Semalam kakitangan kerajaan beratur panjang di mesin-mesin ATM untuk mengeluarkan duit. Almaklumlah, duit gaji beserta bonus telah dikreditkan ke akaun mereka. Tidak terkecuali aku dan wife. Tapi yang lebih menggembirakan adalah prospek tenant aku untuk rumah di Seri Manjung telah memasukkan duit 'bonus' tambahan ke dalam akaun isteri. Lega.
Akhirnya, rumah di Seri Manjung akan ada yang menjaganya. Sekuriti deposit untuk rumah tersebut adalah 2 bulan sewa di tambah dengan 1 bulan sewa semasa dan deposit utiliti. Alhamdulillah, segala perancangan benar-benar dikabulkan. Tahniah kepada isteriku yang juga telah berubah menjadi landlord. he3x
![]() |
No comments:
Post a Comment