Apakah itu KPI? Anda biasa dengar bukan. Sekarang bukan sahaja diimplemen di organisasi kerajaan malah telah lama dilaksanakan di organisasi swasta terutamanya yang melibatkan keuntungan.
Tetapi berapa ramai yang benar-benar faham akan kepentingan KPI ini. Hatta yang bekerja di dalam sector awam ramai yang tidak begitu memahami makna sebenar KPI. Ramai yang terkeliru antara KPI dengan KRI (Key Result Indicator) dan juga PI (Performance Indicator). Ramai juga yang tidak ambil peduli dan anggap perkara ini adalah urusan pentadbir dan juga pengurusan. Memang ya ianya urusan pentadbir dan pengurusan, tetapi kita yang bekerja didalam sistem ini mempunyai tanggungjawab untuk benar-benar memahami intipati petunjuk ini demi mencapai cita-cita membina negara maju menjelang tahun 2020.
Sebenarnya, banyak organisasi yang membuat kesilapan dalam menentukan KPI mereka. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai sasaran yang telah dibuat. Oleh sebab itu, pelaksanaan KPI ini menjadi bebanan dan bukannya batu loncatan untuk menjana lebih keuntungan dan kepuasan. Di sektor swasta, pelaksanaan KPI dapat meningkatkan keuntungan berbanding di sektor swasta yang ’keuntungan’ sering digambarkan sebagai kepuasan pelanggan.
Sebenarnya terdapat 3 jenis pengukuran prestasi iaitu:-
- KRI (Key Result Indicators) – ia adalah penentu yang memberitahu anda apa yang anda telah laksanakan.
- PI (Performance Indicators) – ia adalah penentu apa yang perlu anda laksanakan.
- KPI (Key Performance Indicators) – ia adalah penentu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai sasaran dengan drastik dan dramatik.
Perbandingan ’kulit bawang’ sering dipersembahkan untuk merumuskan perhubungan diantara KRI/PI/KPI.
Ok cukup setakat ini dulu. Tak boleh lebih-lebih dalam mempelajari ilmu pengurusan peringkat tertinggi ini. Nanti hilang minat dan bosan cepat datang. Entri ini akan dibuat bersiri, untuk kefahaman anda semua.
No comments:
Post a Comment