Entri ini sahaja aku ingin berkongsi dengan rakan blogger yang dihormati sekalian. Mungkin cuma aku sahaja yang merasakan hal ini rumit ataupun penting dek kerana ilmu aku dalam bidang blogging ini masih cetek. Jika isu yang ingin dikongsikan ini saudara-saudari pernah selesaikan, bolehla ajarkan aku cara-caranya.
Berlanjutan dengan pengumuman daripada bro Denaihati.com tentang rezeki aku yang dapat membuat blog review dan akan dipublish di blog denaihati.com, maka hasil keterujaan aku itu aku zahirkan dalam entri Kejutan Dari Denaihati.com Untuk Semua. Tapi bila sahaja aku nak ping kan entri tersebut kedalam fanpage blogger yang aku ada, tidak diterima oleh pengendali FB. Aku tak pasti kenapa?. Sebab sebelum ini pernah juga terbaca entri di blog denaihati yang katanya blog tersebut blog spam. Apa itu blog spam pun aku tak faham cumanya aku just nak cerita dan jadikan ia satu entri jerla. Boleh?
Screenshot kat atas tu adalah report yang dikeluarkan oleh FB mengatakan entri aku yang mempunyai link ke Blog Denaihati.com telah diblock. So, natijahnya, xdapatla aku berkongsi keterujaan aku dengan kawan-kawan blogger di fanpage-fanpage yang aku join. #sedih
Tapi takpela, aku buat entri ini tanpa ada link ke blog DH dan kita tengok berhasil atau tak? Jika berhasil, kawan-kawan boleh baca entri riak dan teruja aku di link yang aku bagi kat atas tu ataupun just klik SINI.
Aku ada hantar report ke webmaster FB untuk maklumkan masalah ini. Tapi hasilnya, tiada pun emel maklumbalas dari diorang. Ingatkan bila aku dah balas adalah respons ataupun dibatalkan sekatan tu tadi. Rupa-rupanya tidak. Cuba korang buat entri yang ada link ke blog DH dan paste kan kat fanpage korang. Boleh atau tidak?
p/s : Belum ada idea nak buat review blog US.
haahla. aku dah test kat fanpage aku tak boleh. keluar macam tu. hmmm.. bro denaihati kene cek dgn FB ni.
ReplyDeletekalau tak payahla. sebab ramai yang ada link denaihati kat blog dorg nak share url payah.
Itula..cuba bgtau bro DH
DeleteMungkin sebab contest iPhone 5 gadget impian, ramai yang spamkan link untuk undi etc di FB..
ReplyDeleteOh yeke. mungkin jugak.. Tapi saya masih tak berapa nak arif tentang spamming2 ni
ReplyDelete