Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, selalu dimomokkan dengan kisah hantu yang selalu membuatkan aku takut nak masuk ke bilik air, tidur dan tinggal berseorangan. Jika siang pun boleh terfikir rasa takut, inikan pula malam. Lagila 'feel' rasa takut tersebut dan lebih-lebih lagi bila tinggal bersendirian. Agak-agaknya kenapa timbulnya rasa takut itu yer?? Sure sebab banyak kisah hantu yang aku tonton. Daripada hantu pocong cina hingga ke makhluk ghaib alam Melayu. Semuanya penyebab ketakutan dalam diri aku. Tapi itu dulu, ketika zaman kanak-kanak yang mana, adalah normal untuk setiap kanak-kanak berasa ketakutan terhadap sesuatu yang mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak pernah mengalami.
Hopefully rancangan ini mencapai expektasi aku |
Sekarang apabila dewasa, ketakutan terhadap benda-benda sebegitu mula berkurangan dalam diri ini. Aku boleh katakan, aku macam tiada rasa takut pada hantu or sebagainya. Jika masuk rumah hantu dan apabila aku menjerit, itu bukan sebab aku takut, itu sebab aku terkejut. 2 perkara yang berbeza tu. Mungkin fikiran aku telah disibukkan dengan urusan kerja dan kehidupan yang tidak memungkinkan aku untuk berfikir pasal ketakutan walau sedetik pun. Balik kerja, terus uruskan rumah tangga, bila malam mula menjelma dan badan mula letih, terus tidur untuk mulakan rutin yang sama keesokkan harinya. So, tiada ruang dan masa untuk aku terfikir rasa takut tersebut. Jadinya, takut kepada hantu yang tidak nampak dengan mata kasar tidak lagi relevan seperti zaman kanak-kanak.
Ketakutan yang dapat aku perasan sekarang ini adalah takut untuk berkaraoke dengan bos-bos aku. Malu beb, sebab aku bukannya pandai menyanyi. Nak hafal lirik lagila tak pernah hafal yang penuh. Tapi aku suka musik. Semua genre musik aku gemar nak dengar dan layan lagu-lagu yang sedap didengar. Kadang-kadang apabila ada function, makan malam atau seminar yang diadakan, tentunya aku paling tak gemar adalah acara berkaraoke, ketakutan yang dirasai adalah apabila memikirkan akan nama kita yang akan dipanggil oleh bos aku untuk menyanyi.
Nampak macam lekeh je benda yang aku takut ini. Sebabkan benda ini la, nampak aku macam tak sporting or tak sosial. Sedangkan aku seorang yang mudah didekati dan senang untuk berkawan. Cumanya event-event yang selalu aku sertai akan ada sesi karaoke. Hahaha. Aku suka dengar orang bernyanyi tapi tak suka aku dipanggil untuk bernyanyi. Ketakutan ini lebih kepada keenganan aku untuk dikritik oleh rakan-rakan atau bos-bos dek suara yang tidak merdu atau sedap untuk didengar. Sedikit sebanyak ada la jugak self esteem aku berkurangan sebab rasa diri macam tidak sporting dan antisosial. Aku tak pasti adakah aku takut dengan benda lain selain perkara ini.
Aku tak faham makna ketakutan yang sebenar. Kadangkala ingin mencabar diri dengan menyertai rancangan fear factor untuk ketahui apa yang boleh buatkan aku takut. Jika terpilih untuk memasuki program fear factor pun aku dah boleh agak, aspek keselematan peserta mesti terjaga, hanya sebab itu sahaja aku willing buat apa sahaja walaupun terpaksa membuat aksi lagak ngeri. Sebabnya apa-apa yang bakal terjadi akan di kawal oleh tim keselamatan. So, untuk peserta program Astro's Fear Factor Malaysia yang bakal bersiaran bulan Disember 2012 di saluran Astro. Just do your best n conquer your fear!! Tak rugipun mencuba. Dapat hadiah lagi. Hadiah itu sahaja dah cukup kuat untuk jadikan anda lebih bermotivasi untuk melawan rasa takut anda.
Berbalik kepada program Astro's Fear Factor Malaysia yang bakal bersiaran pada 29 Disember 2012 iaitu sehari selepas tarikh lahir aku. hehe. Apa kena mengena ek? Program ini akan disertai oleh selebriti di Malaysia dan aku ingin Jehan Miskin menang. Sebab apa, saje je nak tengok lelaki maskulin macam dia dapat tak conquer fear dia. Aku harap Jehan Miskin boleh menang sebab tak macho la kalau pegang katak pun tak boleh. Hahaha... Kalau itupun dia geli, potong jela rambut panjang tu. Kasi gondol. Mamat se'macho' Jehan Miskin patutnya boleh conquer fear sebab ramai yang tengok karakter dia dah expect dan admire ke'macho'an yang semestinya tak boleh tercalar dengan rasa geli.
Macam yang aku bgtau tadi, aku tidak faham rasa takut yang spesifik selain takutkan Allah n that's is something about religion yang tak kena mengena dengan takut dalam diri manusia yang aku cuba sampaikan disini. Kalau Nuffnang boleh nominate nama aku untuk jadi participant diorang dalam Fear Factor House. Mungkin aku boleh identify benda yang aku takut sebab aku memang tak percaya yang aku ada perasaan takut sesuatu hanya sebab sesuatu itu sendiri dan bukan sebab lain. U got what i mean. I mean macam contoh hantu di rumah hantu tu tadila... hopefully aku berpeluang dapat menyertai ' Fear Factor House - Is your chance to experience Fear Factor Live'
No comments:
Post a Comment