Lazada MY

Wednesday, 17 April 2013

(Contest) Mencari Siapakah Ramli Yang Seterusnya?



Pernahkah anda terfikir akan ada satu bintang bola sepak yang bersinar terang di arena antarabangsa berasal dari Malaysia?  Adakah anda yakin yang satu hari nanti impian ini akan terlaksana?  Adakah anda pasti?  Bunyinya seperti mustahil bukan.  Tetapi kini tidak lagi dengan adanya satu program yang diberi nama 'Mencari Ramli Musim Kedua (MR2)' anjuran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) yang merupakan satu-satunya peneraju perkhidmatan jalur lebar dan juga talian tetap di Malaysia.

Program MR2? Boleh anda tolong jelaskan?
Begini, program MR2 adalah satu program pseudo dokumentari cum realiti yang bertujuan untuk mencari pemain remaja paling berbakat di Malaysia.  Mudah kata, jika anda berbakat dan berumur bawah 16 tahun, atau jika tuan-puan memiliki anak yang fanatik bola yang bukan hanya menyokong tetapi berbakat dalam permainan sukan ini, bolehlah mencuba nasib dan mengetengahkannya pada sesi ujibakat-ujibakat yang telah dirancangkan.  Manalah tahu mungkin 'Ramli' yang dicari selama ini adalah anda atau anak anda?.  Objektifnya mudah:

a) Menyediakan platform untuk bakat muda mengetengahkannya sehingga ke peringkat antarabangsa.
b)  Membantu meningkatkan mutu dan kualiti bola sepak di Malaysia.
c)  Menyedarkan ibu-bapa supaya sentiasa menyokong minat anak-anak mereka dalam arena sukan terutamanya bola sepak.
d)  Menyemarakkan semangat Tim Malaysia menerusi program realiti yang dirancang khusus ini kepada setiap warga Malaysia.
 
Aksi semasa sesi ujibakat. Kredit to Bloggerkit
Sesi ujibakat-ujibakat ini dilakukan dibeberapa buah tempat terpilih dengan lokasinya boleh dikatakan meliputi seluruh Malaysia.  Ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada semua anak muda yang berbakat menunjukkannya tanpa perlu berjalan jauh.  Sesi ujibakat ini telahpun bermula pada 1 Februari yang lalu dan pencarian Ramli masih lagi diteruskan.  Berikut adalah sesi ujibakat yang masih lagi terbuka untuk anda:

Negeri
Tempat
Tarikh
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th - 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka                     
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak                      
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May

So, apa yang ditunggu lagi.  Bagi mereka yang rasa ada bakat dan ingin menjadi the most prolific Malaysian footballer boleh mencuba bakat pada sesi ujibakat yang akan dilaksanakan seperti di atas.  Secara peribadinya, pemain Malaysia memang mempunyai bakat yang berkualiti.  Lihat sahaja pada perlawanan peringkat remaja dan junior, pemain Malaysia boleh bersaing sengit dan tiada menunjukkan mutu yang jauh ketinggalan daripada pemain asing.  Cuma masalahnya adalah mungkin sistem kawalan dan perkembangan seseorang pemain bola yang berbakat itu tidak diteruskan secara lebih teratur, professional dan sistematik.  Sebabnya, masyarakat Malaysia masih lagi beranggapan bahawa pekerjaan berpaksikan sukan masih bukan pekerjaan pilihan.  Tidak seperti di Eropah ataupun negara barat, perkerjaan berpaksikan sukan sudah lama menapak dan menjadi pilihan ibu-bapa kerana faktor pelaburan kewangan syarikat-syarikat gergasi yang seringkali melabur untuk peningkatan jenama mereka sekaligus memberikan tempias yang positif kepada sumber pendapatan atlet sukan terbabit.
 
Sesi Taklimat sebelum ujibakat dimulakan
Ia seharusnya terjadi begitu di Malaysia.  Dengan program 'Mencari Ramli 2' ini dan disokong oleh syarikat koprorat seperti TM, maka kemungkinan besar kita untuk melihat seorang Ramli tempatan beraksi bersama Rooney, Robin Van Persie n co bakal terlaksana.  Ianya tidak mustahil sekiranya akar permulaannya telah disemai dan dirancang dengan teliti.
Kepada yang telah terlepas peluang sesi ujibakat yang dianjurkan seperti dibawah, jangan khuatir. Peluang masih terbuka luas untuk anda memenangi hadiah utama berupa biasiswa selama 3 tahun di Frenz United Football Academy berserta trip ke Manchester United Soccer School dan Old Trafford.  Semoga dengan adanya pengajian strategik berasaskan sukan seperti ini dapat meningkatkan lagi motivasi rakyat Malaysia untuk menjadikan nama Ramli sebuah lagenda bola sepak tempatan.
 
Negeri
Tempat
Tarikh
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Jika anda ragu-ragu dan hanya membayangkan Ramli mestilah hebat diposisi penyerang sahaja, jangan bimbang. Ramli yang dicari mungkin berbakat diposisi Penjaga Gawang seperti David De Gea, mungkin ia berbakat di posisi Pemain Tengah seperti Ryan Giggs atau Pemain Sayap seperti Valencia.  Asalkan anda ada bakat dalam bola sepak, teruskan matlamat dan impian anda.  Mungkin satu hari nanti, ramai rakyat Malaysia ternanti-nantikan aksi Ramli setiap hujung minggu.
 
Tunjukkan aksi dan bakatmu
Semoga semangat Tim Malaysia berkobar megah dihati setiap sanubari rakyat Malaysia yang menyokong!! Go Ramli, Go Malaysia!! 

Oh Ya, sebelum terlupa..saksikan Program MR2 ini bermula Jumaat ini 19 April 2013 di TV3 bermula jam 7.30 - 8.00 pm



Support by:

Twitter : @TeamMsia
 

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...