benar-benar membawa perubahan, bukan setakat input dan output semata-mata.
p/s : So, inilah ikrar yang kerajaan cuba laksanakan. Jika kita teliti satu persatu, memang mantap dan semacam tiada kelemahan. Kita harap bahawa kerajaan berjaya melaksanakan apa yang dirancang sebab yang untungnya adalah rakyat juga. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment