Lazada MY

Saturday, 13 April 2013

Ketentuan Allah - Manusia Tiada Kuasa

Alhamdulillah.
Syukur
 7 April telahpun berlalu dimana tarikh tersebut tarikh permohonan kemasukan ke pengajian peringkat Sarjana dan PhD di UKM telah dibuka.  Memang tarikh yang aku tunggu-tunggu.  Kedua-dua penantian aku telah pun berakhir.  Kini hanya perlu menunggu samaada aku terpilih atau tidak untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Klinikal Farmasi nanti.  Untung-untung boleh jumpa blogger fatin liyana nanti jika aku buat praktikal di PPUKM.  Mimpi je kot tu. hehe

Hopefully Terpilih
Penantian yang paling utama pun sudah berakhir.  Alhamdulillah aku telah terpilih untuk mengerjakan Fardhu Haji pada tahun ini sebagai mahram kepada ibu dan adik aku.  Inilah pengorbanan aku untuk ibu yang tercinta.  InsyaAllah, berkat doa keluarga dan anda semua, aku berupaya melengkapkan salah satu rukun islam ini.  Ini juga adalah satu dugaan untuk diri aku sebenarnya.  Banyak yang perlu ditadbir urus dan direncanakan semula.  Aku juga kadangkala tiada upaya nak lakukan semuanya.  Aku juga ada batas kesabaran dan limitasi sebagai manusia.  Apa yang mampu aku buat adalah berserah sahaja pada Allah.  Dialah yang berhak ke atas segalanya.  Dialah yang merencanakan semuanya.  Dialah yang tahu perkara yang tersembunyi dan yang jelas terang.

Iman itu memang tidak dapat diwarisi.  Mungkin inilah peluang untuk aku berhijrah ke arah yang lebih baik.  Sesungguhnya arwah ayah aku memang seorang yang baik dan alim (insyaAllah).  Sedikit sebanyak memang mencalarkan ego aku sebagai lelaki.  Bukanlah ego yang tidak baik,  cuma aku terasa yang diri ini sangat jauh bezanya jika nak dibandingkan dengan arwah ayah.  Cuma aku sedar, selama aku hidup, aku memang mengikut arus takdir.  Aku rasakan aku tiada target yang spesifik dalam hidup aku.  Apa yang aku tahu, aku hanya ingin pastikan orang-orang disekeliling aku juga mendapat manfaat daripada manfaat yang telah diberikan kepada aku.

Contoh:  Tak pernah dalam hati aku ingin jadi seorang pharmacist.  Disebabkan ibu dan ayah ingin kan aku menjadi doktor, aku tetap ikutkan sahaja kehendak mereka.  Di borang permohonan ke IPTA, kesemua universiti tempatan yang menganjurkan kursus perubatan aku pangkah.  Hanya untuk puaskan hati ibu dan ayah.  End up Allah lebih tahu yang aku lebih sesuai menjadi seorang pharmacist. (mungkin). Aku tak pernah tetapkan apa yang aku nak.  Tapi aku rancang apa yang boleh aku optimumkan dengan kedudukan dan rezeki yang ada pada aku sekarang.  Itu saja.

Entahlah. Hanya syukur dan kalimat Alhamdulillah je yang mampu aku ucap.  Aku sebenarnya tak tahu bagaimana lagi hendak menerangkan betapa kompleksnya hidup aku.

Just take it easy man!

Memang itulah yang sering aku buat.  Aku hanya pastikan aku buat perkara yang betul dan tidak salah sahaja.  Keberkatan dalam hidup ini banyak berpunca daripada redha seorang ibu dan ayah.  Hormatilah mereka selagi mana mereka masih hidup mahupun sudah tiada.  Itu je pun sebenarnya yang perlu kita lakukan.  InsyaAllah keberkatan dari tuhan akan datang perlahan-lahan.

Perlu selalu refleks diri.

Jangan mudah menyalahkan orang lain jika kita masih belum mengkaji sikap dan perlakuan kita sesama manusia dan Allah.  Teguran memang memedihkan.  Dengar sahaja dan ambillah mana yang baik.  Muhasabah diri sentiasa.  Seperti lirik lagu dendangan Rabbani feat Mawi berjudul Saksi.  'Dunia sementara sandiwara semata'....  Renung dalam-dalam bait-bait dan susun lirik lagu tersebut.  Semoga dapat menginsafkan diri kita.

Masing-masing ada kisah yang boleh menginspirasikan diri insan lain.  Dan ini adalah kisah aku.  

p/s : Mungkin aku patut buat ebook travelog haji-catatan peribadi sendiri kot. 
p/s 2 : Perlu daftar kursus haji pula.

4 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah bro terpilih menjadi tetamu Allah tahun ni. semoga bro, adik dan ibu mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  2. rezekinya dapat pergi haji. nak sangat pergi. huhuhuh

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...