Walaupun entri kali ini agak poyo, ya memang poyo, tapi aku tak mampu nak tahan rasa teruja aku bila bertemu dengan satu tempat yang dah lama aku tak pergi. Tempat tu tak lain tak bukan pasar basah!!.. Hahaha..sepanjang aku duduk di Putrajaya ini, barang-barang basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dibeli dari supermarket Mydin atau Alamanda.
Akan menjadi lokasi rutin aku setiap minggu.. |
Tak sanggup dah rasanya nak shopping barang di Mydin memandangkan kawasannya yang agak jauh daripada rumah aku dan punyalah padat orang yang membeli belah disitu di tambah dengan suasanannya yang kepam dek udara yang tidak diventilasikan dengan berkesan. Lagila nak muntah aku bau hanyir ikan dan hanyir badan manusia. Ho ho ho ho..
Just love to see the freshness from the sea..Oh yeah!! |
Di Alamanda pula lain ceritanya, asyik nak berlakon standard pulak sepanjang masa. Yerla tempat orang-orang standard beli belah. Ok, statement ini adalah statement yang salah. Bias siut. Tak bermaksud yang aku tak suka shopping di Alamanda. Cumanya macam di Mydin, masalah sewaktu pembayaran yang melemahkan kaki aku untuk melangkah lagi untuk membuat pembelian lain kali. Beratur panjang dan membuang masa. Lambat.
Mari beli bang, mari beli bang |
Akhirnya, tempat yang paling aku suka pergi sewaktu kecik telah aku jumpai. Pasar Basah Putrajaya di Presint 8. Riangnya rasa di hati kerana dapat mencuci mata dan memuaskan nafsu aku yang dah lama tak tengok ikan-ikan fresh, daging-daging segar dan sayur-sayuran yang macam baru dipetik dari ladang. Oh..indahnya rasa dihati. Riang dan girangnya aku dapat memuaskan dendam yang dah lama tak dilepaskan di pasar basah ini. Hehe
Bila saja aku tengok barang yang dijual disitu, seumpama ada bisik-bisik di telinga yang menyuruh aku beli dan masak. Ikan yang segar itu seperti mencabar aku menggorengnya dan memasaknya. Cis!! Beraninya dia cabar aku. Kan aku dah boroskan duit aku kat pasar ini. Puas!!!!
Kari Ikan. Slurpp!!! |
Baliknya apa lagi. Jadi laukla aku kerjakan. Yes!!!!!! Indahnya perasaanku ini. Dan aku terasa sangat poyo kala ini. hehehe. Peduli apa.
bestnya kari ikan tuh!!! syok sebenarnya pi pasar ni. syok bershopping. hahahaha
ReplyDeleteHahaha..kuahnya boleh buat cicah roti gardenia. mmg mantap. terangkat
Delete