Lazada MY

Monday, 25 March 2013

Menikmati Grand Prix F1 : Dari Main Grandstand

Tiket Percuma
Ahad lalu memang memenatkan.  Pagi-pagi aku join kayuhan mesra dari Istana Kehakiman, Putrajaya melalui hampir 20 km jarak berbasikal.  Memang dah lama nak join acara sebegini.  Akhirnya dapat juga kayuh beramai-ramai dengan para peserta yang lain.  Kemuncak kepada acara hari Ahad aku adalah menyaksikan Grand Prix F1 di Litar Sepang.

Suasana di SIC


 
Oleh kerana dapat tiket percuma, aku cuma hadir menonton pada hari Ahad which is the race day la...1st time sebenarnya pergi menonton F1 ni.  Lebih gemar menonton di kaca televisyen je.  Tapi pengarah aku dah ajak, so terpaksala teman dia.  Untuk makluman, tim perubatan dan paramedik yang ditugaskan untuk menjaga aspek keselamatan selepas kemalangan adalah daripada pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pakar-pakar daripada beberapa buah hospital yang telah dikenalpasti dapat membantu melancarkan penganjuran perlumbaan sukan bermotor berskala besar seperti F1.
Memang ramai die hard fan Grand Prix F1
 
Aku sampai di SIC pun dalam kol 3.30 ptg.  Waktu tu hujan sedikit.  Baru terhegeh nak cari parking.  Berikut adalah tips untuk korang yang mungkin hendak menyaksikan Grand Prix F1 pada masa akan datang:
 
1.  Anda hendaklah datang awal.  Jalan memang sesak sepanjang laluan ke pintu masuk SIC.  Pada tiket anda akan dinyatakan pintu masuk dibuka seawal jam 9.00 pagi.  Cumanya, bosan la nak tunggu sebab race bermula pada jam 4 petang.  Unless korang dapat seat grandstand.  Bolehla jugak cuci mata tengok merchandise yang di jual.  
 
Sebastian Vettel yo!
2.  Check tiket anda betul-betul dimana anda perlu masuk.  Pintu mana perlu dituju.  Macam aku, terpaksa menapak jauh untuk masuk ke main grandstand.  Salahnya sebab tak check betul2 pada tiket arah yang hendak dituju.  
 
3.  Banyak perkhidmatan 'teksi' a.k.a motor bonceng.  Bayaran dikenakan RM 5 seorang.  Kalau korang tahu mana arah nak dituju, selamat sket.  
 
4.  Earplug boleh dibeli dengan ulat-ulat yang berselerak di pintu-pintu masuk SIC.  Daripada serendah RM 5 hingga ke RM 150 (headphone).
 
5.  Makanlah kenyang-kenyang dirumah sebelum hadir.  Sebabnya harga makanan disini sangat mahal.  Soft drink dicaj RM 5 dan set makanan (hotdog & soft drink) dicaj RM 20.00.  Agak tak berbaloi makan disini.
 
6.  Jangan lupa bawa payung dan cermin mata hitam.  Macam aku just pakai topi tanpa cermin mata hitam.  Natijahnya, mata aku letih dan hampir boleh nak tertido walaupun bunyi deruman enjin F1 memekikkan yang mencecah ntah berapa desibel ntah. huhuhu
 
7.  Jika anda hendak menyaksikan event seperti ini, pastikan yang anda tiada benda lain hendak dibuat selepas perlumbaan.  Jika tidak, traffik jem akan membantutkan anda melakukan perkara yang lain.  Unless benda yang anda nak buat tu sebelah malam.
 
All the best for all the remaining race
Overall, seperti bro Ariffshah yang menyaksikan event ni, aku pun setuju jika menonton di rumah.  Sofa yang empuk dengan dingin kipas or air cond.  Lagi la nikmat berbanding menonton disini.  Bukan nak condemn mereka yang die hard fan sukan ini.  Tapi itulah realitinya jika anda bukanlah peminat F1 yang berstatus kipas susah mati seperti aku.  hehehe..  

4 comments:

  1. Wahh bestnya Ariff.... teringin sangat nak pergi F1 tapi dulu sengkek.. bila dah ada duit bz plak sampai terlepas sudah! Lagipun takde kawan laaa ='(

    Anyway thanks for the entry! Boleh buat panduan untuk next year!

    Bekerja di syarikat GLC bantu perkuat ekonomi orang Melayu 

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca. Bagusla jika bermanfaat

    ReplyDelete
  3. jujur cakap, kalau ada orang bagi tiket free utk F1 ni pun tak nak pergi. hahahaa sebab tak minat kot. tapi abang2 memang suka bab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula pasal. bukannya best sgt pun. tp utk yg minat. mmg la diorg feel

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...