Lazada MY

Monday, 14 January 2013

Menghargai Diri Sendiri

Tajuk pun dah kedengaran macam lemau je kan, tapi kadang-kadang kita terlepas pandang tentang benda ini.  Benda basic yang perlu kita lakukan selepas berhempas pulas belajar, bekerja dan sebagainya.  Pernah tak korang terfikir yang kita perlu rewardkan diri selepas mengerah keringat dan berusaha? Kalau pernah maknanya korang memang superb! Yer superb!

Kerana apa?  Kerana korang mengerti kehendak dan hak diri sendiri dari segi emosi dan spiritual.  Kenapa aku katakan begitu?  Jika kita dikelilingi dengan orang-orang yang selalu negatif, maka tiada insan lain yang boleh menunjukkan penghargaan terhadap diri kita selain diri sendiri.  Tidak susah pun, hanya buatlah perkara yang pada korang akan buatkan korang happy dan tersenyum.  Semuanya ada dalam minda kita.  Cumanya kita selalu reluctance nak gunakan kuasa minda yang tuhan anugerahkan.

Motto hidup aku jika korang nak tahu ialah ' I want to believe'. Dan percaya itu tentulah terbit daripada minda dan cara kita berfikir.  Jika korang percayakan yang korang akan beroleh kejayaan, maka kejayaan la yang akan korang kecapi dan begitulah sebaliknya.  Cumanya didalam kita menggunakan kuasa minda kita ni, kita harus juga beringat bahawasanya kita ini adalah hamba tuhan yang dipinjamkan kelebihan-kelebihan tertentu.  Syukur dan berterima kasihla kepada orang-orang sekeliling korang yang banyak membantu korang sepanjang korang hidup.  Terutamanya ibu-bapa.

Dan cara aku untuk hargai diri sendiri adalah :





Dengan cara menikmati segelas ice latte. :PKorang pula bagaimana?

2 comments:

  1. aik. ice latte je? kene ada chocolate fudge skali. baru lengkap. hehe

    ReplyDelete
  2. teringat pada kawan aku yang mengingatkan tentang menghargai diri sendiri.. "ko sabtu ahad pun ko kerja, bila masa ko rileks? 4 bulan dah aku campur dengan ko, tak pernah nampak pun ko belikan hadiah untuk diri sendiri. kekadang diri kita ni perlu gak terima ganjaran. ada duit lebih tu belikan hadiah untuk diri sendiri". lebih kurang macam tu la peringatan dia bagi.. Hasilnya Kawasaki ER6N aku belikan untuk diri aku..hehe

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...