![]() |
Credit picture : jumiesamsudin.com |
Aku percaya ramai yang telah pernah pergi IKEA, Mutiara Damansara. Sebut je IKEA dah timbulkan rasa teruja nak g jengah kat sana bukan? Ni adalah 5 perkara dimana pada aku negatif pasal IKEA:
![]() |
Penuh satu troli |
1. Waktu korang merancang nak pergi memang akan alami perasaan teruja dan tak sabar- sabar. So, korangpun pergi..tapi tersesat seperti aku selalu kena. Tak banyak signboard menunjuk arah ke sana. Aku dah pergi hampir 6 kali dan 6-6 kali tula aku tersesat, salah jalan dan lambat sampai tidak seperti yang dirancang.
2. Susahnye nak dapat parking. Sesat tadi dah bunuh mood sket. Pastu nak berebut cari tempat parking. Sampaikan ada yg jadi kurang waras hanya sebab 1 tempat parking.
3. Masuk je dah rasa seronok. Tp bila tgk orang macam semut kat sana dah mula rasa xselesa. Berpusu-pusu. Ada yang amik gambar dan ada yang mencatat sana sini. Rimas aku tengok. Macam xpernah pergi IKEA lagaknya.
4. Pernah atau tidak korang terpaksa balik ke tempat pameran untuk print invois barang yg korang nak beli? Baru je smlm aku terpaksa berulang alik meredah lautan manusia ke tempat pameran untuk dapatkan invois barang yg aku nak beli. Aku dah catit. Barang yg nak beli tu agak besar ingatkan boleh amik kat pick up area sebelum cashier. Tanya pada pembantu, aku disuruh ke tempat pameran utk print invois. Byr dulu n collect dkt pick up area di sebelah luar. Penat seh...
![]() |
Perabot yang nak dibeli |
5. Kadang2 agak susah nak bw balik perabot yg besar naik kereta. Nak dihantar kena bayar extra RM 75. Tapi still kena pasang sendiri. Berbaloi ker? Perabot di IKEA memang terbaik dari segi design dan kualiti. Sebab itu dia ada kelasnya sendiri. Orang masih sanggup ke IKEA disebabkan hal ini. Sanggup bersesak-sesak untuk dapatkan perabot yang diminati.
p/s: Walaupun ada 5 keburukan pada pemerhatian aku tapi kebaikkannya lebih daripada itu. Jika tak, xdela aku sanggup harungi perkara-perkara di atas sebanyak 6 kali. Hehe.
Biasalah tuh bro. Masakan sentiasa sesak Ikea. :-)
ReplyDeleteAhaks..tapi perabot sana cantik2...gila rambang mata dibuatnya
ReplyDeletesebab itu lah akak tak berminat nak masuk ikea walaupun ada sales besar2an
ReplyDeletehurm..itulanyer..tapi tak byk kedai perabot yg designnya moden mcm ikea
ReplyDeletesebab tu akak suka gi weekday..tak suka gi weekend. lagipun akak gi beli barang..akak bwk 2 anak lelaki..dorang buat semua tu..akak jadi mandur :}
ReplyDeletetak pernah pergi..walau keinginan membuak-buak
ReplyDeletesebab...
bukan keperluan.
tahu tempat tu boleh mengoda, jadi cuba elakkan
Untuknya jika ada hero lelaki. sonang kerja
ReplyDelete@kujie
ReplyDeleteItula, tapi rumah saya perlukan rak untuk susun buku yg berlambak-lambak sebab dari rumah semi D ke flat.. memang takde space yg sesuai