Lazada MY

Sunday, 28 April 2013

Beza Nombor Rekening Dan Pengenal

Alkisahnya PRA yang bekerja dengan aku ingin menghantar duit gajinya ke ahli keluarga di Indonesia.  PRA aku yang lama dulu aku gunakan khidmat Western Union.  Macam senang je.  Tapi PRA aku yang ini taknak gunakan khidmat Western Union.  Katanya caj yang dikenakan agak tinggi. Rugi.  So, aku ikutkan saja dan mula mencari bank yang boleh transfer duit antarabangsa ni.  Aku pilih Maybank Sg. Buloh since aku datang sini sambil lihat rumah arwah ayah yang aku uruskan.

PRA aku ada beri  nombor akaun Bank Indonesianya di sana.  Adala 2 nombor yang agak panjang dan aku tak pasti yang mana satu nombor akaun dan pengenalan diri.  Nombor yang ada adalah no rekening dan pengenal.  Mana satu nombor akaun. Aku dengan yakinnya pilih no rekening tu sebagai no akaun.  Rupa-rupanya salah.  Last-last terpaksa datang sekali lagi ke Sg. Buloh untuk mohon pembetulan kepada pihak Maybank.
 
Setelah pegawai bank kata yang no akaun bank indonesia biasanya punya 16 digit nombor, yang no rekening tu hanya ada  dalam 8 nombor.  So, salah.  Aku terpaksa tulis no akaun mengikut no pengenal yang diberikan.  Setel!
 
Caj denda yang perlu dibayar RM 25. Mahalnya!.

2 comments:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...