Lazada MY

Monday, 18 February 2013

Tunai Tiada? Buat Pinjaman Lor...

Semenjak dua menjak ini, ramai pula yang bertanya kepada aku melalui emel tentang bank mana yang senang dapat loan dan minta aku kongsikan no phone banker yang pernah berurusan dengan aku.  Hmm..dan ini semua adalah gara-gara entri Bank Mana Yang Boleh Bagi Loan Senang?


Sejujurnya aku bukanlah seorang banker ataupun pelabur hartanah tegar yang sudah semestinya mempunyai senarai nama dan nombor telefon agen, banker dan peguam.  Aku cuma insan yang menghadapi masalah yang sama dengan kamu semua.  Insan biasa yang inginkan sedikit nafas untuk hidup dizaman yang amat mendesak ini.  Antara soalan yang aku terima adalah daripada  seorang anggota tentera Lain-lain Pangkat (LLP) yang kesimpatan wang dan inginkan pinjaman peribadi segera.  Sedih juga bila mengenangkan betapa desperate nya orang kita kini.  Hanya ingin memastikan kelangsungan hidup di ibu kota tidak terhenti.  Sehinggakan mereka memikirkan untuk membuat pinjaman daripada Ah Long sekiranya permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh pihak bank.

Sebagai anggota tentera aku faham masalah mereka yang sukar nak buat loan dengan pihak bank konvensional.  Ini adalah akibat daripada salah laku anggota tentera yang lampau. Akibatnya, ada anggota tentera yang benar-benar inginkan bantuan (bukan untuk joli) terpaksa meminjam daripada Ah Long kerana pihak bank tidak menerima permohonan mereka.  High Risk katanya.  Pegiii Dah!! Tentera pun manusia biasa juga.  Rakyat Malaysia juga. Kenapa nak discriminate tentera.  Setahu aku, daripada pengalaman aku.  Bank-bank tertentu sahaja yang boleh beri pinjaman pada anggota tentera tetapi itupun untuk mereka yang bergelar pegawai.  Contohnya Bank Islam dan RHB.  MBSB, Bank Rakyat dll minta maaf la. Sama ada tak bagi langsung ataupun kenakan caj interest yang sangat tinggi.  Siol je..

Aku harapkan anonymous yang bertanya tu dapat selesaikan masalah kewangannya.

Selang beberapa hari datang pula pertanyaan daripada cik adik yang telah bertunang dan ingin berkahwin dalam bulan 6 tahun 2013 ni nanti.  Duit persediaan masih belum cukup dan berkira-kira ingin meminjam.  Disini akan ada banyak pandangan.  Ada yang katakan ' Apa la kau ni, nak kahwin pun nak berhutang ker?, nanti dah dapat anak, anak dah besar masih lagi duk bayar hutang kahwin'.. Ada juga yang tak kisah macam aku.  Untuk jawapan kepada Cik Azie, jujur saya dulu pun berhutang dengan Bank Rakyat.  Saya pinjam RM 50 ribu, RM 30 ribu saya laburkan dengan membeli sebidang tanah di Melaka dan beli Public Mutual Unit Trust.  Saya hanya gunakan RM 10 ribu untuk kenduri dan RM 10 ribu hantaran.  Ramai juga kawan-kawan 'mengata' saya macam pandangan orang yang pertama tadi.  Dalam hati aku, 'ade aku kesah?'.  

Janji perkahwinan itu dapat mengelakkan perkara  yang haram apabila hukum bernikah itu sudah sampai tahap wajib.  Tak kisah macam mana anda dapatkan duit untuk hantaran dan kenduri, samaada kumpul duit atau buat loan.  Kalau kumpul makan masa 10 tahun baru cukup, baik korang buat loan jerla. Bila dapat anak, akan adanya rezeki lain. InsyaAllah.  Yang penting jangan berhutang dengan berlebih-lebihan.  Orang-orang kerja bank ni memang asyik nak untung saja. Sistem kapitalis la katakan. So, berhati-hatila dalam membuat loan.  Apa orang lain nak kata tu korang abaikan jerla.  Tak guna ikut cakap diorang, diorang pun sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Badget nak tunggu duit berkepuk dengan hanya menabung baru nak kahwin. Lain padang lain belalang. 

Untuk jawapan kepada Cik Azie, mungkin anda boleh tanya sama Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank dan CIMB.  Sebabkan anda bukannya anggota tentera, saya rasa peluang untuk anda dapat pinjaman masih tinggi dengan syarat anda tiada bebanan hutang atau liabiliti yang sangat tinggi. Apa-apa pun, selalula kerap membuat semakan di website-website bank untuk mengetahui maklumat terkini dan lanjut.  

Pada aku, Bank Islam memang terbaik. I choose Bank Islam.  Suka sebab aku boleh transfer duit ke Tabung Haji pakai ATM jer.. best best best!!! :)

Pada yang nak belajar buat duit melalui affiliate. Boleh dapatkan kitab INI.
Pada yang nak belajar cara dapatkan kontrak perolehan dengan kerajaan, boleh kaji Cara INI
Bila dah baca 2 ebook tu, terasa nak buat ebook dan jadi kaya KLIK SINI

8 comments:

  1. dekat-dekat PRU13, waktu yg sesuai mintak insentif loan utk anggota tentera yg ada masalah kot...heee

    ReplyDelete
  2. kesian jugak ek kepada golongan tentera macam di anak tirikan jer..walhal penjawat awam jugak

    ReplyDelete
  3. elok sgtlah bank islam tu..aku punya hutang dia bagi bunga saje setinggi gunung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji kena pandai manage bro. bank mmg kenakan 'interest' @ 'keuntungan' kata dia la

      Delete
  4. Ape la salah anggota tentera kan? UGAT, kalau nk untung pun agak2 la..jgn la sampai aniaya anggota tentera sampai mcm ni. x malu ke!! smpai ada pihak pandang sebelah mata dgn kita. Maruah atm lol,pikir2 kan lah.. ini bukan rekaan, tp kenyataan..semua staff bank ckp UGAT tak bagi buat loan.

    ReplyDelete
  5. Itula. tapi UGAT buat begitu pun sebab perangai anggota tentera kita sendiri

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...