Lazada MY

Saturday, 30 March 2013

Surat Dari Peguam

Seingat aku dah banyak kali aku kena saman. Sama ada saman ekor, saman speed trap, saman salah parking dan lain-lain saman yang lain.  Tapi takdela pulak sampai ada surat daripada peguam.  Memang takde lagi la.  Aku pun tak berharap dapat surat daripada peguam berkenaan dengan saman menyaman ni.  Tapi kalau surat peguam seperti gambar dibawah ni memang selalu aku tunggu.
 
Alhamdulillah, selesai satu perkara
Akhirnya surat peguam perihal penyerahan rumah yang aku beli tu dah sampai.  Lega sikit rasa sebab tanpa ada hitam putih ni bahaya juga walaupun kita yakin yang penjual memang orang yang bertanggungjawab.  Cuma perlu lebih berhati-hati. Itu sahaja. Dah ada hitam putih baru senang hati dan lega.  Iyalah, lebih-lebih lagi kalau transaksi yang terlibat bernilai RM 150k.  Mahu putih mata kalau tidak betul-betul. So, at least bolehlah aku move ke my next agenda.  

Iaitu nak setelkan masalah dengan penyewa KFC yang gagal bayar sewa rumah hampir 2 bulan.  Memang aku nak halau je.   Ingatkan bila company yang bayarkan lagi mudahlah.  Rupanya lagi banyak songeh.  Penyewa pulak pekerja KFC di Restoran KFC Jejantas Sg. Buloh.  Dengar aku nak naikkan kadar sewa je terus buat perangai.  Takpelah, bulan 4 ni kontrak diorang tamat.  Bolehla aku renovate sket-sket n sewakan semula dengan nilai sewa semasa.  Sakit hati bila syarikat koperat sebegini besar tak faham kehendak semasa.  Masih nak kekalkan sewa yang lama dari tahun 1998 tanpa ada sebarang kenaikan.

Ni zaman dah milennium, barang semua sudah naik. Apala punya KFC. hmmm... 

2 comments:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...